04.

481 61 6
                                    


kini, tibalah saat yang paling mendebarkan. aku membawa hyunjae masuk ke dalam bilikku dan membiarkan sahaja lelaki itu memerhati seluruh ruang di dalam bilikku.

aku membulatkan mata apabila teringat bahawa hyunjae adalah lelaki pertama selain appa dan younghoon yang pernah masuk ke dalam bilik aku. sepatutnya bakal suami aku je yang boleh masuk bilik ni selain family aku hiks.

"betul ke hwayoung nak belajar dekat sini? sebab takut hwayoung tak selesa pulak nanti." hyunjae menyoal membuatkan lamunanku terhenti. aku hanya mengangguk laju. "em... haah takpe! lagipun bilik hwayoung je yang paling senyap dalam rumah ni."

hyunjae hanya mengangguk mendengar kata-kataku. "btw comel la katil, gambar minnie mouse." hyunjae tertawa kecil seketika.

aku hanya tersengih pada saat itu dan dalam masa yang sama berdoa di dalam hati supaya aku mampu menumpukan perhatian dan segalanya akan berjalan dengan lancar sebelum menuju ke meja belajar aku dimana hyunjae sudah pun berada.

---

dua minggu telah pun berlalu dan kini aku  berasa semakin selesa apabila berada dengan hyunjae. kejadian yang memalukan itu pun mula hilang daripada memori aku dan aku dah mula tak menganggap kejadian itu sebagai saat yang paling memalukan dalam hidup aku sehinggalah─

seperti biasa apabila setiap kali hari minggu tiba, aku sibuk melayan movie di dalam bilik bersama semangkuk popcorn di tangan berbanding ulangkaji pelajaran. yup, aku memang tak sedar diri lagi walaupun csat dah tinggal tak sampai dua bulan je lagi. eomma dan appa pulak takde kat rumah selama dua minggu start dari semalam, bussiness trip memanjang.

di ruang tamu pula ada sangyeon, hyunjae, chanhee dan younghoon oppa yang sedang fokus bermain game.

sejak tengah hari tadi aku langsung tak berani nak keluar daripada bilik sebab makin lama ramai pula kawan-kawan younghoon yang datang ke rumah kami apabila aku terdengar bunyi bell rumah yang berkumandang buat kali yang ke berapa pun aku tak ingat.

aku mengerutkan kening apabila perut aku sudah mula berbunyi. "aduh, dorang tak lapar ke siot?" pintu bilik aku kuak dengan perlahan dan langsir bilik yang menutupi seluruh pintu bilik aku selak dengan penuh berhati-hati, mengintai suasana di ruang tamu.

aku mengira manusia yang berada di ruang tamu, tujuh orang termasuk younghoon. ternyata lagi tiga orang yang baru sampai ialah kevin, changmin dan jacob. mata aku terbeliak melihat kevin dan changmin oppa yang baru sahaja duduk bersila di lantai bersama beberapa plastik yang berisi kotak pizza dan ayam goreng.

tidak dapat dinafikan lagi, aku dah start terliur tapi apa yang patut aku buat? takkan aku tiba-tiba nak pergi sana dengan muka tak malu pastu join dorang sekali? (ಥ_ಥ)

---

[ NO ONE POV ]

"YEAYYY!" younghoon bersorak gembira apabila kevin, changmin dan jacob hyung tiba bersama makanan tengah hari mereka. game yang dimain olehnya sebentar tadi diletak ke tepi sebelum masing-masing menuju ke dapur untuk mencuci tangan.

setelah itu, mereka kembali ke ruang tamu dan mula menjamu selera, mengisi perut yang kosong. younghoon yang sedang menuangkan coke ke dalam cawannya akhirnya teringat akan adiknya yang seorang itu.

"oh haah la, aku lupa pulak si hwayoung tu. budak tu mesti dah lapar kekeke." kata younghoon tiba-tiba dan meletakkan beberapa keping pizza dan beberapa ketul ayam goreng ke dalam pinggannya.

"biar aku bagi kat dia!" baru sahaja younghoon ingin bangun, hyunjae sudah merampas pinggan tersebut dan membetulkan rambutnya yang agak kusut itu sebelum menuju ke bilik hwayoung. younghoon dan member yang lain agak terkejut dengan tindakan hyunjae namun mereka hanya membiarkannya sahaja.

husnuzon jelah kononnya.

pintu bilik hwayoung diketuk beberapa kali sebelum akhirnya terbuka dengan perlahan. hyunjae menghulurkan pinggan tersebut kepada hwayoung yang masih terkejut, melihat lelaki itu berada di hadapan biliknya. "makan banyak-banyak tau, tak cukup nanti tambah."

hwayoung mengemamkan bibirnya, menyambut huluran tersebut dengan penuh berhati-hati sebelum membalas. "ah g-gomawo oppa. takpe! ni dah lebih daripada cukup." hyunjae hanya tersenyum sambil mengangguk.

"btw buat apa tadi? tak bosan ke duduk dalam bilik je?" soal hyunjae sebelum matanya tertancap ke arah sebuah laptop yang terbaring di atas katil bersama semangkuk popcorn yang tinggal separuh di sebelahnya.

"ah, tengok movie je tadi. haha, bosan lah jugak." balas hwayoung. hyunjae berasa serba salah kerana gadis itu tidak dapat bergerak dengan bebas di dalam rumahnya sendiri disebabkan oleh kedatangan mereka.

"hmm nanti lepas makan, nak main game tak?" hyunjae menyoal sambil menjongketkan keningnya membuatkan gadis itu menelan air liur.

"err dengan kawan-kawan oppa yang lain sekali ke?" hyunjae pantas menggeleng.

"ani, kita berdua je." ucap hyunjae kerana dia tahu gadis itu pasti berasa kekok dan tidak selesa untuk bermain dengan sekumpulan lelaki yang masih bujang itu.  sedarkah hyunjae bahawa dia hanya membuatkan hwayoung makin nervous?

hwayoung kelihatan agak teragak-agak untuk mengangguk tapi dah hyunjae ajak, dia ikut sahaja lah. lagipun dia bukannya masih awkward sangat apabila berada dengan hyunjae.

tapi buat masa ini jelah.

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now