06.

418 56 6
                                    


keesokkan harinya tiba dan seperti biasa, tiada apa-apa yang menarik bagi aku pada waktu hujung minggu walaupun dapat berehat sepuas-puasnya. buku latihan matematik aku tutup dan terus mengorak langkah ke dapur untuk masak ramyeon memandangkan perut aku sudah mula meronta-ronta.

aku mencapai sebungkus ramyeon sebelum mula memasak. younghoon yang berbaring di atas sofa menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi aku menghidupkan gas dapur.

"wow, kau masak ramyeon ke? nak jugak!" pinta younghoon yang sudah tersengih-sengih itu tanpa segan silu. sejujurnya, tak menjadi satu masalah pun untuk aku. bukannya susah sangat nak masak ramen tapi itulah, mamat bujang sekor tu pemalas dia takleh bawa bincang siot.

satu keluhan terlepas juga daripada bibirku sebelum mencapai satu lagi bungkus ramyeon yang disimpan di dalam kabinet dapur. setelah siap memasak, aku membawa periuk yang berisi ramyeon itu bersama dua gelas air jus anggur ke ruang tamu.

"boleh masuk ke apa yang hyunjae ajar kat kau?" soal younghoon  sebelum menghirup sup ramyeon.

aku terus tersedak apabila mendengar soalan yang langsung tidak dijangka itu. younghoon pula sudah memberi pandangan pelik kepadaku.

aku mengangguk perlahan. "lagi berkesan daripada kat tuition." younghoon mencebik mendengarnya sebelum mengangguk-angguk. dalam masa yang sama, riak wajahnya tiba-tiba berubah seperti sedang mengesyaki aku, iye je ni?

"aku tak sangka pulak kau boleh tumpukan perhatian bila hyunjae ajar. kau pun tahu kan, dia handsome." sekali lagi aku tersedak sehingga terbatuk-batuk buat beberapa saat.

"betul ke kau boleh fokus dengan apa yang dia ajar? entah-entah kau sibuk curi-curi pandang dia kan?" younghoon tersenyum sinis sambil menjongketkan keningnya.

wth?

"excuse me, kalau kau tak percaya, pergilah tanya hyunjae oppa sendiri! tak kuasa aku nak tenung-tenung muka dia!" aku bangun daripada sofa bersama mangkuk yang sudah kosong ke dapur untuk mencucinya.

entah apa lagi yang younghoon nak merepek lepas ni. ceh, padahal apa yang dia cakap itu sebenarnya fakta dan bukan auta.

siapa je yang boleh fokus 100% time belajar bila ada lelaki handsome kat sebelah kau? sudahlah lelaki handsome itu juga yang mengajar. (ಥ_ಥ)

---

jam di dinding aku kerling, jarum jam sudah menunjukkan jam 7 malam. setelah puas bermain dengan telefon, niat aku untuk meletakkan telefon di atas katil terbatal apabila telefonku tiba-tiba berdering, aku terus melihat nama si pemanggil.

choi lia 🌸🐮

panggilan daripada gadis itu aku angkat. "hello?"

"weh! nak ikut aku dengan unnie aku tengok wayang tak malam ni?" mata aku terus bersinar manakala bibir aku mengukirkan satu senyuman setelah mendengar pelawaan lia namun senyuman itu tidak kekal lama apabila aku teringat akan movie terbaru yang younghoon dengan hyunjae pun bakal tengok malam ini.

tolong jangan cakap dia nak tengok cerita annabelle 10 tu. (ಥ_ಥ)

"urm cerita apa eh?" aku menyoal dengan penuh berharap.

tolong ah movie lain, selain daripada annabelle 10.

"annabelle 10!"

aku melepaskan nafas berat setelah mendengarnya. "erk takpelah weh, kau pun tahu kan aku tak minat cerita-cerita seram ni."

"eh... haahlah! sorry weh aku lupa ah." aku hanya tersenyum nipis dan bukannya si lia tu boleh nampak. "takpelah beb, enjoy your movie!" tiga saat kemudian lia terus menamatkan panggilan tersebut.

setelah mencampakkan telefon di atas katil, aku mengeluarkan nota-nota yang berkaitan dengan komsas bahasa korea. aku bercadang untuk mengulangkaji sebentar sebelum main game ataupun menonton tv.

baru sahaja aku hendak menyelak halaman yang seterusnya, tiba-tiba younghoon masuk ke dalam bilik aku dengan nafas yang tercungap-cungap. terkejut aku dibuatnya. aku memberikan younghoon pandangan kaudahkenapa?

"hwayoung! kau tak busy kan?" soal younghoon yang sudah siap berpakaian untuk pergi ke panggung wayang.

"takdelah busy mana, kenapa?" aku tiba-tiba berdebar, kononnya ada firasat tentang  sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

"okay bagus! tolong aku pergi tengok wayang dengan hyunjae." terbeliak mata aku mendengarnya.

"HAH?"

"aku tetiba ada hal penting ni, kesian hyunjae dah beli ticket wayang. takkan nak bazirkan macam tu je?" aku tercengang mendengar kata-kata younghoon.

habis tu memang dah takde orang lain ke? kenapa aku jugak yang kena?

"tapi, kenapa aku jugak yang kena pergi?" aku menyoal, tidak puas hati.

"aku dah tanya member lain and semua tak nak pergi, tak tahu ah kenapa." kata younghoon dengan sedikit kesal.

"please weh! kalau kau tolong aku kali ni, nanti aku lanje kau something!" aku mengeluh apabila melihat younghoon yang sudah merayu kepadaku, siap buat muka kesian dia pulak tu.

ingat comel ke?

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now