07.

436 59 2
                                    


nak tak nak, kini aku sudah pun berada di pusat panggung wayang. nafas aku tersekat-sekat kerana ramai sangat manusia yang sedang menunggu. mata aku laju sahaja meliar sekeliling, mencari kelibat hyunjae di antara orang ramai  yang ada di situ.

nasib baik hyunjae agak tinggi orangnya, senang sikit aku nak cari dia. aku tersenyum setelah menjumpai susuk tubuh hyunjae yang sedang bersandar di sebalik dinding bersama sekotak popcorn dan dua air coke di tangannya.

aku menuju ke arahnya dan terus membantu hyunjae dengan memegang kotak popcorn tersebut. hyunjae pula sudah memberikan aku pandangan serba salah.

"mianhae hwayoung. sebenarnya," hyunjae yang membiarkan ayatnya itu tergantung mula membuatkan aku tertanya-tanya.

"sebenarnya?" soalku dengan penuh ingin tahu tetapi kepala hyunjae pantas menggeleng sebelum dia mengukirkan satu senyuman.

"aniya, takde apa la. jom masuk." belum sempat aku ingin memberikan sebarang reaksi, hyunjae sudah mengenggam tanganku dengan erat agar aku tidak hilang daripadanya memandang ramai gila manusia yang datang ke panggung wayang pada malam ni.

belum apa-apa lagi, hati aku dah berdebar. apahal la aku ni baik hati sangat nak temankan hyunjae tengok cerita annabelle 10 ni? dah la aku paling anti dengan cerita seram hish. ini semua salah younghoon la!

iklan akhirnya tamat dan orang ramai mula menyimpan telefon pintar masing-masing apabila cerita annabelle 10 mula ditayangkan di layar skrin. aku menelan air liur dengan pahit sebelum ingin mengambil beberapa popcorn di dalam kotak popcorn yang dipegang oleh hyunjae.

entah mengapa, tangan aku terketar-ketar ketika ingin mengambil popcorn tersebut dan tanpa pengetahuan aku, hyunjae sedar akan tingkah aku lalu dia tiba-tiba berbisik sesuatu di telingaku.

"jangan takut, saya ada kat sini." aku mengangguk perlahan dan membiarkan sahaja rasa malu yang mula menguasai diri. takpelah, bukannya hyunjae boleh nampak pun wajah aku yang dah blushing teruk dalam gelap-gelap ni.

40 minit kemudian.

seluruh badan aku terasa kaku setelah scene annabelle muncul beberapa saat yang lalu dan tidak pernah gagal untuk membuatkan aku terkejut dan terjerit kecil. nak tertanggal jantung aku dibuatnya. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa menyesalnya aku datang ke sini.

tanpa berfikir panjang, aku mengambil air coke dan menyedutnya untuk melegakan tekak yang sudah dahaga. dalam masa yang sama, aku perasan bahawa hyunjae sedang tenung aku. bukan satu saat, tapi dari aku start minum sampailah aku habis minum.

"um hwayoung, tu air oppa." kata hyunjae membuatkan aku tersembur semula.

mata aku terus membulat. oh my god!

aku memandang minuman yang berada di tanganku sebelum pandangan aku beralih ke arah satu lagi minuman di sebelah kiri aku. oh shit, aku tersalah amik!

"m-mianhae! saya tak sengaja..." hyunjae hanya tertawa kecil sebelum mengambil air coke yang satu lagi milik aku.

kenapa setiap kali bila aku terbuat perkara yang memalukan mesti kat depan hyunjae siaa?

---

akhirnya aku dapat bernafas dengan bebas semula apabila orang ramai mula meninggalkan pusat panggung wayang. aku hanya mengikuti langkah hyunjae yang menuju ke parking lot memandangkan sekarang ni dah dekat jam 12 pagi.

baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta milik hyunjae, tiba-tiba sahaja aku ditegur oleh seseorang yang amatlah dikenali.

"kim hwayoung? kau buat apa kat sini?" aku menoleh ke arah lia bersama seorang lagi gadis yang kelihatan amat mirip dengannya. aku syak itulah unnie dia. oh noo─ aku baru teringat lia ada ajak aku pergi tengok wayang dengan dia petang tadi (ಥ_ಥ)

"eh hahaha lia!" aku tertawa dengan kekok manakala hyunjae pula sudah memberikan aku pandangan siapa dorang tu?

"kau tengok wayang jugak ke hwayoung?" aku menggigit bibir sambil memejamkan mata sebelum mengangguk dengan perlahan. aku mendekati lia yang berada tidak jauh daripada aku.

"esok aku explain." bisikku. lia sudah memberikan aku jelingan maut sebelum membalas. "kalau ya pun, kenalkan la aku dengan NAMCHIN kau tu." aku membulatkan mata apabila lia sengaja menekankan perkataan namchin.

"yyah! kan aku dah kata dia tutor math aku." aku memukul bahu lia dengan perlahan sebelum memandang ke arah hyunjae semula yang masih berdiri sambil menayangkan wajah blurnya itu. entah mengapa aku ingin tertawa melihat wajah hyunjae apabila tengah blur.

dia nampak.... cute?

WAIT WHAT?!

aku menggelengkan kepala berkali-kali sebelum berdehem. "ehem. ahh hyunjae oppa, inilah lia, kawan baik hwayoung dekat sekolah."

"lia, ni hyunjae oppa. tutor math yang aku pernah cakapkan tu." lia terus tersenyum manis sebelum menunduk hormat kepada hyunjae serta memperkenalkan unnienya kepada kami berdua.

"tahu dah, hwayoung banyak cerita pasal oppa kat lia." kata lia, sekali lagi membuatkan aku terbeliak sekaligus tersedak air liur. minah ni memang nak kena agaknya─

hyunjae turut menunduk hormat kepada lia dan unnienya itu sebelum menggosok tengkuknya dengan agak kekok. malu agaknya apabila dirinya dikelilingi oleh beberapa perempuan.

"okay lah, jumpa kau esok kat sekolah hwayoung! bye." setelah melambai ke arah lia dan unnienya, aku masuk ke dalam kereta milik hyunjae.

hyunjae menghidupkan enjin keretanya dan mula memandu, menghantar aku pulang ke rumah semula.

20 minit kemudian aku tiba di hadapan rumah dengan selamat. aku terus menanggalkan seat belt lalu mengucapkan selamat malam kepada hyunjae.

baru sahaja aku ingin keluar, hyunjae memanggilku. "hwayoung-ah!" aku menoleh untuk memandang hyunjae semula. "nae?"

"gomawo sebab teman oppa hari ni. jangan tidur lambat tau!" aku mengangguk dan keluar daripada keretanya dengan pantas, tidak mahu menatap wajah kacak milik hyunjae itu lama-lama.

setelah kereta mercedez hitam milik hyunjae itu meninggalkan kawasan perumahan aku, aku terus memegang dadaku yang daripada tadi berdebar-debar.

aku... dah fall in love dengan hyunjae semula ke?

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now