10.

410 57 3
                                    

"weh, hari ni hyunjae datang lambat sikit tau. ada hal penting katanya." teriak younghoon daripada dapur yang sedang fokus memasak tteokbokki sebaik sahaja mendapat panggilan daripada sahabatnya, hyunjae.

aku mengetapkan bibir, geram. ceh, jumpa ex katanya hal penting? entah mengapa aku tiba-tiba rasa tak sedap hati pula memikirkan hyunjae yang sekarang ni mungkin tengah berjumpa dengan ex girlfriendnya tu. macam mana kalau mereka berdua getback?

aku menggelengkan kepala berkali-kali, cuba untuk menghilangkan fikiran negatif daripada minda aku. tak, tak mungkin la kot... yang aku sibuk fikir bukan-bukan ni kenapa sia?

hish, aku tahulah aku ni siapa je nak suka dekat hyunjae oppa? setakat budak yang masih bersekolah menengah, CSAT pun tak lepas lagi. lagipun dekat universiti dorang tu confirm ada ramai lagi yeoja yang cantik-cantik dan lebih sesuai dengan hyunjae.

tapi, salah ke aku nak jeles dan masih sukakan dia walaupun aku tahu agak mustahil untuk kami berdua bersama?

pfft, yang aku nak sendu sangat ni pahal? jsjs.

tidak lama kemudian, secara tidak sedar aku tertidur di atas sofa akibat terlalu boring menunggu kedatangan hyunjae. dah dekat 20 minit aku tunggu tapi tak sampai-sampai. apa lagi? kita tidur jelah dulu hehehe.

[ NO ONE POV ]

"amboii, boleh pulak budak sekor ni tertidur." kata younghoon apabila panggilannya tidak disahut oleh hwayoung sebaik sahaja hyunjae akhirnya selamat tiba di rumah mereka.

"haha, takpelah. kesian dia sebab tertunggu-tunggu. lagipun aku memang lambat gila hari ni, sorry bro." kata hyunjae dengan serba salah.

sunwoo pula masih berada di luar rumah sejak pagi tadi, lepak bersama member dia ketika zaman high school dulu iaitu hyunjoon, bomin dan sanha.

"aku nak keluar kejap beli barang dapur. kau tolong jagakan hwayoung eh? kalau lapar masaklah ramyeon ke apa. eh haah, aku ada masak tteokbokki tadi. tu hah, kat atas meja makan." kata younghoon sebelum mengambil telefon pintar dan kunci kereta miliknya lalu mengorak langkah ke luar rumah.

younghoon tak risau sangat pun tinggalkan hyunjae dan adik perempuannya di rumah. dia tahu hyunjae masih berfikiran waras dan tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. sunwoo pun tak lama lagi balik la tu.

younghoon tahu mungkin ramai yang tak bersependapat dengan dia. yelah, gila ke tinggalkan adik sendiri dengan anak teruna berdua-duaan?

"okay, jangan risau. hati-hati bro."

tiga saat kemudian, younghoon tiba-tiba masuk ke dalam rumah semula. "weh, kau jangan buat macam-macam pulak dekat si hwayoung tu."

"rileks ah wei, kau fikir aku apa? sampai hati tak percayakan aku." kata hyunjae, agak kecewa.

"yelah, sorry!"

___

[ HWAYOUNG POV ]

aku membuka mataku dengan perlahan-lahan. apa yang aku dah mimpi sia tadi?! aku mimpi.... hyunjae betul-betul getback dengan ex dia. HUWAAA EOMMA!

nak tertanggal jantung aku apabila sedar hyunjae oppa sudah berada di tepi aku sambil menongkat dagunya.

a-apa yang tengah terjadi ni?

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now