Suatu Petang Yang Tragis

4 0 0
                                    

Hujung minggu yang hening kebiasaannya menjadi escapism untuk gua beriadah. Jadi, sebagai pengisian, gua bersama tiga rakan melakukan aktiviti berbasikal. Memiliki basikal saat umur 10 tahun dikira kau adalah jagoan yang tak terkalah di kalangan gadis di era awal 90 an.

Cuma zaman kanak-kanak gua dahulu, main basikal sebelum magrib dh kene balik. Kalau sampai membawak ke tengah pagi tu memang cari penyakit dan mengundang tali pinggang di badan. Istilah2 seperti prewel mati, tayar mati, madgad songket, wiley, wikang, gua sedang hadam dan masih belum khatam.

Petang itu, nun tidak jauh di puncak bukit letaknya tangki air, penalaan angin yang sifatnya halimunan menerjah kemas dan padu. Jika kau penulis novel dan berlama2 disitu, 2,3 karektor beserta plot pasti terzahir dari satah ilham.

Sebenarnya itu kawasan larangan. Terdapat satu selekoh maut menuju naik ke bukit. Kecerunan teorem pitagorasnya gua anggar bersudut 50 darjah. Justeru, rakan gua usulkan sebuah idea agar dapat meluncur menuruni bukit dengan kelajuan maksima demi membuktikan kau seorang jagoan.

Ia dimulakan dengan rakan gua yg pertama, diikuti kedua dan ketiga. Ketiga2 mereka meluncur dari atas bukit dan saat melintasi selekoh, kesemuanya berjaya menyengetkan badan agar konsep sains dapat diaplikasi.

Namun tiba giliran gua, saat menghampiri selekoh, gua gagal menyengetkan badan menyebabkan hukum fizik terlacur. Justeru, gua secara auto bergelimpangan terdampar ke longkang. Masa depan gua rasakan seakan lenyap. Semenjak peristiwa itu, dekat sebulan juga gua merajuk dengan basikal.

Koma,

Cerita GuaWhere stories live. Discover now