Waktu sudah menjangkau 1/3 malam. Jiwa gua secara auto memberontak agar dapat diadakan sessi mengeteh lantaran bosan sempena malam akhir 2016. Justeru gua hantar satu pesanan ringkas melalui wasap ke sorang sepupu rapat. Dia reply dengan ikon ibu jari tanda setuju. Beberapa minit dia sampai lantas gua menyelinap masuk ke kereta secara sponge bob agar tidak dihidu mana mana individu. Berdebar juga takut modus operandi kantoi. Boleh jadi tidur luar gamaknya.
"Kita pegi jumpa member aku & ngeteh dengan dia skali eh..."
Sepupu beri cadangan. Tidak boleh tidak, gua sembul ibu jari tanda setuju. Tiba di lokasi, dia kenalkan gua dengan dua orang brader. Namun wajah satu brader tersebut gua seakan biasa lihat sebelum ini. Mata gua mengecil zoom in agar bayangan memori terhasil namun tiada klu. Sesi mengeteh berjalan lancar. Brader brader galak bercerita mengupas isu demi isu seakan esok mahu PRU. Jadi, sesi mengeteh pun selesai. Kami bersalaman calit ibu jari. Dalam perjalanan pulang, baru gua teringat wajah sorang brader tadi serupa dengan wajah cikgu sekolah menengah gua dulu. Cilakak. Terus gua rebah tahiyat.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.