[ NO ONE POV ]"hah apa cite? tak minat cerita seram konon, tup tup pergi dengan tutor hensem kau tu." itulah benda pertama yang hwayoung dengar sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas. tidak cukup dengan itu, dia mendapat jelingan maut daripada sahabatnya itu.
hwayoung yang baru sahaja menanggalkan beg sekolahnya itu terus melepaskan satu keluhan berat. gadis itu sudah dapat menjangka, mesti itu perkara pertama yang bakal lia tanya sejak kejadian malam semalam.
"aku memang tak nak tengok pun okay. sepatutnya hyunjae oppa tengok cerita tu dengan younghoon tapi mamat tu tiber ada hal. tak memasal aku pulak yang kena gantikan dia."
lia hanya mencebik mendengar penjelasan hwayoung. "tapi kan, kau langsung takde apa-apa perasaan ke kat dekat dia? i mean─ dia dahlah hensem, baik, pastu kau jumpa dia hampir setiap hari kot?"
hwayoung memutarkan bebola matanya dengan malas sebelum sekali lagi melepaskan keluhan.
"okay fine! aku rasa aku dah start suka dia semula. hah puas hati?" akhirnya hwayoung jujur juga tentang perasaannya yang mulai berputik semula itu. lia pula sudah membulatkan matanya, tidak percaya dan bingung dalam masa yang sama.
"jap, what do you mean start suka dia semula? kau pernah suka dia ke sebelum ni?" hwayoung terus terdiam apabila sedar bahawa dia dah terlepas cakap. ya, sebelum ini gadis itu tidak pernah langsung menceritakan tentang dirinya yang pernah menyimpan perasaan terhadap salah seorang sahabat abangnya sendiri.
---
[ HWAYOUNG POV ]
"weh, tadi eomma kata sunwoo nak balik sini sebab dia tengah cuti sem." kata younghoon dan mata aku terus bersinar-sinar, teruja mendengar berita tersebut.
"betul ke ni?!" younghoon hanya menggangguk dengan malas sebelum matanya kembali ke arah tv. bibir aku terus mengukirkan satu senyuman, gembira mendengar berita itu. dah dekat setahun kot aku tak jumpa mamat tu.
kim sunwoo, sepupu aku yang tengah sambung belajar dekat canada. dia tua setahun je daripada aku dan orangnya amat handsome plus comel! tetapi malangnya perangai lelaki itu agak nakal dan tidak lupa juga, savage.
"bila sunwoo nak balik sini?"
"lusa." kepala aku terangguk-angguk, faham. wow, lebih cepat daripada yang aku sangkakan?
kenapa sunwoo tak balik rumah dia sendiri? sebab eomma appa sunwoo selalu busy dengan kerja masing-masing. daripada biarkan sunwoo tinggal seorang diri di rumahnya, lebih baik dia tinggal bersama kami sebelum pulang ke canada semula.
---
"wow! soalan ni susah kot? tapi sekarang hwayoung dah boleh jawab." aku tersengih dan bangga dalam masa yang sama apabila riak wajah hyunjae yang kagum dengan perkembangan aku.
"hmm, nampaknya oppa macam dah tak payah ajar je lepas ni?" kata hyunjae dengan nada agak kecewa.
aku menggelengkan kepala dengan laju. "eh mana boleh, ada tiga bab lagi yang oppa belum ajar." ucapku sebelum tersengih.
ceh. padahal sebenarnya aku tak nak hyunjae berhenti jadi tutor aku. yup, aku nak jumpa dia tiap-tiap hari :)
heheheh.
"hahaha, gurau jelah. kenapa? takut lepas ni dah tak boleh jumpa oppa ke?" aku menelan air liur, tahu-tahu aje hyunjae ni.
serentak itu, loceng rumah aku yang berbunyi membuatkan mata aku terus bersinar-sinar. mesti sunwoo dah sampai!aku terus berlari keluar daripada bilik, meninggalkan hyunjae yang mula bengang melihat reaksi aku yang teruja semacam.
"kim sunwoo!!" aku terjerit kecil setelah melihat susuk tubuh sunwoo yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah bersama bagasinya.
melihat sunwoo yang mendepakan kedua belah tangannya, aku terus berlari ke arah lelaki itu untuk memeluknya. younghoon hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat kami berdua.
"weh rindu gila kat kau!" kataku setelah melepaskan pelukan tersebut. sunwoo tertawa kecil sebelum memandang aku dengan tajam.
"yyah, aku suruh kau panggil aku oppa kan? aku ni tua setahun daripada kau okeh!" bibir aku hanya mencebik sebelum menjelirkan lidah kepadanya.
"tak nak!"
tanpa mereka berdua sedari, hyunjae yang turut memerhati gelagat mereka berdua mula berasa kurang senang. hanya satu benda sahaja yang bermain dalam fikirannya sekarang ini,
siapa lelaki tu?
setelah menyedari kelibat hyunjae, aku pantas menarik sunwoo ke arahnya. "sunwoo, ni hyunjae oppa. dia tutor math aku dan juga bestfriend younghoon." aku memperkenalkan hyunjae kepada sunwoo dan mereka menunduk hormat sesama sendiri.
"oppa, ni sunwoo. sepupu hwayoung dan dia study kat canada tapi balik sini kejap sebab tengah cuti sem."
"ahh, nae." aku memerhati sahaja hyunjae yang menghulurkan tangannya kepada sunwoo untuk berjabat tangan.
eh lama pulak aku tengok mereka berdua ni berjabat tangan. siap ber-eye contact lagi.
"ooh, ingatkan boyfriend kau tadi hahaha." kata sunwoo dengan nada gurauan dan aku terus menendang kakinya dengan perlahan.
"b-boyfriend jadah? kau jangan nak merepek eh sunwoo." sunwoo memuncungkan bibirnya selepas mengaduh kesakitan. ceh, over je mamat ni. aku bukannya tendang kuat-kuat.
"kau mesti takde boyfriend lagi kan? masih belum move on ke dengan kejadian memalu─" aku pantas menekup mulut sunwoo yang hampir sahaja membocorkan rahsia terbesar aku.
ya, hanya dia je yang tahu pasal tu tapi dia tidak tahu bahawa hyunjae lah lelaki a.k.a crush aku tuh!
tak boleh jadi ni─ bahaya siot! nampaknya aku kena berwaspada sikit sepanjang sunwoo berada di sini. huehue.
"kejadian apa?" tanya hyunjae yang mulai bingung. aku terus tertawa dengan agak kekok dan melepaskan sunwoo yang seakan-akan hampir mati lemas itu.
"haha, takde apalah oppa! jom sambung study! hah kau pulak, pergilah letak barang dalam bilik younghoon dulu." ucapku dan ketika aku ingin mengorak langkah ke bilik semula, sempat aku berbisik sesuatu kepada sunwoo.
"jaga rahsia aku elok-elok bro." aku memberikan pandangan maut kepada sunwoo yang sudah tersengih-sengih.
YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanficdisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020