Katastrofi

12 1 0
                                    

Julai 2008. Satu petang yang damai. Di kala lori trak tunda itu keluar dari bahu jalan tanpa menyedari gua di belakang, gua tutup mata lalu visual katastrofi bermula.Tenaga inersia yang dihasilkan melebihi keraguan munasabah pada kelajuan 100km/j lalu gua hilang kawalan. Motor mula menggelupur tidak mengikut. Gua terpelanting menyeret jalan lalu beberapa kenderaan di lebuh raya yang lain di belakang membrek sekeras keras. Rodong (baca: kawan) gua seorang lagi rebah di tengah lebuh bersama motornya yang kaku di tengah tengah.Visual kedua bermula. Senyuman abah dan umi beserta adik beradik gua mula mengisi vakum yang tertinggal selanjutnya mula mengelabu. Dan kelabu.Gua celik mata. Rodong gua berdiri di sisi. Gua terdampar di atas rumput. Kaki kanan rasa kebas. Orang ramai mula memadat. Beberapa minit selepas itu motor gua bersama motor rodong diangkut naik ke lori itu lalu kami menuju ke Balai Polis Yong Peng.

Cerita GuaWhere stories live. Discover now