Kira2 10 tahun lepas, gua dapat further study di Port Dickson, sebuah negeri power dengan pemandangan laut. Beberapa hari sebelum mendaftar, berbekalkan mesin honda wave, gua perlahan2 mengembara dari selatan. Sejurus meredah liku2 jalan raya berjam2, akhirnya gua tiba di satu jalan yang tak lekang dengan kona. Serupa ular melingkau. Gua stop tepi jalan, telefon seorang rodong lalu dia ajak ke rumah beliau kerana esok ada kenduri. Justeru dapatlah gua tumpang sekaki. Tanpa fikir berpanjang, gua on. Tapi masalahnya gua sesat.
"Bang, apa nama tempat ni? Camne nak pergi Bahau ye?" tanya gua pada satu pakcik yg tengah bersidai di beranda rumah.
"Kau nak pergi Bahau? Err.. Ni Bukit Putus, baik kau jalan cepat.. Nak magrib ni!" jawap dia sebelum tiba2 seorang brader bawa rxz berhenti tepi gua. Terus dia offer tolong tunjuk jalan. Gua kepalang gembira.
"Ikut saya!" katanya tenang, sederhana tetapi meriah.
Prenggggggg!!! Dia hilang tinggal asap. Kiri kanan gua kelihatan hutan tebal yang sesekali diselangi sebiji dua rumah. Gua meneguk liur. Sekarang gua nak ikut siapa?
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.