Azan magrib sayup-sayup berkumandang bagai memanggil-manggil gua yang sedang ralit menaip #mss . Justeru, gua sahut seruan dan bergegas ke surau. Untuk ke surau yang terletak di hujung kampung, sebanyak tiga simpang perlu gua tempuhi yang dikelilingi oleh pokok-pokok sawit yang menjulai tinggi.
Jadi, urusan magrib berjamaah selesai diakhiri dengan masbuk. Sejurus melangkah keluar dari surau, satu pesanan masuk ke kotak wassap.
"Belikan ubat nyamuk. Jangan beli yg spray atau karen. Beli yg bakar. Nyamuk² sini semua besar. Bintat dah kulit ni abaa."
Gua reply dengan ikon ibu jari lantas meluru ke satu deretan kedai. Satu kedai runcit dengan satu lelaki bukan berwajah nusantara terpacak di kaunter."Err.. Ada jual ubat nyamuk tak?"
Lelaki berkulit gelap tersebut pandang gua tajam seraya tersengih dan hampir tergelak.
"Ada.. tapi dah lama orang tak beli ubat nyamuk.. Hahaha." Terburai juga gelaknya yang bersepah. Bergegar-gegar perut lelaki itu yang sudah berevolusi menjadi maskot tayar Michelin.Beberapa nanosecond berfikir, gua buat keputusan mengikut rentak turut sama gelak. Palsu. Beberapa milisecond kemudian, gua berlalu menuju ke rak mengambil ubat nyamuk. Dan beberapa second selepas urusan bayar, gua meluru masuk ke kokpit. Daripada jauh mata gua menipis zoom in melihat kelibat lelaki Pakistan tersebut sambil menggenggam buku lima di balik stereng.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.