~Author~
"Eun Ra! Bangun sarapan! Nanti nak pergi sekolah." Jinyoung mengetuk pintu bilik Eun Ra kuat. Jam sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi namun kelibat gadis itu di ruangan dapur masih tidak Kelihatan.
Seketika menunggu, Eun Ra membuka pintu biliknya.
"Kalau aku tak pergi sekolah boleh tak? Aku tak ada mood la." Eun Ra mengeluh.
"Jangan nak mengada. Kau dah siap pakai baju sekokah kemudian tak nak pergi pula. Jangan jadi pemalas sangat. Selagi misi ni tak habis, selagi tu lah kau kena hadap muka cikgu ya." Jinyoung mengusap rambut Eun Ra yang sudah berikat tocang satu itu.
"Arra. Namjoon dah siap?"
"Dia dah ada kat meja makan. Jomlah turun sarapan." Ajak Jinyoung sekali lagi.
"Nae."
—
"Nanti time rehat jumpa aku di bilik guru. Kita makan sekali." Kata Namjoon sambil memulas stereng kereta melintasi simpang.
"Nae."
Mendengar jawapan yang tidak bersemangat dari Eun Ra mengundang tanda hairan dalam diri Namjoon. Dia menoleh sekilas memandang Eun Ra disebelahnya.
"Kenapa ni? Muka masam mencuka ja?"
"Tak ada apa apa lah." Balas Eun Ra dengan nada yang sama.
"Ni mesti sebab Jungkook kan?" Teka Namjoon.
"Aniya."
Namjoon mengeluh. Nampaknya Eun Ra masih terkesan dengan Jungkook yang bermulut lancang itu.
"Janganlah macam ni EunEun. Kau tahukan aku tak suka tengok kau bad mood. Pasal Jungkook tu kau biarkan saja. Jangan ambil serius tentang setiap perkataan yang keluar dari mulut dia." Nasihat Namjoon lembut.
"Tapi, kalau melibatkan eomma appa aku? Takkan aku nak diam je? Namjoon, anak mana yang tak marah bila orang lain kutuk eomma dan appa dia?" Soal Eun Ra penuh sendu. Namjoon memberhentikan keretanya di hadapan stesen bas. Wajah Eun Ra dia pandang.
"Semua anak marah. Tapi kau kena tahu. Jungkook tu masih mentah. Dalam benak fikirannya hanya ada keseronokkan saja. Orang seperti itu mana fikir lagi perasaan orang di sekeliling. Sebab tu lah Mr. Jin minta kau untuk latih dia. Mana lah tahu dia boleh jadi someone yang lebih baik. Dengan jawatan spy yang dia pegang sekarang, pasti budak Jungkook tu dapat ubah sikapnya. Dari syaitan, kepada malaikat." Namjoon memegang bahu Eun Ra.
"Nae Namjoon. Gomowa!" Eun Ra memeluk badan tegap Namjoon.
"Dah. Senyum sikit untuk aku."
Pelukan dirungkaikan. Sebuah senyuman dipamerkan pada Namjoon.
"That's my EunEun! Nah! Pakai cermin mata ni dan kau boleh keluar dari kereta ni sekarang." Arah Namjoon sambil menghulurkan cermin mata bulat Eun Ra kepadanya.
"Keluar dari kereta? Kenapa pula?"
"Kau lupa ke yang kau kena jalan kaki seorang diri ke sekolah? Kalau kau naik sekali dengan aku, kantoilah yang kita ni ada something!" Jelas Namjoon mengundang sengihan dari Eun Ra.
"Sorry aku lupa."
🔫🔫🔫
"Eh, kau tahu tak hari ni aku dengar mangsa aku nak buat pertukaran sekolah. Aku rasa dia tak sampai dua bulan di sini tapi dah nak pindah." Jimin ketawa mendengar berita itu dari Taehyung.
"Kau buat apa sampai dia nak pindah tu?"
"Aku suruh dia buat kerja sekolah and beli makanan kat aku macam biasa. Cuma last day aku ada tumbuk dia sebab lupa nak buat homework aku. Geram juga aku dengan budak tu." Keluh Taehyung.
"Aku 2 hari lepas ada bertumbuk dengan seorang budak junior ni. Tapi tu lah. Tak sempat aku nak beri penumbuk yang ketiga, dia dah lari." Cerita Jimin pula. Terus Taehyung ketawa besar.
"Berani betul junior tu nak bertumbuk dengan kingka." Kini Jimin dan Taehyung ketawa bersama.
Namun, gelak tawa mereka berhenti apabila melihat Jungkook termenung memikirkan sesuatu.
"Jungkook, kau okay tak?"
"Huh?"
Jungkook yang baru tersedar memandang Jimin dan Taehyung bingung. Jimin dan Taehyung pula hanya memandang Jungkook tanpa beriak.
"Oh, aku just fikir pasal parents aku. Baru baru ni aku terdengar yang penerbangan mereka ke Australia dibatalkan." Kata Jungkook bersama senyuman nipis.
"Baguslah tu. At least kau ada peluang untuk bersama mereka." Jimin menepuk bahu Jungkook.
"Betul tu. Gunakan masa ini untuk meluangkan masa bersama mereka. Bukan selalu kau dapat peluang keemasan ni." Kata Taehyung pula.
"Thanks korang."
"No problem. Lagi pun aku kesiankan kau. Kau selalu jadi mangsa keadaan dalam hal perniagaan family kau. Sampaikan kau kurang perhatian dan kasih sayang." Ujar Taehyung lagi.
"Aku bagi cadangan kat kau. Kalau parents kau pergi outstation lagi, kau datanglah lepak rumah aku. Kita main video game." Pelawa Jimin kali ini.
"Dari datang rumah kau baik main kat rumah aku. Kau bukannya pandai main pun. Acah je lebih." Bidas Taehyung.
"Eh aku pandai mainlah! Kalau macam tu esok kita fight. Nak tak?"
"Aku on je. Setakat nak fight video game dengan kau yang tak cukup ketinggian ni, tch, kacang je wey." Balas Taehyung dengan tawa sinisnya.
"What? Kau ulang balik apa yang kau cakap?!" Arah Jimin dengan mata yang sudah tajam memandang Taehyung di sebelahnya.
"K.A.U.P.E.N.D.E.K."
"Yah! Alien!"
Akhirnya terhambur juga tawa Jungkook melihat pergaduhan dua kawan karibnya. Sungguh menggelikan hati.
"Sudahlah korang ni. Sakit perut aku gelak." Jungkook masih lagi dengan gelak tawanya.
"Apa yang lawaknya?" Bisik Jimin.
"Entah."
Akhirnya tawa Jungkook terhenti melihat dua rakannya yang sedang memandangnya seperti makanan.
"Kenapa korang pandang aku macam tu?" Taehyung dan Jimin menggeleng.
Sebenarnya mereka tak nampak di manakah lucunya dalam pergaduhan mereka.
"Jungkook, macam mana dengan mangsa buli kau? Dia jalankan arahan kau tak?" Soal Taehyung ingin tahu.
"Erm, dia—
"Ju-Ju-Jungkook."
TBC
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanficDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...