"Tabahlah Eun Ra. Mungkin semua ni satu ujian awal tahun untuk kau. Belum lagi peperiksaan akhi—
Pukk
"Kau dah kenapa tampar kepala aku syaitan?!" Hoseok mengusap laju kepalanya yang ditampar kuat oleh Jinyoung. Pedih.
"Aku tahulah Eun Ra kena menyamar jadi budak sekolah tapi tak perlulah nak sama kan ketidakselesaan misi dengan pentaksiran sekolah." Jinyoung menjeling sekilas ke arah Hoseok.
"Kenapalah penyamaran aku kali ni cliche sangat? Dah lapuk kot penyamaran spy as a student. Aku tengok Yerin unnie jadi CEO. Cool gila." Eun Ra menyembamkan wajahnya pada katil empuk miliknya. Jinyoung, Namjoon, Hoseok dan Yoongi memandang sayu ke arahnya.
"Jangan risau, bukannya kau seorang je yang handle semua ni. Aku pun tolong juga. Tolong temankan kau di sekolah tu." Ujar Namjoon seraya menimbulkan rasa jengkel di dalam diri Eun Ra.
Ada juga yang merasa penampar nanti.
"Baik kau tidur je kat rumah." Eun Ra menggulingkan biji matanya manakala Namjoon sudah ketawa kecil melihatnya.
Suka sungguh menyakat spy muda itu.
"So bila kau dan Namjoon start tugas?" Soal Yoongi. Kening yang terasa gatal digaru.
"Minggu depan." Jawab Namjoon ringkas. Eun Ra mengangguk laju pada jawapan Kim Namjoon.
"Jadi korang tunggu apa lagi? Cepatlah pergi bersiap." Arah Jinyoung tiba tiba. Semua yang berada di bilik tidur Eun Ra itu mula memandang pelik ke arahnya.
"Bersiap nak pergi mana?"
"Nak beli kelengkapan sekolah Eun Ra la."
"Andwae!"
🔫🔫🔫
"Beg sekolah ni cantik la! Colour pink gitu."
"Beli kotak pensil ni la. Hitam mengancam."
"Eun Ra! Nanti pergi sekolah pakai cermin mata ni. Bulatnya macam donut!"
"Nanti kau pergi sekolah ikat riben ni buat tocang dua pada rambut kau. Mesti comel."
Eun Ra menggeleng perlahan sambil tangannya menutup kedua dua belah sisi kepalanya bagi melindung wajahnya dari perhatian orang ramai di shopping complex itu.
Malu!
Perangai rakan rakan spynya amat menjatuhkan air muka masing masing termasuk Eun Ra.
Boleh pula mereka terjerit terpekik suggest kan barangan itu dan ini. Siapa yang mahu bersekolah sekarang ni? Eun Ra atau mereka?
Tapi mereka hanya kelolo apabila berlima. Bila jalankan tugas, masing masing tunjukkan muka ketat. Serius dan matang kelakuan dan pemikiran mereka.
Tidak dinafikan, lelaki lelaki itu dapat mengawal emosi perasaan di tempat yang tertentu, masa yang tertentu.
"Eun Ra! Kasut sekolah—
"Yang nak pergi sekolahnya aku. Korang melebih ni dah kenapa?" Soal Eun Ra.
"Of course! Our cutie and fierce little princess in agency want to go to school for the first time. How happy we are. And I think we should celebrate it together." Jinyoung mengucapkan kata kata gembirannya dengan penuh perasaan.
Kaki drama betul!
"Tak perlu nak celebrate bagai. The problem is aku yang tanggung malu sekarang ni. Orang ramai tengok korang kot. Malu tahu tak." Ujar Eun Ra lagi.
Mata keempat empat jejaka itu memandang sekeliling shopping complex itu. Benar kata Eun Ra. Ada jugalah sesetengah orang sedang memerhati gelagat 'kurang bijak' mereka dari tadi.
"Aku rasa kau punya misi yang tahun lepas lagi memalukan." Ujar Namjoon bersahaja.
"Betul tu. Jadi perempuan gila di majlis menteri sehingga kena tangkap dengan pihak hospital dan menjadi tajuk utama dalam akhbar. Dan semua tu kau buat semata mata nak tangkap Young Zi si pakar bom tu." Bidas Yoongi semula.
"Aku dah bayar untuk semua benda dah. Now kita pergi ke kedai yang terakhir." Hoseok datang bersama lima beg kertas membeli belah di tangannya.
"Nak pergi kedai mana pula lepas ni? Tak cukup ke semua tu? Banyak kot. Aku nak sekolah kat sana bukannya bertahun. Berbulan saja." Protes Eun Ra.
"Bertahun ke, berbulan ke, berminggu ke, berhari ke, tetap kau pergi sekolah juga." Balas Hoseok.
"Jadi sekarang kita nak pergi kedai mana pula?" Soal Eun Ra sekali lagi.
"Kedai pakaian for men." Jawab Hoseok.
Berkerut dahi Eun Ra. Kedai pakaian lelaki? Nak buat apa pergi sana? Setahu dia, perwatakan kali ni sebagai pelajar nerd sahaja. Takkan lah dia perlu menjadi pelajar nerd yang tomboy?
"Aku perempuan. Kenapa kena pergi sana?"
"Kau ingat kau seorang saja ke yang terlibat dalam misi ni? Aku pun terlibat juga okay." Balas Namjoon lalu menggulingkan anak matanya.
"Kau jadi cikgu je pun. Tu pun belum tentu cikgu apa. Pakai sajalah kemeja Mr. Jin." Cadang Eun Ra bersama sebuah cebikkan kecil di bibir.
"Tak nak aku. Aku nak pakai baju baru. Baru bersemangat sikit nak mengajar murid murid nanti. Lagi pun kemeja Mr. Jin tak muat dengan aku." Kata Namjoon.
"Eh kenapa pula?"
"Mr. Jin kan dada berbidang bidang. Mana muat."
Eun Ra mengangguk menandakan dia faham dengan alasan Namjoon.
"Yang dua orang tu dah kenapa tercegat lagi kat situ? Nak tunggu aku angkat bridal style ke? Cepatlah!" Jerit Jinyoung dari jauh.
Terus saja Kim Namjoon dan Jung Eun Ra berlalu pergi ke arah Jinyoung yang sudah terpacak di hadapan kedai pakaian lelaki. Yoongi dan Hoseok pasti sudah berada di dalam kedai.
"Jalan la cepat sikit."
"Sabarlah!"
TBC
Yeayy!! Sha dah writer block untuk cita ni!!💕 give me a clap for this☺
Vote and comment after reading dear 💕
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...