[ HYUNJAE POV ]
"hah? congrats untuk apa ni? dan macam mana hwayoung kenal perempuan tu?" berkerut-kerut dahi aku dibuatnya. sumpah aku tak boleh brain dengan kata-kata yang baru sahaja keluar daripada mulut hwayoung.
hwayoung terus memberikan pandangan pelik kepadaku sebelum tertawa kecil. "alah oppa ni, buat² tak tahu pulak. oppa dengan soyeon eonnie nak kahwin kan hujung bulan ni?" hwayoung mengangkat keningnya, menginginkan kepastian.
kepala aku laju sahaja menggeleng sebelum memicit dahiku yang sudah berdenyut-denyut.
hwang soyeon─ tak guna betul perempuan tu!
"jap─ hwayoung percaya ke dengan kata-kata dia?" lambat-lambat sahaja hwayoung mengangguk. aku terus menggigit bibir sebelum menggelengkan kepala berkali-kali.
"tak hwayoung, tak. sejak bila pulak oppa nak kahwin dengan dia? dia dah tipu hwayoung! tolong jangan percaya bulat² dengan kata-kata dia."
hwayoung terkebil-kebil seketika dan kelihatan agak terkejut dalam masa yang sama.
"t-tapi, haritu hwayoung nampak soyeon eonnie peluk oppa dan masa kat birthday party haritu pun─ "
"jap─ itu pun hwayoung nampak ke?" aku terlopong seketika manakala hwayoung terus mengangguk dengan laju sebelum tersengih. aku melepaskan satu keluhan berat.
"apa yang hwayoung nampak dan dengar daripada dia itu semuanya adalah dusta semata-mata. hwang soyeon tu ex oppa dan start minggu lepas, dia tetiba je muncul and ganggu oppa."
hwayoung mengangguk, faham. "ah... jadi itu rupanya yang berlaku."
[ HWAYOUNG POV ]
aku menghelakan nafas lega setelah mendengar penjelasan dan perkara yang sebenar daripada hyunjae. patutlah haritu younghoon cakap hwang soyeon tu ex hyunjae yang paling teruk pernah dia jumpa.
dan sekarang barulah aku faham kenapa. ini bermakna, aku masih ada peluang lah? hehe.
"jadi, itu ke sebab hwayoung balik awal haritu? sebab perempuan tu cerita bukan-bukan kat hwayoung?"
"hah?" aku terus menangkat pandangan lalu menelan air liur. aku mengerdipkan mataku berkali-kali sebelum menjawab.
"eh takdelah haha. time tu hwayoung memang tetiba teringat ada homework yang belum siap." bohong aku. aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk aku confess perasaan sebenar aku terhadapnya. lagipun, aku tak bersedia lagi nak confess huhu.
"ah... arraseo." entah mengapa, raut wajah hyunjae kelihatan agak kecewa mendengar jawapanku, membuatkan aku mengerutkan dahi sebelum menggeleng kecil. hah, mulalah tu nak perasan.
"tak sangka minggu ni minggu terakhir oppa jadi tutor hwayoung." ujar hyunjae sebelum tertawa kecil.
aku hanya tersenyum nipis. "k-kenapa? oppa tak nak berhenti ajar hwayoung ke?" entah daripada mana aku dapat keberanian untuk tanya soalan macam tu pun aku tak tahu.
tiba-tiba hyunjae memandang tepat ke arah anak mataku dan jantung aku terus berdegup kencang dibuatnya. "erm bukan, oppa just rindu nak belajar matematik tiap-tiap hari macam sekarang..."
"ohh...." pipi aku mula membahang akibat malu. hah tulah, pergi tanya soalan merepek macam tu kenapa? sjsjs.
sekali lagi aku terdengar hyunjae tertawa kecil, membuatkan aku semakin malu. haish!
"i wish i could tell you the truth, that i'm gonna miss you so much." bisik hyunjae di dalam hatinya. andai sahaja jika sekarang dia benar-benar mampu mengucapkan ayat tersebut.
___
seminggu kemudiannya.
aku memegang dadaku. debaran semakin terasa apabila kereta yang dipandu oleh younghoon akhirnya tiba di hadapan pintu pagar utama sekolahku. "hey, rileks okay? aku tahu kau boleh buat yang terbaik─
─ sebab kau kan adik kim younghoon!" younghoon memicit kedua belah pipiku dengan kuat.
"auch! eyy sakitlah." aku menepis tangan younghoon dengan perlahan sebelum menggosok pipiku yang sudah mula memerah itu.
"goodluck bruh! harini subject math kan? jawab leklok, banggakan tutor kesayangkan kau tu." kini sunwoo yang berada di seat belakang pula bersuara.
"yyah! kesayangan mende..." aku memberikan jelingan maut kepada sunwoo di belakang yang sudah tersenyum puas. younghoon pula memandang aku dengan penuh musykil.
"hah meh sini, oppa nak peluk adik kesayangan oppa yang sorang ni!" tiba-tiba sahaja younghoon mendepakan kedua belah tangannya ke arahku. aku menggeleng kecil sebelum memeluk younghoon.
sunwoo pula dah beracah nak muntah.
"betul kata sunwoo tu, aku harap kau dapat banggakan kami semua terutama sekali hyunjae." bisik younghoon lalu mengusap kepalaku dengan perlahan sebelum melepaskan pelukkan.
aku terdiam seketika. lain macam je bunyinya? seolah-olehnya dia restu.
ah sudah─
"eh haah! aku hampir terlupa siot." younghoon menepuk dahinya dengan perlahan sebelum mengeluarkan sebuah bungkusan coklat beserta sticky note yang tertampal dengan elok di atasnya.
mata aku membulat. eo, macam kenal je?
"yup, special daripada hyunjae ni. nah!" younghoon menghulurkan coklat tersebut kepadaku. aku sudah tersenyum lebar hingga ke telinga sambil mengambil huluran tersebut.
aku membaca ayat yang tertulis pada sticky note tersebut. automatik teringat tempoh hari, dimana hyunjae berikan coklat yang sama. tak lupa juga dengan sticky note yang tertampal tu!
╔═══*.·:·.✦ .·:·.*═══╗
goodluck hwayoungiie! ♡
jawab dengan tenang.
kalau tetiba pening nanti
cuba bayangkan muka oppa.
confirm boleh jawab haha :3
- L.J.H -╚═══*.·:·.✦.·:·.*═══╝
lee jaehyun, tak pernah tak sweet.
![](https://img.wattpad.com/cover/213921315-288-k19215.jpg)
YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020