Sejurus dapat result Upsr, gua pulang ke rumah dengan langkah berat. Dengan berbekalkan hanya separa subjek yang dapat A, gua rasa elok jika masuk ke sekolah biasa sahaja. Mengenangkan keputusan rakan2 yang lagi power, menguatkan lagi keyakinan gua untuk ke sekolah biasa.
Namun sesampai di rumah, parent gua telah sebulat suara untuk menyekolahkan gua di sebuah sekolah tak popular nun jauh di pedalaman yang berat ke arah arabiah. Mengikut firasat mereka, kot2 gua boleh jadi ustaz agaknya. Ini diikuti dengan jiran gua dan dua tiga orang yang setaman memilih untuk ke sekolah tersebut.
Minggu pertama berada di SMA, semua kelihatan tenang. Namun masuk minggu kedua, jiran gua itu mula buat hal. Dia menangis tak sudah2 dan satu hari, sesi potong rambut pelajar yang panjang menjadi hari kemuncak beliau apabila membuat keputusan untuk berhenti. Selepas kejadian itu, gua langsung tak mendengar khabar beliau lagi. Harap2 tak jadi budak MLM.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.