Tiba di satu simpang kawasan perumahan, gua perlahankan mesin Twin Cam beroda empat yg sedang gua pandu. Hujan baru menjengah gerimis justeru jalan sedikit basah. Tiba tiba meluru seorang mat motor ke simpang dengan laju. Dek kerana kelajuan yang tak berkadar terus dengan efek jalan basah, cengkaman tayar menjadi kurang menggigit tatkala dia menekan brek menyebabkan motor gagal dikawal. Brader motor jatuh tergolek di depan motokar gua dan nyaris gua nak langgar. Mujurlah sempat brek.
Bagai pucuk dilancar, beliau angkat motor dengan kaki terhincut. Gua turun cermin kereta, dia melaung, "Jalan basahlah bang hehehe," dia menyeringai.
"Laju sangat tadi, bang. Slow slow sikit, hati hati," gua balas.
Brader itu terus berubah riak muka. Rasa bersalah pulak aku. Tapi yang dia laju laju sangat tu nak pergi mana?
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.