Antara cikgu yang paling gua tabik spring di kala sekolah rendah dulu, namanya Bbang Gaban bukan nama sebenar. Beliau pandai bercerita dan meletakkan cita cita di dada kami. Tegas, tangan tak lepas rotan ke hulu ke hilir namun tetap ada sisi friendly di kalangan pelajar.
Satu petang sejurus tamat solat jumaat, satu suara menyapa. Secara auto gua toleh dek kerana terkesima mendengar nama gua disebut penuh. Beliau yang masih gagah itu meleretkan senyuman lantas salam kami bertaut diiringi perbualan kecil sebelum berpisah di pagar masjid.
"Bagus la awak ni. Aktif betul kat pesbuk ye?" katanya kekal tersenyum.
"Saya peratiiiiiiii je. Kehkehkeh.." tambah beliau lagi.Gua hanya mampu tersengih. Mulut terkunci. Seketul peluh sebesar ibu jari terjegil di dahi.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Storie breviPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.