Intern

7 0 0
                                    

Semasa berada dalam fasa peralihan sebelum melangkah ke alam kerja, satu program yang diberi nama latihan industri perlu dijalani. Justeru gua dihantar ke satu syarikat kontraktor kelas F yang beroperasi secara runcit² dibarisi oleh 3 orang belia.Hari pertama, gua dibawa ke sebuah rumah yang mengalami masalah pendawaian. Sebelum memulakan tugas, senior gua kelihatan sibuk membaca peta elektrik sambil menyebut terma² elektrik yang pelik² kepada tuan rumah. Ini perkara biasa demi menunjukkan kredibiliti dan ke-power-an kontraktor di mata pelanggan.Urusan troubleshoot bermula. Gua yang ketika itu masih dangkal dan hanya berdasarkan teori semata², perhati saja apa yang dibuat senior gua itu. Entah macam mana, tiba² gua bertanya soalan bangang kepada beliau."Macam mana ye rasa terkena renjatan elektrik?"Dia gelak besar dan menjawab macam gigitan semut sahaja. Seminit selepas itu, dia terkena renjatan.

Cerita GuaWhere stories live. Discover now