Seperti biasa aku akan makan bekalan makanan yang dimasak oleh Hoseok di kantin. Aku memilih meja yang terlindung sedikit dari pelajar kerana aku tak nak diganggu.
Disebabkan semua pelajar di sini berperangai seperti syaitan, membuatkan aku rimas untuk bergaul dengan mereka.
Mulut tu kalau boleh 24 jam saja nak bergosip. Kalaulah mereka bergosip benda yang benar, aku tak kisah. Masalahnya mereka bercerita tentang sesuatu yang belum tentu kesahihannya. Fitnah memanjang.
Sedang aku ralit mengunyah makanan aku, aku terasa seperti sesuatu yang sejuk mengalir dari atas kepala aku.
"HAHAHAHAHAHAHHA"
Bunyi gelakan pelajar memenuhi ruang telinga aku. Air sejuk itu terus mengalir sehingga basah baju sekolah yang aku pakai. Segera aku bangun lalu berpusing ke belakang.
"Seronok mandi?"
Aku memandang muka Jeon Jungkook dengan pandang terkejut. Aku memang terkejut sekarang ni. Kenapa dia tuang air sejuk tu atas kepala aku? Apa salah aku?
"A-awak k-kenapa—
"Saja! Aku bosan."
Terus terletus tawanya diiringi tawa dua orang rakannya dan pelajar lain di kantin itu.
Tidak cukup dengan itu, air sirap di tangan Taehyung dia ambil lalu simbahkan pada baju aku. Lagi kuat tawa pelajar kedengaran.
"Kesian budak tu. Malang sungguh."
"Padan muka dia."
"Hahaha."
Apa salah aku pada dia sekarang ni?!
Aku berlari meninggalkan kawasan kantin itu. Bukan kerana aku pengecut tetapi aku nak cari Namjoon.
—
"Kau ada cari pasal ke dengan Jungkook tu hari ni?" Soal Namjoon dari luar bilik persalinan guru.
Ya, aku sekarang berada di dalam bilik persalinan guru. Even aku seorang pelajar tetapi Namjoon seorang guru. Lagi pun, sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan guru boleh memasuki bilik ini.
Aku cari Namjoon kerana ingin meminta baju sekolah simpanan milikku. Memang taklah aku nak pakai baju yang sudah lencun dengan air. Mesti aku akan jadi tumpuan pelajar kerana memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan.
"Macamlah kau tak tahu sifat pembuli. Kalau dia marah atau dendam dengan seseorang, sudah pasti dia akan melampiaskan amarah pada mangsa bulinya walaupun mangsa tersebut tidak mencari nahas dengannya. So, aku ni dikira tempat melampiaskan kemarahannya. Sebab tu dia tuang air pada aku." Terang aku pada Namjoon.
"Kau pasti tak nak aku ambil tindakan tegas pada dia?"
"Aku bukannya pengecut macam dia nak mengadu semua. Macamlah kau tak kenal aku. Aku ni seorang yang cekal. Setakat kena simbah dengan air, apalah nak kisah." Balasku lagak. Lebihan baju kemeja sekolah aku masukkan ke dalam skirt.
"Eun Ra! Balik nanti ikut aku pergi jumpa Mr. Jin!" Kata Namjoon seraya memberhentikan langkahku untuk mengambil blazers sekolah yang tergantung di penyangkut baju.
Urusan apa nak jumpa Mr. Jin?
"Kenapa?"
"Aku nak pergi ambil kereta aku semula. Aku rindu kereta aku. Aku tak puas memandu guna Bugatti Chiron milik Jinyoung. Aku nak kereta aku juga!" Namjoon merengek. Terdengar juga hentakan kakinya.
"Pandulah kereta aku."
"Kereta kau tak best." Balas Namjoon.
"Eh, jika dibandingkan kereta kau dengan kereta aku, kereta aku lagi selesa okay!"
"Aku mengaku kereta kau seronok dipandu tetapi aku suka kereta aku lagi!" Namjoon menghentakkan kakinya lagi. Dah macam budak budak.
"Fine! Nanti aku ikut kau." Aku keluar dari bilik persalinan itu dan benda pertama yang menyapa mataku ialah sengihan lebar Namjoon.
"Gomowa!"
Jika dibandingkan Pagani Huayra Roadster BC milik aku dan Lamborghini Sian FKP 37 milik Namjoon, rasanya kereta aku lawa lagi.
🔫🔫🔫
Aku memasuki kelas seperti biasa setelah tamat rehat. Semua pelajar kelas memandang aku pelik.
Aku tahu korang tertanya tanya kenapa baju aku boleh jadi bersih semula selepas terkena air sirap tadi.
Heh, Saem Namjoon kesayangan korang semua tu parner in crime aku okay!
Tempat dudukku aku tuju. Lantas aku mengeluarkan buku teks subjek Account.
Bam!
Terkejut aku dibuatnya sebaik saja Jungkook menghempaskan 6 buah buku latihan miliknya di atas meja aku. Aku mengurut perlahan dadaku yang berombak ini.
"Untuk kau." Katanya bersama senyuman sinis di bibir.
Aku mengambil bukunya lalu memasukkan kedalam beg sekolah aku. Nasib kau lah Jung Eun Ra menjadi mangsa buli kepada Jeon Juon eh silap—
Jeon Jungkook.
"By the way, macam mana baju kau boleh bersih kembali? Kau bawa baju salin ke?" Soal Jungkook sambil menatapku tajam. Aku hanya diam tidak menjawab.
"Eh, perempuan. Kau bisu ke apa? Aku tanya tu jawablah!" Dahi Aku ditunjal kuat dan kasar membuatkan kepala aku terdorong ke belakang.
Eomma appa aku tak pernah tunjal dahi aku. Kelompok Vic Spy dan Arc Spy pun tak pernah. Trainers aku pun tak pernah. Tetapi lelaki ini, Jeon Jungkook, sesenang hati menunjal dahi aku dengan tangan kotornya.
Aku mula menggengam buku lima di sisi. Aku mengerling ke arah penumbukku dan ternampak urat urat tanganku mula timbul sedikit. Menunjukkan yang api kemarahan aku bila bila masa saja akan terletus.
"Nae, saya bawa baju salin." Sedaya upaya aku cuba kawal nada suara supaya tidak terkeluar nada kasar.
"Aku tak sangka kau seorang yang bersiap sedia dengan keadaan sekeliling." Aku hanya diam membiarkan lelaki itu bercakap. Baik aku diam sebelum benda yang tidak sepetutnya berlaku di sini.
"Tetapi mulai daripada hari ini, kau perlu peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin hidup kau sebelum ni bernasib baik namun sekali kau jejak kaki di sekolah ini dan terikat dengan aku, nasib malang akan sentiasa mengejar kau."
TBC
Jarang jarang sha akan publish chapter yang best malah tak pernah! Selalunya sha publish chapter bosan😅
Vote and comment after reading! 💕
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...