hyunjae tertawa kecil melihat riak wajah aku yang sudah mula menggelabah. "jangan risaulah, saya tak buat apa-apa pun. nak gerakkan badan pun susah ni ha." aku menggigit bibir, malu sendiri. habislah, mesti hyunjae ingat aku fikir bukan-bukan.
tanpa menunggu lagi, sling bag yang tergantung pada bahu aku tanggalkan sebelum meletakkannya di atas meja. dengan perlahan-lahan, aku naik ke atas katil pesakit, berbaring di sebelah hyunjae. tenang gais, ada banyak lagi ruang kosong yang memisahkan jarak di antara aku dengan dia dan semuanya berkat badan aku yang kurus kering ini, hehe.
___
beberapa hari kemudiannya.
aku menghempaskan badan di atas tilam empuk milikku sebaik sahaja selesai menonton drama dr romantik 2. kipas di siling yang sedang berputar dengan laju itu aku kerling sekilas sebelum melepaskan satu keluhan berat.
jujur aku cakap, susah syal dating senyap-senyap ni. dah lah aku dating dengan salah seorang daripada member abang aku sendiri. dia punya rasa bersalah tu macam aku dah buat jenayah besar siot. sampai bila nak buat macam ni? rahsiakan hubungan kami daripada semua orang?
bunyi ketukkan pada pintu bilik terus membuatkan aku tersentak daripada lamunan. wajah younghoon yang sudah terpacak di hadapan bilik itu aku pandang. "malam ni kitaorang nak pergi sungai han, nak naik river cruise. kau nak ikut sekali tak?"
aku terdiam seketika, maknanya hyunjae pun ada sekali lah kan? tapi an, apahal tetiba dorang nak naik river cruise nih? bukan ke selalunya pasangan bercinta atau sekumpulan family aje yang selalu pergi ke sana disebabkan oleh suasana romantik pada waktu malam?
"kalau kau nak ajak kawan kau sekali pon boleh, dorang tak kisah pun." sambung younghoon lalu mengangkat keningnya berkali-kali, menginginkan jawapan daripadaku.
"hmm bolehlah, nanti aku ajak lia." younghoon mengangguk sebelum hilang dari pandanganku semula. kening aku mula berkerut-kerut. haih, pelik benar. tapi apa salahnya? join jelah hehe.
aku terus bangun dari pembaringan dan membuka almari pakaianku. segala pakaian yang tergantung dengan elok di dalam almari tersebut aku belek satu-persatu sebelum mengeluarkan beberapa pakaian yang aku rasa sesuai.
tiga puluh minit kemudian. you know what? aku give up─ aku tak boleh pilih antara tiga ni. sejak bila aku rasa susah semacam je nak pilih baju ni? selama ni aku main rembat je baju yang aku rasa selesa tanpa kisah pasal apa-apa. aku ras diri aku ni makin berubah sedikit demi sedikit. adakah disebabkan oleh fakta yang sekarang ni aku dah ada boyfriend? jsjsj.
malam mula menjelma. setelah penat memerah otak selama hampir satu jam lebih, akhirnya aku hanya sekadar menyarungkan hoodie yang berwarna putih bersama jaket denim di luarnya dan berseluar jeans. kisah apa aku sesuai ke tak. malas aku nak fikir lagi.
laci pertama pada meja solek aku tarik dengan perlahan lalu mengeluarkan beberapa alat make up yang pernah dibeli beberapa bulan yang lalu namun langsung tidak pernah disentuh. aku jenis yang simple dan malas nak bersolek. tapi─ entah kenapa tetiba je hari ini aku ada mood nak bersolek. lel.
usai bersiap-siap, aku terus keluar daripada bilik dan menuju ke arah ruang tamu. younghoon, sunwoo dan lia yang duduk di sofa, sedang menunggu itu tiba-tiba memandang aku dengan serentak. aku perasaan bahawa mata lia sudah membulat besar, melihat penampilan aku pada malam ini. perlahan-lahan gadis itu bangun dan mendekati aku.
"yyah, kim hwayoung─ k-kau nampak lain siot!" lia menekup mulutnya, masih memandang aku dengan riak tidak percaya manakala younghoon hanya sekadar tersenyum senget. lelaki itu seolah-olahnya tahu tetang punca penampilan adiknya tiba-tiba sahaja berubah secara mendadak.

YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020