[ HWAYOUNG POV ]
"hari ni aku tak boleh amik kau balik dari sekolah and tuition but dun worry, aku dah suruh kawan aku tolong amik kau." kata abangku younghoon, setelah kereta yang dipandunya berhenti tepat di hadapan pagar utama sekolah aku.
"k-kawan?" aku menyoal, tergagap-gagap. younghoon hanya sekadar mengangguk sebelum memandang aku dengan pelik.
"yelah siapa lagi? kalau sangyeon hyung tak busy dia amik kau. kalau tak, mungkin hyunjae lah kot." aku menelan air liur mendengar nama hyunjae oppa sebelum menggelengkan kepala dengan pantas.
"andwae!" younghoon menjongketkan keningnya sambil memberikan pandangan -kaudahkenapa-
"err maksud aku, takpayah la! aku boleh je naik bas." sambungku sebelum menggalas beg dan ingin membuka pintu kereta namun younghoon pantas menarik lenganku, menghalang aku keluar daripada keretanya.
"ehh mana boleh! kau tak tengok berita ke semalam? bilangan pelajar perempuan yang kena culik dekat gangnam makin bertambah?"
satu keluhan akhirnya terlepas daripada bibir aku. aku akhirnya terpaksa mengalah dan akur dengan kata-kata younghoon. "urm yelah." younghoon tersenyum sebelum melepaskan lenganku.
"have a nice day sis!" aku membalas senyuman younghoon sebelum keluar daripada perut kereta dan melambai ke arahnya sehinggalah kereta miliknya itu hilang daripada pemandangan aku.
---
waktu persekolahan untuk hari ini akhirnya tamat. sejujurnya, aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sepanjang hari kerana aku sibuk berdoa di dalam hati agar sangyeon oppa yang amik aku dan bukan hyunjae oppa.
to be honest, aku memang agak geli nak panggil mereka "oppa". tapi nak buat macam mana? mereka lebih tua daripada aku empat tahun dan juga merupakan kawan baik abang aku sendiri.
aku serious tak nak terserempak apatah lagi jumpa hyunjae sejak kejadian dimana aku memalukan diri sendiri semasa birthday younghoon dua bulan yang lalu.
lee jaehyun, tetapi dia lebih prefer dipanggil hyunjae merupakan crush aku atau lebih tepat lagi, lelaki pertama yang berjaya mencuri hati aku selama hampir 19 tahun aku hidup. tetapi sejak kejadian memalukan itu, aku yakin aku dah takde peluang.
//flashback//
hwayoung yang sedang fokus menhiasi ruang tamu sempena birthday oppanya itu mula berasa bosan kerana dia keseorangan di dalam rumah pada ketika itu. younghoon dan beberapa membernya berada di panggung wayang manakala eomma dan appa masih dalam perjalanan pulang ke rumah.
demi menghilangkan rasa bosan yang melanda dirinya itu, hwayoung mengambil telefon pintar yang terletak dengan elok di atas sofa sebelum membuka lagu what is love milik twice.
gadis itu menyanyi dan menari bagaikan orang terencat sehinggalah beberapa minit kemudian, salah seorang member younghoon masuk ke dalam rumahnya untuk menyimpan cake yang telah dibelinya tanpa pengetahuan hwayoung.
dan ya, lelaki tersebut ialah lee hyunjae. dia agak terkejut pada awalnya apabila terdengar nyanyian seorang gadis. setelah mengecam bahawa gadis itu rupanya adik perempuan younghoon, hyunjae tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat gadis itu.
senyuman lelaki itu tidak bertahan lama sehinggalah hwayoung tiba-tiba berpusing ke belakang untuk mengambil belon-belon yang telah ditiupnya sejam yang lalu. mata gadis itu terbeliak setelah melihat kewujudan hyunjae a.k.a crushnya sedang berdiri tidak jauh daripadanya bersama sekotak kek di tangan.
sejak itu, first love hwayoung selama hampir 19 tahun dia hidup berakhir begitu sahaja.
//end of flashback//
"omg weh tengok tu, ada lelaki handsome la dekat depan pagar sekolah!" kata lia sambil menyiku lenganku. lamunanku terhenti sebelum mata aku beralih ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang mendekati seorang jejaka tampan yang memakai suit dan berkaca mata hitam.
langkah aku terhenti seketika. lia disebelahku sudah pun berfangirling terhadap lelaki entah siapa pun dia tak kenal. aku memandang lelaki itu daripada bawah hingga ke atas sebelum mengerutkan kening.
eh macam familiar je...
jap─ jangan cakap itu?
aku menelan air liur apabila lelaki itu mula menanggalkan kaca mata hitamnya dan sangkaan aku tepat sekali.
omg, h-hyunjae oppa?
mata aku terbeliak apabila membuat eye contact dengan hyunjae secara tidak sengaja. lelaki itu melambaikan tangannya ke arah aku sambil tersenyum. ramai pelajar sudah memandang aku dengan penuh jeles sebelum berbisik sesama mereka.
"omg, dia lambai kat kau ke hwayoung?!" lia memandang aku dengan penuh terkejut. "siapa tu hwayoung?! setahu aku, kau ada satu je abang? jangan cakap tu boyfriend kau?!" sambung lia, mula membuat spekulasi yang merepek.
"ish apa kau merepek ni lia? bukan lah, dia tu─ belum sempat aku menghabiskan ayat, lia sudah menolak aku keluar daripada pagar sekolah.
aku cuba untuk melarikan diri namun kini sudah terlambat apabila aku sudah pun berdiri di hadapan hyunjae yang masih tersenyum ke arahku.
tanpa membuang masa, hyunjae menolak aku dengan perlahan supaya masuk ke dalam kereta mercedes hitam miliknya itu. nak tak nak aku terpaksa membiarkan diriku masuk ke dalam keretanya.
im dead guys─

YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020