Ketika gua terhiling-hiling hilang arah akibat gagal dalam membentuk sebuah legasi, datang satu rodong menghulurkan tangan lalu gua join venture dengan kampeni sewa kereta dia secara runcit-runcit. Satu hari, sesi pulang kunci kereta yang disewa bakal diadakan di ruang parkir satu shopping mall. Justeru, gua bergegas ke lokasi secara terapung. Terapung kerana gua menaiki skuter lantas meluru ke satu sudut membelek perkakas elektrik.
Masa masih panjang justeru gua seketika menatal smartfon demi menagih like di pesbuk hingga ke jannahnick sebelum kembali membelek satu ketuhar yang kelihatan power rekabentuknya. Sekonyong-konyong datang satu makwe menghampiri.
"Tumpang tanya, ada jual peti ais tak?"
Dengan penuh adat ketimuran, gua counter dengan efek tangan terketar2 memegang ketuhar takut terbang tersinggah di pankreas dia lantas mengundang kecederaan serius kelak.
"Err.. saya bukan pekerja sini."
"Oh.. Sori..Sori."
Jawab si makwe lantas bergegas pergi. Selang beberapa saat, satu mesej masuk ke kotak wasap.
'Saya nak sambung sewa kereta la, encik. Tambah 4 jam lagi ye.'Sekonyong-konyong masa serasa bagaikan terhenti. Dari jauh mata gua menipis melihat makwe tadi yang bergerak seperti loceng yang sedang berdenting sebelum hilang di khalayak. Arakian adapun terus gua rebah dengan efek tahiyat akhir.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.