"sebenarnya, aku─" melihat hyunjae teragak-agak untuk berbicara, younghoon terlebih dahulu memotong ayatnya, membuatkan lelaki itu terbeliak.
"kau ada hubungan dengan adik aku, kan?"
soalan tersebut terus membuatkan hyunjae terdiam seketika. lambat-lambat sahaja dia menganggukkan kepalanya. "ya, sebenarnya aku boyfriend hwayoung."
ada member yang kelihatan sangat terkejut, ada yang pura-pura terkejut dan ada juga yang langsung tak terkejut."serious lah hyunjae? kau─ betul betul tengah dating dengan hwayoung ke?" younghoon tiba-tiba bangun daripada kerusinya, memandang hyunjae dengan penuh tidak percaya.
suara younghoon yang agak kuat itu mula menarik perhatian para pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut. masing-masing sudah menumpukan perhatian kepada younghoon. "dalam banyak-banyak perempuan yang wujud kat dalam muka bumi, kenapa adik aku jugak yang kau nak?!"
"younghoon, bawa bertenang." sangyeon bangun, cuba untuk menenangkan younghoon yang agak frust dengan pengakuan yang baru sahaja meluncur keluar daripada mulut sahabat karibnya sendiri.
hyunjae memejamkan matanya dengan kesal. "maafkan aku younghoon, aku sebenarnya dah lama nak jujur dengan kau." younghoon menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"kau sendiri tahu kan apa risiko kalau kau dating dengan adik aku? cuba bayangkan kalau suatu hari nanti korang bergaduh teruk. hah, time tu aku nak backup siapa?!"
"younghoon, sabar! kita dekat tempat awam ni." kini, jacob yang dikenali sebagai 'malaikat' di kalangan member mulai berdiri. dalam masa yang sama, hwayoung yang baru sahaja pulang daripada tandas sudah terkebil-kebil, memerhati situasi yang sedang berlaku.
[ HWAYOUNG POV ]
baru sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi, aku terdengar younghoon oppa menyoal hyunjae. "kau nak cakap apa? kenapa tetiba diam pulak?" lamunan hyunjae automatik terhenti. ya, sebenarnya itu semua hanyalah sekadar bayangan di dalam fikiran hyunjae.
aku menggelengkan kepala dengan perlahan apabila mata aku bertaut dengan hyunjae. memberi signal kepadanya bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk jujur pasal hubungan kami.
"err takde apa lah." younghoon mencebik, tidak puas hati kerana asyik diberi fake hope. aku melepaskan satu nafas lega, memang aku nak sangat jujur pasal hubungan aku dengan hyunjae yang sebenar dekat semua orang, tapi aku masih perlu mengambil masa untuk menyiapkan diri dari segi mental.
tidak lama kemudian, makanan yang dipesan oleh kami mula tiba satu-persatu. suasana kembali senyap apabila masing-masing mula menjamu selera.
___
"yyah, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
aku mengerdipkan mata beberapa sebelum pandanganku dialihkan ke arah sunwoo disebelah aku yang sudah memandang aku dengan tajam, seolah-olah nak telan aku. "mian, kau cakap apa tadi?" aku tersengih.
sunwoo memusingkan bebola matanya sebelum mencapai remote control yang berada di tepinya, ingin menukar saluran tv. "sejak kebelakangan ni kau asyik termenung jauh je. fikir pasal hubungan kau dengan hyunjae hyung ke?" sunwoo menyoal sebelum memberikan aku senyuman sinis.
mata aku automatik membulat. "m-macam mana kau tahu?!" sunwoo tersenyum senget sebelum menghirup air coklat panas yang dibuat oleh younghoon sebentar tadi. "obvious sangat lah weh. entah-entah younghoon hyung pun dah tahu pasal hubungan korang, tapi dia pura-pura tak tahu." terang sunwoo.
"kenapa kau cakap macam tu?" dahi aku berkerut. soalan aku itu membuatkan sunwoo mengeluh perlahan. "sesiapa pun boleh tahu la yang korang berdua ada hubungan bila tengok cara hyunjae hyung layan kau." aku menggigit bibir, risau. macam mana kalau kata-kata sunwoo itu benar-benar belaka.

YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020