Seusai ambil wudhu, bahu gua dicuit dari belakang. Secara auto gua toleh. Rakan sekolah mengukir senyuman. Kami berjabat tangan. Nasib baik dalam masjid. Jika di luar pasti dah calit ibu jari agaknye.
Jauh di sudut hati, rasa cemburu mula merasuk kencang melihat rakan sekolah gua jika di flashback 10 tahun lepas memiliki saiz serupa kini. Takde kolestrol.
"Woi... kau. Lamanya tak jumpa. Mak aiii... Apesal badan kau macam tong drum ni!"
Cilakak. Gua menyumpah dalam hati. Azan masih belum berkumandang. Kami berborak sebentar sebelum melangkah masuk ke ruang solat.
Potong cerita.
Solat Jumaat bermula. Kami solat bersebelahan. Pusingan pertama solat berlangsung sempurna. Namun setibanya rakaat kedua dan menghampiri tahiyat, betis dan punggung gua secara tak sengaja menghempap kaki rakan gua sepanjang tahiyat akhir reflek ruang yang agak sempit.
Seusai solat, kami bersalaman. Gua lihat mata rakan gua sedikit berkaca. Mungkin efek kena hempap agaknya. Gua rasa mesti dia menyesal agaknya menyamakan gua dengan tong drum.
Koma,
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.