"Sekarang aku harap kau sedar dari kesilapan terkutuk kau tu. Jangan sesekali buli orang lagi! Kau tahu tak kegiatan buli ni adalah jenayah?" Jelas Jinyoung.
"Je-jenayah?"
"Kau tak pernah tahu ke selama ni?" Soal Yoongi hairan namun semuanya berubah terkejut apabila Jungkook menggeleng.
Biar betul budak ni tak tahu buli tu jenayah? Berapa saja tahap kercerdikkan Jeon Jungkook ini?
"Buli merupakan jenayah kerana dikelaskan dalam perundangan. Undang undang ini dibuat pada tahun 2017, selepas mendapat pendakwaan berprofil tinggi berkaitan dengan penderaan di institusi pelajaran dan tempat kerja dari segi fizikal mahupun verbal. Perundangan ini diuruskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Korea." Terang Jinyoung.
"Kau tahu apa hukuman bagi pembuli?" Soal Eun Ra pula pada Jeon Jungkook. Balasan jejaka itu masih sama iaitu menggeleng.
"Bagi pesalah yang berumur 19 tahun ke atas, hukuman yang dikenakan ialah penjara selama 3 tahun atau denda 30 juta won atau kedua dua sekali jika disabit kesalahan yang berat. Tetapi—
Sengaja Eun Ra menggantungkan ayatnya membuatkan Jungkook tertanya tanya.
"Tetapi?"
"Tetapi, jika pesalah berumur 18 tahun kebawah, pesalah akan dihantar ke sekolah Juvana. Kau tahukan betapa seksanya kehidupan di sana?" Eun Ra tersenyum sinis melihat wajah Jungkook yang sudah ketakutan itu.
"Please aku tak nak jumpa presiden." Jungkook menyatukan genggaman tangannya, merayu kepada ketujuh tujuh orang itu.
Bayangkan kalau dia jumpa dengan presiden, sudah pasti beliau akan menyoalnya sebab membuli Eun Ra. Dan sudah tentu juga dia akan dimasukkan ke dalam sekolah Juvana sama seperti Eun Ra katakan.
Semua itu bakal menjadi mimpi ngeri baginya!
"Tak boleh! Ini muktamad. Hukuman tetap hukuman." Balas Chanyeol tiada perasaan.
Jungkook mengetap bibirnya. Adakah ketujuh tujuh manusia di hadapannya tidak dapat menyelamatkan nasibnya?
"Mr. Jin, tolong jangan bawa saya jumpa presiden. Saya takut." Kini Jungkook merayu kepada Mr. Jin pula yang dari tadi hanya mengunci mulutnya tanpa mengeluarkan bicara.
Selalunya mulut Mr. Jin lah paling banyak mengeluarkan bunyi. Lebih lebih lagi dalam bab mengeluarkan kata kata yang amat berpuaka!
Mr. Jin memandang Jungkook sayu. Walaupun sifatnya itu kelihatan tegas dan garang, namun hatinya lembut bak kapas. Mudah berasa kasihan dan simpati terhadap orang lain dibawahnya.
"Saya rasa, ada satu cara yang dapat menyelamatkan kamu dari berhadapan dengan presiden."
Jungkook yang mendengarnya sudah tersenyum lebar. Akhirnya ada juga insan yang dapat membantunya.
"Namun, ini keputusan yang saya ambik secara terburu. Kamu perlu bersiap sedia menghadapi cabarannya. Cabaran keputusan yang saya buat ini lebih teruk daripada hukuman kamu." Jelas Mr. Jin lagi.
"Maksudnya?" Soal Chanyeol bingung. Bukan setakat Chanyeol, kelima lima rakan serumah itu juga turut keliru.
Ada ke cara lain untuk selamatkan Jungkook? Tak tahu pula mereka. Mr. Jin pun tak pernah membukakan tentang hal ini.
"Cabaran hukuman yang Jungkook terima hanyalah sementara tetapi cabaran keputusan yang saya berikan ialah seumur hidup." Terkedu mereka bertujuh mendengar kata kata Mr. Jin.
Seketika itu, riak Jinyoung mula berubah. Dia seakan akan memahami dan mengetahui akan keputusan Mr. Jin. Dia memandang Mr. Jin dengan pandangan yang sukar dipercaya.
"Maksudnya Jungkook akan—
"Jungkook akan dilantik secara sah sebagai spy di KSA."
—
~Kim Namjoon~
"Jungkook akan dilantik secara sah sebagai spy di KSA."
Terus membulat mata kami bertujuh. Tambah tambah Jungkook. Mukanya sukar ditafsir.
"Spy di KSA? Lawak apa yang Mr. Jin cuba buat ni? Nak saya gelak ke?" Ujar Eun Ra. Dari nada riaknya saja kedengaran dia tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
"Kenapa pula? Ini juga untuk nama baik KSA. Kita tak pernah ada rekod tentang kesalahan ini dan saya amat mengharapkan rekod ini tak pernah ada. Tapi bila semua ni dah berlaku, apa tanggapan presiden pada kita nanti? Unit KSA tak dapat buat kerja dengan baik? KSA cuai tak mempertahankan identiti sendiri? Saya tak nak semua tu." Kata Mr. Jin lembut.
Ada betul juga apa yang Mr. Jin sampaikan. Pasti presiden akan anggap kami tak mampu lakukan tugas yang diamanahkan. KSA juga sudah pasti tidak menjadi unit pangkalan harapan lagi.
"Sekarang Mr. Jin bagi tahu saya, apa kebaikan yang KSA dapat kalau kita lantik dia ni jadi spy?" Eun Ra masih lagi ingin membantah keputusan Mr. Jin.
"Misi yang kamu jalankan akan diselesaikan dengan cepat dengan adanya Jungkook untuk menolong kamu. Lagi pun, kamu tak perlulah struggle uruskan pengintipan seorang diri. Kerja yang ada dibahagikan dengan Jungkook. Pada masa yang sama, kamu trained lah Jungkook menjadi seorang spy yang berkebolehan."
Tercengang Eun Ra mendengarnya. Aku, Jinyoung, Yoongi, Hoseok dan Chanyeol speechless dengan pemikiran kreatif Mr. Jin.
Dari mana ketua aku ni dapat idea sebijak ini?!
"Saya nak kerjasama dengan dia? Nak trained dia? Mr. Jin gila ke? Kerja ni takkan dihabiskan dengan cepat pun! Apa saja yang dia ni tahu? Mengarah? Pukul? Orang bodoh macam dia tak layak sertai kita lang—
"JUNG EUN RA!"
Tersentak aku mendengar jeritan lantang itu. Dada Mr. Jin mula berombak. Matanya juga mencerlung tajam wajah Eun Ra. Kami berundur ke belakang kecuali Eun Ra yang masih lagi berani membalas cerlungan Mr. Jin. Jungkook pula sudah terdiam di tempatnya.
Kali pertama aku lihat Mr. Jin begini. Tidak pernah dia marah pada spy. Adakah kata kata tidak berlapik Eun Ra itu menaikkan api kemarahannya?
"Okay. Baiklah. Kalau Mr. Jin nak sangat dia jadi sebahagian dari kita then lantiklah. Jadikan dia sebagai salah seorang ahli kelompok Vic Spy. Alang alang tu, suruh dia selesaikan misi ni juga. Saya lepaskan amanah saya terhadap misi ini kepada Jeon Jungkook. I'm out from this group and this agency. He will replace my place as spy."
TBC
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...