Pulang dari kerja petang semalam gua terdetik untuk mengubah haluan tidak seperti selalu. Kali ni menyusuri lebuh EDL yang jaraknya untuk sampai ke rumah agak jauh sikit dari lebuhraya satu lagi. Kononnya nak elak lubang tapi penyudahnya sama 2x5 juga malah gua hampir terbabas demi mengelak lubang sebesar separuh tembikai.
Gua mencarut di dalam hati dan mula menyalahkan PH, TPPA, Amerika, Tel Aviv dan juga PTPTN. Patut lah semua kenderaan pecut lane kanan!
Gua teruskan merempit dan hampir tiba di satu simpang yang jarang dilalui kereta a.k.a shortcut bagi mat motor ala ala lorong tikus untuk ke seberang jalan.
Dari jauh gua ternampak susuk tubuh seseorang sedang menyorong motosikal jenis Yamaha Ego. Gua perlahankan motor untuk membuat analisa. Dari pengamatan mata, kuat hati mengatakan ia seorang gadis yang sedang didalam kesulitan dan perlu dibantu.
Gua menghampiri gadis itu seraya menyoal tapi tidaklah lagak seperti polis;
"Hai, kenapa sorong motor? Rosak ke?"
Gadis itu tidak segera menjawab. Dengan perlahan dia menongkat skuternya dan membuka helmet;
"Hai abang, motor saya tak boleh start lah.. Abang tolong tengokkan..."Gua terkesima lalu terdiam seribu bahasa. Hanya tersenyum kelat. Suara garau dan halkum yang tersembul di leher 'gadis' itu cukup merobek hati. Nadi di seluruh badan seolah terhenti.
Tak sampai seminit lepas tu, muncul 3 sekawan RXZ berhenti. Gua menghela nafas lega. Sel sel di otak kembali berhubung. Untuk tampak real, gua berpura pura kenal mereka lantas menceritakan perihal 'gadis' berkenaan lalu memecut pergi.
Malam tu gua tak dapat tidur dan hanya termenung di bucu katil dan sehingga sekarang suara keramat 'gadis' tersebut masih tak mahu keluar dari gegendang telinga...
Koma,
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.