"hoi budak, tengah study ke tu?" pintu bilik hwayoung dibuka dengan perlahan-lahan oleh younghoon. dia mengintai hwayoung yang sedang fokus membuat latihan matematik itu sebelum masuk ke dalam biliknya lalu merebahkan badannya di atas katil milik gadis itu tanpa segan silu.hwayoung menoleh ke belakang sebelum menjeling younghoon yang sudah memandangnya dengan penuh sinis. "kenapa kau pandang aku macam tu?" hwayoung menyoal dengan kening yang berkerut sebelum menyambung latihan mathnya itu semula.
"aku dengar hyunjae akan jadi tutor math kau?" hwayoung menggigit bibirnya setelah mendengar kata-kata younghoon lalu meletakkan pensel di atas meja sebelum sekali lagi menghadap abangnya.
"aku yakin aku boleh lepas 70% untuk ujian kali ni." younghoon mencebik mendengar kata-kata hwayoung yang penuh confident itu.
"oh ya? habistu kenapa kau berani cabar diri sendiri? ke kau sengaja? sebab kau tahu kau takkan lepas?" younghoon sudah ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah hwayoung yang mula memerah.
"apa kau merepek ni younghoon? aku tak sengaja la!" hwayoung membalas dengan bersungguh sebelum menarik younghoon yang masih berbaring di atas katilnya dengan segala tenaga yang dia ada, menghalau younghoon keluar daripada biliknya.
"ish yelah yelah!" younghoon bangun dengan malas sebelum melangkah keluar daripada bilik hwayoung.
___
seminggu telah pun berlalu. hwayoung sudah mula berdebar apabila guru matematiknya melangkah masuk ke dalam kelas. setelah membebel tentang markah ujian mereka yang kurang memberansangkan itu, beliau mula memulangkan kertas ujian pertengahan tahun subjek matematik kepada para pelajar dan kini, tibalah giliran hwayoung.
"kim hwayoung." gadis itu bangun dari tempatnya dan menuju ke hadapan untuk mengambil kertas ujian. "tahniah, ada peningkatan kali ini walaupun erm... sikit." hwayoung menelan air liur dan menghembuskan nafas berat sebelum memandang kertas ujiannya.
oh tidak─
60% ?!
hwayoung kembali ke tempat duduknya semula dengan langkah kecewa. ini bermakna hyunjae akan menjadi tutor mathnya secara rasmi dan nampaknya mereka berdua bakal berjumpa lebih kerap selepas ini.
lia sempat mencuri-curi pandang ke arah kertas ujian milik hwayoung sebelum terkejut dengan pencapaiannya rakan baiknya itu. "wow! markah math kau makin meningkatlah, congrats babe." kata lia dan hwayoung hanya tersenyum nipis.
"kenapa kau nampak down semacam je ni? kau okay?" lia menyoal setelah melihat wajah hwayoung yang agak kecewa. "weh sebenarnya en aku─" maka hwayoung pun menceritakan apa yang telah dia katakan kepada hyunjae seminggu yang lalu.
mata lia membulat. "wait, lelaki handsome yang amik kau balik dari sekolah hari tu ke?!" hwayoung hanya sekadar mengangguk lemah.
"yyah, untung siot kau ada lelaki handsome jadi tutor math!" hwayoung memandang lia dengan pandangan -areyoukiddingme-
entah mengapa, perasaan kecewa hwayoung mula pudar secara perlahan-lahan apabila gadis itu mula membayangkan wajah kacak hyunjae yang bakal dia tatap dengan lebih kerap selepas ini.
heh.
___
[ HWAYOUNG POV ]
aku memandang bilikku yang sudah kemas dengan penuh bangga sebelum meletakkan kotak pensel dan buku rujukan math. tidak lama kemudian, aku terdengar younghoon memanggilku.
"hwayoung! hyunjae dah sampai ni." jantung aku terus berdegup dengan laju.
"hai bro." aku memerhati younghoon dan hyunjae di sebalik langsir yang sedang bersalaman seketika sebelum kedua-dua jejaka itu melabuhkan punggung di atas sofa.
beberapa saat kemudian, eomma muncul dengan dulang di tangannya. "aigoo hyunjae-ah, makin hensem je ahjumma tengok kamu ni." eomma tersenyum, memuji hyunjae sambil menghidangkan minuman kepada mereka berdua sebelum turut duduk di sofa.
hyunjae hanya tersenyum malu. "haha, biasa-biasa je. gomawo ahjumma."
"eh mana budak bertuah tu? kim hwayoung! hyunjae oppa dah sampai ni." aku menelan air liur mendengar panggilan eomma.
"nae!" aku pantas berlari ke hadapan cermin semula, memastikan penampilan aku elok sebelum keluar daripada bilik.
setelah menunduk hormat kepada hyunjae oppa, aku mengambil tempat di sebelah eomma, iaitu bertentangan dengannya.
"betul ke kamu nak jadi tutor math si hwayoung ni? tak menyusahkan kamu ke hyunjae?" eomma menyoal dengan serious.
hyunjae terus menggeleng dengan laju. "eh takde lah, menyusahkan apanya? lagipun sementara tengah menganggur ni, lebih baik saya tolong hwayoung." hyunjae membalas, sempat dia membuat wink kepadaku.
hah belum-belum apa-apa aku dah cair. oh please kim hwayoung!
eomma dan younghoon hanya tertawa kecil. "baguslah kalau macam tu. kamu janganlah rasa terbeban sangat hyunjae, hwayoung ni memang bebal sikit bab matematik ni, macam appa dia hahaha."
whut?!
aku memandang eomma dengan tidak percaya sebelum cuba untuk berlagak tenang, walhal di dalam hati aku dah malu nak mampus.
hyunjae tertawa kecil. "arraseo ahjumma, saya akan cuba bantu hwayoung semampu yang boleh." kata hyunjae sebelum memandangku dan aku hanya sekadar tersenyum awkward.
YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020