tiga tahun kemudiannya.
[ HWAYOUNG POV ]
bunyi kuat frying pan yang terjatuh dari tingkat bawah terus membuatkan mata aku segar-bugar. perlahan-lahan aku mengangkat kelopak mataku. mataku dikerdipkan beberapa kali sebelum akhirnya bangun dari pembaringan apabila perasaan mengantuk aku semakin berkurangan. aku menggeliat seketika sebelum menghelakan satu nafas panjang.
sejak jaeyoung dilahirkan dan aku kembali bekerja, aku jarang mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. ini pun aku dah cukup bersyukur sebab malam tadi aku dapat tidur dengan lena dalam lebih kurang empat hingga lima jam. entah mengapa, hari ini aku rasa lebih bertenaga dan tenang berbanding hari-hari sebelumnya.
sinar matahari yang terpancar ke dalam bilik yang aku kongsi bersama hyunjae itu membuatkan rasa ngantuk aku kian pudar. telefon yang terletak di atas meja sisi katil aku capai untuk melihat waktu. ternyata baru jam lapan pagi. serentak itu aku bingkas bangun daripada katil sebelum berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
usai mandi, aku terus turun ke bawah, menuju ke arah dapur. bau makanan yang memasuki rongga hidung aku membuatkan aku terliur seketika. tidak lama kemudian, mata aku terpandang ke arah susuk tubuh suamiku yang sedang fokus memasak itu. apron berwarna ungu milik aku yang tersarung pada badannya itu membuatkan aku tersengih kecil.
hyunjae mematikan gas dapur sebelum memindahkan beberapa keping ham dan sosej ke atas pinggan. aku memerhati sahaja hyunjae yang sedang menanggalkan apron dengan rambutnya yang masih berserabut itu. hmm, serabut-serabut pun masih handsome.
satu senyuman manis terus menghiasi wajah kacaknya itu setelah matanya bertaut denganku. "morning princess!" ucapnya, menghampiri aku setelah meletakkan pinggan tersebut di atas meja makan.
walaupun dua tahun telah berlalu sejak perkahwinan kami, jantung aku masih berdegup dengan laju setiap kali hyunjae memanggil aku dengan panggilan tersebut. tangannya sudah melingkari pinggang aku sebelum mengucup dahiku.
"kenapa awak tak kejutkan saya? bukan ke semalam awak dah janji nak kejutkan saya pastu kita masak sama-sama?" aku pura-pura marah dan menjelingnya sambil menyilangkan kedua belah tanganku, tanda merajuk.
hyunjae terdiam lalu melabuhkan punggung di atas kerusi sebelum memandang tepat ke arah anak mataku. "awak marah saya ke?" hyunjae menyoal lalu menarik aku agar duduk di atas ribanya.
"mianhae, saya tak sampai hatilah nak kejutkan awak. awak dah lama tak tidur nyenyak, lagipun saya tahu awak mesti masih penat sebab malam tadi--"
aku pantas menekup mulut hyunjae, tidak mahu dia menghabiskan ayatnya. wajah aku terus memerah apabila hyunjae tiba-tiba mention pasal kejadian malam tadi. "ok ok fine, saya tak marah pun! s-saya nak pergi tengok jaeyoung jap." ucapku lalu berlari ke arah bilik lee jaeyoung, anak sulung kami yang baru berusia 9 bulan itu.
hyunjae hanya tertawa kecil sebelum mengekori langkah isterinya.
___
happy hyunjae day ! 😳💓💞💕❣️❤️
btw maaf klw special chapter ni pendek. maklumlah, sejak masuk kolej ni dah lama tinggalkan wattpad n dah lama tak menaip + takde idea 😹inshaAllah ada part 2 utk special chapter !
YOU ARE READING
don't go away. ljh
Fanfictiondisebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020