13.

380 54 2
                                    

[ HWAYOUNG POV ]

"muka tu jangan nak redha sangat ok? nah, ambik ni!" aku tersentak dari lamunan apabila suara seseorang memasuki gegendang telingaku. sunwoo meletakkan secawan cupcake berperisa blueberry di atas telapak tanganku sebelum berlalu pergi dengan begitu sahaja.

perasaanku kembali tenang apabila memandang cupcake yang diberikan oleh sunwoo itu. namun, perasaan tenang itu tidak kekal lama apabila aku tiba-tiba sahaja teringatkan hyunjae.

satu keluhan berat aku lepaskan. aku tak boleh bersedih lama-lama. aku kena move on dan cuba untuk melupakan hyunjae. kim hwayoung, kau boleh! aku cuba menguntumkan satu senyuman sebelum menggigit cupcake tersebut.

"hii! kim hwayoung kan? nama i hwang soyeon, can we talk for a minute?" aku yang sedang fokus mengunyah terus mengangkat pandangan.

"s-saya?" soalku, terpinga-pinga.

"yes, you lah!"

aku mengikuti langkah gadis yang bernama hwang soyeon ini ke halaman rumah. langkahnya tiba-tiba terhenti di tepi kolam ikan milik keluarga hyunjae.

air liur ditelan dengan pahit. kenapa ex girlfriend hyunjae tiba-tiba nak jumpa aku ni?

"panggil je i, soyeon eonnie." gadis itu bersuara dahulu dan aku hanya sekadar mengangguk perlahan.

"kenapa eonnie nak jumpa saya?" aku memberanikan diri untuk menyoal tujuan dia membawa aku ke sini.

"you kenal hyunjae kan?" sekali lagi aku mengangguk. ah sudah, kenapa dia tanya aku fasal hyunjae pulak ni?

"hwayoung-ssi, eonnie nak minta tolong sikit daripada you boleh tak?" hati aku tiba-tiba sahaja berdebar sebelum bersuara.

"a-apa dia eonnie?"

"boleh tak you jauhkan diri daripada hyunjae? for your information, eonnie adalah bakal isteri dia dan kami akan berkahwin pada hujung bulan ni. tapi, hujung bulan ni CSAT start kan? hm, nampaknya you tak boleh lah nak datang wedding i dengan hyunjae."

jantung aku terasa bagaikan hendak tertanggal mendengar kata-katanya. h-hyunjae nak kahwin dengan ex girlfriend dia?

serious la?

hm nampaknya betul lah kot, berdasarkan adegan-adegan yang aku ternampak sejak kebelakangan ni.

aku memandang wajah soyeon yang masih tersenyum bahagia itu. "ahh, nae. chukkae eonnie. tolong jaga hyunjae oppa baik-baik dan eonnie janganlah risau, saya dah anggap hyunjae oppa tu macam abang saya sendiri."

soyeon tertawa kecil mendengar kata-kataku. "of course lah! kali ni i takkan biarkan dia terlepas daripada i lagi. thanks hwayoung."

aku tersenyum nipis sambil menggangukkan kepala. "okaylah, see you when i see you!" soyeon menepuk bahuku dengan perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kediaman kim semula. hwang soyeon sempat tersenyum sinis tanpa hwayoung sedari.

aku menggigit bibir. air mata yang sudah lama bertakung sejak tadi akhirnya pecah juga. aku pantas menyeka air mata tersebut sebelum ada sesiapa ternampak.

"eh hwayoung? buat apa kat luar sorang sorang? meh lah masuk. kejap lagi hyunjae nak potong kek tu." tegur juyeon oppa yang kebetulan sedang lalu-lalang.

"tak apalah oppa, saya nak balik dulu. baru teringat homework belum siap." bohong aku, main sembur je apa yang terlintas dalam otak aku pada saat ini.

"aik, betul ke ni?" juyeon menyoal, ragu-ragu.

aku mengangguk laju. "nae. tolong bagitahu younghoon oppa yang saya balik dulu. gomawo!" dengan itu, aku terus melangkah pergi, meninggalkan kediaman keluarga lee.

juyeon menyengetkan kepalanya, bingung. dia ingin menghalang hwayoung tetapi gadis itu telah pantas berlari terlebih dahulu.

"juyeon? kau buat apa kat situ?" hyunjae menyoal, pelik. baru sahaja juyeon ingin membuka mulut, sekali lagi hyunjae bersuara.

"eh haah, kau ada nampak hwayoung tak? puas aku cari dia, tapi tak jumpa pon." kepala yang tidak gatal itu digaru.

"dia baru je pergi tadi..." jawab juyeon dan mata hyunjae terus membulat.

"hah pergi? pergi mana?"

"rumah dia. katanya baru teringat ada homework... tapi an, aku perasan yang mata dia merah, macam baru lepas nangis." sambung juyeon. dahi hyunjae sudah berkerut-kerut mendengarnya.

___


[ HYUNJAE POV ]

dua hari kemudiannya.

buku latihan matematik itu terus aku tutup sebelum simpan ke dalam beg semula. aku memandang hwayoung yang turut mengemas buku-buku dan alat tulisnya itu. entah mengapa, aku dapat merasakan bahawa hwayoung tipu aku tentang alasan dia balik awal masa birthday party aku, dua hari yang lepas.

hari ini pun dia senyap semacam je. selalunya mesti dia tanya soalan yang pelik-pelik dekat aku dan buat lawak. tapi kenapa hari ini hwayoung lain macam je? takde mood ke? pandang muka aku pun macam nak tak nak aje.

"hwayoung-ah, boleh tak oppa tanya sesuatu?" gadis itu terus terhenti daripada aktiviti mengemas. lambat-lambat sahaja dia mengalihkan pandangannya ke arah aku.

"boleh, apa dia?" soalnya, dengan nada yang sangat mendatar, bunyinya kedengaran agak sedih.

"hwayoung okay ke? ada apa-apa yang dah terjadi ke? oppa bukan apa, harini hwayoung senyap semacam je."

hwayoung tersenyum nipis sebelum kepalanya menggeleng dengan perlahan. "takde apalah. hwayoung mungkin stress kot sebab yalah, CSAT dah dekat kan." terangnya dan aku terus menganggukkan kepalanya.

hm, betul jugak. tapi entah mengapa, aku tak puas hati dengan jawapan dia. aku rasa macam ada something wrong yang dah berlaku tanpa pengetahuan aku.

beberapa minit kemudian, hwayoung kembali bersuara, membuatkan aku bengang seketika. "oh iya, congrats oppa! hwayoung doakan oppa dan soyeon eonnie bahagia hingga ke syurga."

mata aku terus membulat. wait─ what??

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now