[ NO ONE POV ]
hwayoung menelan air liur dengan pahit. younghoon dah kenapa sia? "err... ambil gambar aku seorang jelah." cepat-cepat hwayoung mengeluarkan telefon pintar daripada sling bag miliknya sebelum menghulurkannya kepada younghoon.
"serious tak nak amek gambar dengan dia? hmm okay then, jangan menyesal pulak nanti." dahi hwayoung berkerut, bingung. apa maksud younghoon sebenarnya? kenapa dia beria sangat nak hwayoung ambil gambar dengan hyunjae?
gadis itu terdiam seketika, memandang wajah younghoon dengan penuh musykil. "aku nak masuk sekali, boleh?" soal hyunjae tiba-tiba. serentak itu, hwayoung dan younghoon mengalihkan pandangan ke arah hyunjae yang sudah tersenyum kecil, wajah dua beradik itu dipandangnya bersilih ganti.
"hah boleh sangat. memang aku nak amek gambar korang berdua pun." tanpa menunggu lagi, younghoon membuka aplikasi camera sebelum memegang telefon tersebut dengan penuh berhati-hati, bersiap-sedia untuk menangkap gambar.
sebaik sahaja younghoon mula mengira, hwayoung mengangkat tangannya, ingin membuat gaya peace, begitu juga dengan hyunjae. standard bila ambil gambar, mesti nak buat gaya peace, haha.
"ok dah, lawa kan gambar yang aku tangkapkan? sama-sama." younghoon menyerahkan semula telefon pintar tersebut kepada tuannya. gambar-gambar tersebut hwayoung perhati satu-persatu. fuh, not bad tho. selama dia dating dengan hyunjae, belum pernah lagi dia ambil gambar dengannya.
hyunjae tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan hwayoung, ingin melihat gambar-gambar tersebut dengan lebih jelas. "wow, nice bruh." ujar hyunjae, menunjukkan ibu jarinya ke arah younghoon yang sudah tersenyum lebar sampai ke telinga. sukalah mamat tu, kena puji.
"well, kim younghoon kan." ujar younghoon lalu menyelakkan rambutnya ke belakang. sekali pandang, memang boleh menggugatkan keimanan gadis-gadis korea terakhir akibat visualnya yang terlalu menawan itu. hwayoung mula memutarkan bebola matanya, menyampah. mulalah tu, nak perasan lebih-lebih. pantang kena puji sikit.
boat yang membawa penumpang seramai 35 orang itu mula berhenti setelah hampir 25 minit menyusuri sungai han pada malam tersebut. memandangkan malam masih muda, sangyeon bertekad untuk membawa mereka semua makan malam di sebuah restoran makanan laut yang berada tidak jauh daripada sungai han.
setelah lebih kurang 5 minit berjalan kaki, mereka akhirnya tiba di restoran tersebut. usai mengorder makanan, suasana tiba-tiba berubah senyap dan kekok dalam masa yang sama kerana mereka semua duduk mengelilingi sebuah meja bulat yang besar.
[ HWAYOUNG POV ]
mata aku sesekali mengerling ke arah hyunjae yang duduk bertentangan denganku. aku pantas membuang pandangan ke arah tempat lain apabila anak mata hyunjae bertemu denganku. bahaya tenung lama-lama, takut nanti ada yang perasan pula.
"erm, saya nak ke tandas sekejap." ujarku, memecahkan kesunyian. entah kenapa semua tiba-tiba diam, dah lapar sangat agaknya sampai masing-masing tiada tenaga untuk bersuara.
aku terjerit kecil apabila salah seorang pelayan lelaki di restoran tersebut secara tidak sengaja menumpahkan minuman yang sedang dibawanya itu ke arahku. habis basah kuyup hoodie aku dibuatnya.
serentak itu, aku terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang. memang tidak lain daripada lee jaehyun, boyfriend aku. hyunjae terus menghampiri ke arah aku dengan riak wajah penuh risau. "awak okay tak?"
"m-maafkan saya cik! saya betul-betul tak sengaja." kata pelayan tersebut dengan penuh serba salah apabila melihat baju aku yang sudah basah kuyup itu. aku tersenyum nipis sebelum bersuara. "tak apalah."
tanpa melengahkan masa, hyunjae sudah mengeluarkan sapu tangan daripada poket seluar jeansnya itu sebelum mengelap bajuku. aku terdiam seketika, membiarkan sahaja hyunjae mengelap bajuku. satu senyuman tiba-tiba menghiasi wajahku, gembira kerana ada orang yang masih mengambil berat terhadapku walaupun setakat berlaku kemalangan kecil.
tanpa mereka berdua sedari, member-member yang lain sudah syok memerhati gelagat hyunjae dan hwayoung daripada jauh. "aduhh, sweetnya hyunjae oppa." ayat yang baru sahaja meluncur keluar daripada mulut lia itu terus membuatkan beberapa member mengangguk, setuju.
"psst, aku syak mereka berdua tuh ada something lah." juyeon berbisik ke arah chanhee yang sudah tersenyum-senyum itu. "aku pun." sampuk sangyeon sebelum mengalihkan pandangannya semula ke arah hyunjae yang masih gigih mengelap baju hwayoung.
"err awak, sudahlah tu. diaorang tengah pandang kita berdua ni..." aku menggigit bibir apabila sedar bahawa semua tumpuan kini berada pada kami berdua. dengan itu, hyunjae terus berhenti mengelap. "arraseo, pergilah tandas." aku mengangguk dan terus berlari ke arah tandas sepantas kilat.
hyunjae pula menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kembali ke arah meja mereka semula. hyunjae tiba-tiba berasa tidak senang duduk apabila menyedari bahawa segala gerak-gerinya diperhatikan oleh mereka semua.
"risau betul eh kau dengan adik younghoon tu. ada apa-apa ke ni?" kata changmin, sengaja menyakat lelaki itu. hyunjae mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum meneguk air liur dengan pahit.
younghoon yang hanya sekadar menayangkan wajah selamba itu dipandangnya sekilas sebelum tertawa kecil. "eh haha, mana ada apa-apa." juyeon dan chanhee sudah mencebik, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh hyunjae. mereka berdua yakin sangat, ada sesuatu di antara hyunjae dan hwayoung.
beberapa minit kemudian, keadaan kembali senyap semula dan hyunjae terus mengeluarkan telefon pintarnya apabila terdengar bunyi notifikasi daripada telefonnya.
hwayoungie ❤
awak, saya tak sanggup la nak
rahsiakan semua ni lagi. apa kata
kita jujur je tentang hubungan
kita dengan semua orang?mata hyunjae terus membulat besar setelah membaca mesej tersebut. "j-jujur dengan semua orang?" hyunjae menggumam perlahan.
"hah? kau cakap apa tadi?" younghoon di sebelahnya tiba-tiba menyoal. hyunjae pantas menggeleng sebelum tersengih. "t-tak ada apa."
younghoon mengerutkan dahinya sebelum pandangannya beralih ke arah telefon pintarnya semula. hyunjae pula terdiam. mindanya mula ralit membayangkan situasi jika dia mengaku kepada semua orang tentang hubungannya dengan hwayoung yang sebenar, lebih-lebih lagi dengan younghoon.
"y-younghoon-ah, a-aku ada benda p-penting nak bagitahu kau."
"yang kau tergagap-gagap ni pahal? hah apa dia?" tanya younghoon lalu menggeleng kecil melihat gelagat hyunjae. hyunjae menggigit bibirnya, jantungnya mula berdegup dengan laju.
"s-sebenarnya─"
![](https://img.wattpad.com/cover/213921315-288-k19215.jpg)
YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020