Ayam Kosong

11 0 0
                                    

Di tengah2 pekan yang sentiasa sesak di waktu puncak, terselit satu warung makan yang kalau diamat-amati saling tak tumpah gayanya dengan suasana di dalam filem Anak Halal (2007). Sejurus melabuhkan duduk, makwe waiter datang mengambil pesanan.

"Saya teh ais, makan nasi ayam sambal," makwe Felcra di sebelah laju memintas. Lapar benar gamaknya.

"Saya teh tarik, dengan ayam penyet," giliran saya menyebut menu.

Makwe waiter tenang menyalin di nota kecil di tangan beliau.

"Err.. Nasinya jangan lupa." Saya repeat.

"Oh.. Ingatkan ayam penyet jaaa," ujar waiter tersebut dengan muka blur.

Fuhh. Mujur aku cakap dengan nasi tadi. Kalau tak, takkan nak makan ayam sahaja cicah sambal ye dak? Mestilah kena dgn nasik sekali. Ke macam mana?

Cerita GuaWhere stories live. Discover now