16.

415 57 15
                                    

"oppa nak tanya apa tadi?" aku menyoal kembali namun hyunjae pantas menggelengkan kepalanya. "takde apalah, hehe." entah mengapa aku berasa agak kecewa. apalah agaknya yang dia nak sampaikan tadi?

dengan itu, sekali lagi suasana kembali senyap. aku perasan akan wajah hyunjae yang kelihatan agak pucat dan letih itu. "muka oppa nampak pucatlah, oppa rehatlah dulu eh? saya boleh je baca buku online sementara oppa tengah tidur."

"awak ada sukakan sesiapa tak? ataupun ada namja chingu?"

aku agak tersentak setelah mendengar soalan yang langsung tidak diduga itu. air liur ditelan dengan pahit. lambat-lambat sahaja aku menjawab pertanyaannya itu.

"s-saya takde namja chingu, tapi ya, saya s-sukakan seseorang." aku mengalihkan pandangan ke arah lantai. gementar punya pasal. kenapa hyunjae oppa tiba-tiba tanya soalan macam tu?

"oh iya? macam mana orangnya?" sekali lagi hyunjae menyoal. matanya mulai mengantuk, mungkin disebabkan oleh ubat yang baru sahaja ditelannya namun lelaki itu tetap gagahkan diri agar tidak tertidur kerana dia ingin mendengar jawapan hwayoung.

aku tersenyum kecil sebelum membalas. "dia seorang yang suka tersenyum kat semua orang di sekelilingnya, seorang yang sangat sweet! dan juga hensem."

aku terus tersengih kecil apabila menyadari bahawa hyunjae sudahpun terlelap. aku bingkas bangun untuk menarik selimut untuk membaluti tubuhnya sehingga paras bahunya.

"dan orang yang baru sahaja saya describe tadi tu sebenarnya awak, lee jaehyun. ya, saya suka awak." bisikku perlahan lalu ingin kembali ke kerusi semula namun tiba-tiba sahaja tanganku ditarik.

"i like you too, kim hwayoung." mataku membulat besar, air liur ditelan sebelum menoleh ke arahnya semula. hyunjae memandang tepat ke arah anak mataku sambil tersenyum manis.

jantung aku usah tanya lah, aku dapat merasakan pipi aku mula membahang. b-betul ke dengan apa yang baru aku dengar n-ni? atau aku tengah mimpi?

"ani, awak tak bermimpi pun. saya, lee jaehyun pun sukakan awak. suka sangat-sangat." aku mengemamkan bibir, masih terkebil-kebil. sukar untuk aku jelaskan perasaanku sekarang ni sebab semuanya bercampur aduk. gembira, terkejut dan tidak percaya, hah semua ada.

"would you be my girlfriend, kim hwayoung?" aku mengangguk laju dan tanpa aku sedari, air mata tiba-tiba sahaja mengalir.

"hey, kenapa menangis ni?" aku pantas menggeleng. aduh, dramatik sungguh aku ni. boleh pulak aku tetiba nangis selepas sahaja kena lamar jadi girfriend.

"takde apalah, saya cuma terkejut sangat kot." hyunjae tergelak lalu menarik aku ke dalam pelukkannya. aku agak terkejut dengan tindakannya itu namun aku tahu, dia hanya cuba untuk menenangkan perasaanku.

ah sudah, sekarang ni siapa pesakit? aku ke hyunjae?

___

"waktu untuk makan tengah hari dah tiba." ujar jururawat yang tiba-tiba muncul bersama troli. aku membantu jururawat tersebut untuk memindahkan makanan ke atas meja.

sebaik sahaja aku mengucapkan terima kasih, jururawat tersebut terus beredar untuk menghantar makanan ke bilik lain pula. aku perasan wajah hyunjae berubah masam mencuka setelah melihat hidangan yang disediakan oleh pihak hospital.

aku tergelak kecil sebelum membuka bekas-bekas tersebut lalu menghulurkan chopsticks kepada hyunjae. lambat-lambat sahaja dia menyambut huluran aku.

"kenapa tak makan?" aku menyoal apabila seminit sudah pun berlalu namun hyunjae masih terdiam, langsung tak menjamah makanan tersebut.

"awak tahu kan, makanan hospital tak sedap?" aku mengangguk setuju. "sedap tak sedap, oppa tetap kena makan jugak okay?" hyunjae terus memuncungkan bibirnya sebelum matanya memandang tepat ke arah anak mata aku.

"hah kenapa pulak ni?"

"kalau awak suapkan, automatik makanan tu jadi sedap." aku agak terkejut dengan kata-katanya. amboii, belum 24 jam lagi aku jadi girlfriend dia dah kena suap-suapkan makanan ya?

aku menjeling hyunjae yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu sebelum merampas chopsticks daripada tangannya. "ahh~" aku mengarahkan hyunjae untuk membuka mulutnya setelah menukar posisinya daripada berbaring ke posisi duduk.

pada suapan kali ketiga, tiba-tiba pintu bilik dibuka dengan luas. kelam-kabut aku meletakkan chopsticks di tangan hyunjae semula. aku dan hyunjae serentak memandang sangyeon oppa dan yang lain. memandangkan sekarang tengah lunch time, member yang bekerja ambil kesempatan untuk melawat hyunjae.

sunwoo pun ada sekali. entah sejak bila mamat tu tetiba jadi rapat dengan member-member younghoon pun aku tak tahu. "asal muka kau cuak semacam je hwa?" tegur sunwoo.

air liur ditelan dengan pahit. "hah? m-mana ada!" aku menafikan kata-kata sunwoo. juyeon, chanhee dan kevin pula sudah tersenyum sendiri. seolah-olahnya tahu dengan apa yang sudah terjadi di antara hyunjae dengan hwayoung.

"macam mana dengan keadaan kau weh? sakit lagi ke?" soal jacob, menukar topik perbualan. hyunjae hanya mengangguk dengan lemah.

"eh, sambunglah makan. sorrylah jae, kitaorang dapat lawat kau sekejap je ni." kata chanhee, agak serba salah.

"takde apalah, aku faham." balas hyunjae sebelum menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya.

___

malam mula menjelma dan aku masih berada di hospital, menemani hyunjae sepanjang masa. kami berdua sudah bertekad untuk merahsiakan hubungan kami buat masa ini.

jam di pergelangan tangan aku kerling. "dah lewat ni, saya balik dulu eh oppa?" hyunjae tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya. baru sahaja aku ingin mengorak langkah, tiba-tiba telefonku berdering. aku terus mengangkat panggilan daripada eomma.

"yeoboseyo, eomma?"

"eo hwayoung-ah! malam ni kamu stay jelah dekat hospital, temankan hyunjae. lagipun eomma dengan younghoon masih kat busan ni. kami terpaksa bermalam di sini. biar aje sunwoo tu sesorang kat rumah."

mata aku terus membulat. "hwayoung-ah? kamu dengar tak ni?" serentak itu aku terus mengangguk, macamlah eomma boleh nampak aku tengah mengangguk.

"ya hwayoung dengar ni."

"jadi, bolehkan kamu bermalam kat sana hm? alah, satu malam je!" aku memejamkan mata seketika sebelum menghela nafas  berat. "urm arraseo." dengan itu, talian terus dimatikan membuatkan aku agak terkejut.

"wae?" soal hyunjae. aku mengangkat pandangan dengan ragu-ragu. "eomma suruh s-saya bermalam k-kat sini." ucapku, tergagap-gagap. nervous punya pasal. senang-senang je eomma biarkan aku tidur sebilik dengan seorang lelaki? sudahlah hari ni hari pertama kami official menjadi  pasangan couple.

tanpa hwayoung sedari, hyunjae mengemamkan bibirnya, cuba untuk mengelakkan bibirnya daripada tersenyum.
"kenapa berdiri kat situ lagi? meh la sini." hyunjae bergerak ke tepi sedikit lalu menepuk ruang kosong yang masih tersisa di sebelahnya.

"hah?!" aku terkebil-kebil memandang hyunjae manakala pipi aku mula memerah, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku pada saat ini.

don't go away. ljhWhere stories live. Discover now