~Jeon Jungkook~
Segala keberanian aku kumpul. Semua alasan yang aku sedang fikirkan aku lakonkan semula. Tak henti henti tangan aku bergerak ke sana sini di hadapan cermin bilik semata mata untuk tidak menampakkan kepalsuan alasan dan lakonan aku.
Inhale. Exhale. Inhale. Exhale
You can do it Jeon Jungkook!
Aku keluar dari bilik untuk berjumpa dengan eomma dan appa aku di ruang tamu bawah. Namun apabila kakiku melangkah di anak tangga terakhir, aku ternampak eomma aku dengan dua bagasi di sisi.
Haih. Jangan cakap yang mereka kena outstation lagi.
"Eomma nak pergi mana ni?" Soalku polos walaupun aku dah tahu jawapan sebenarnya.
"Sorry Kook. Eomma dan appa kena balik ke Jepun semula sebab syarikat kita di sana mengalami masalah wang. Maybe kami tak ada selama 3 bulan. Masalah yang ada memanglah tak besar tapi Kook tahukan. Makan masa untuk selesaikannya. Kook faham kan?" Jawab eommaku sambil mengusap rambutku lembut.
Aku tersenyum nipis. Tak apa. Dah biasa dah kena tinggal macam ni.
Tetapi seketika itu terbit sebuah senyuman di bibirku. Bukan saja senyuman malahan idea yang boleh dikatakan bernas juga! Semua alasan yang difikirkan tadi aku buang. Sekarang aku dah ada alasan baru.
"Eomma! Boleh tak selama eomma dan appa tak ada ni, Kook nak tinggal dengan chingu Kook?" Mata dikerdipkan. Mula dicomelkan sehabis boleh demi meraih persetuajuan eommaku.
"Rumah chingu? Taehyung dan Jimin ke? Tak payahlah. Mereka kan tinggal dengan parents mereka. Nanti menyu—
"Ani! Ani! Bukan Taehyung dan Jimin tapi orang lain. Mereka ni rakan sekelas Kook juga. Mereka tak tinggal dengan parents mereka and kami akan tinggal berenam di dalam satu rumah." Terangku.
"Semua lelaki atau ada yeoja juga?" Eommaku menduga.
"Er, semua namja. Tiada yeoja." Aku tersengih kekok.
Aduh! Habistu Eun Ra tu apa?!
"Eomma bukannya apa cuma eomma tak nak kamu berkawan dengan orang yang entah apa apa. Kalau Jimin dan Taehyung eomma tak kisah sebab dah lama kenal dengan mereka lagi pun keluarga mereka adalah kawan eomma dan appa. Kalau kawan baru kamu ni, eomma tak kenal. Manalah tahu mereka ni jenis yang ambil—
"Eh! Mereka bukan macam tu! Mereka tu budak pandai kat sekolah Kook. Markah exam mereka selalu je jadi pujian saem." Aku menyangkal sepenuhnya sangkaan eomma aku.
Walaupun Yoongi hyung, Hoseok hyung dan Jinyoung hyung tu baru sahaja aku kenal tapi aku pasti mereka tu pandai. Kalau tak macam mana mereka boleh jadi perisik dan pengintip di KSA.
Namjoon hyung pun mesti pandai juga. Kalau tak macam mana dia boleh jadi guru sains dual language. Sebenarnya aku pun tertanya tanya juga dia dapat mana kelayakkan sebagai guru sedangkan dia tu spy.
Eun Ra pula semestinya sudah pandai. Buktinya melalui semua jawapan dan jalan kiranya yang dia buat dalam buku latihan aku.
Terasa diri ni bodoh pula. Lepas ni aku kena beruasaha untuk jadi pandai sama seperti mereka.
"Kalau macam tu eomma benarkan. Jaga diri baik baik. Pastikan makan minum kamu terjaga. Don't make us worry okay?" Mata aku bersinar sinar selepas mendapat keiizinan.
Yes!
🔫🔫🔫
"Selesakan diri kau dengan bilik baru kau dulu. Nanti turun malam dengan kami." Ujar Yoongi hyung sejurus selepas membuka pintu bilik baruku.
"Jangan lama sangat. Makan malam dah nak siap. Sebelum aku lupa. Sebelah bilik kau ni bilik Namjoon, depan bilik kau ni bilik Hoseok. Tiga bilik yang ada di hujung tu bilik aku, Jinyoung dan Eun Ra. Kalau nak jumpa kami ketuk dulu pintu bilik. Terutama sekali bilik Eun Ra. Dia kan perempuan." Terang Yoongi hyung lagi.
"Tapi, Jinyoung hyung kata korang selalu main terjah je bilik dia?" Sengih aku ingin mengenakan Yoongi hyung.
"Kami dengan dia tu dah rapat. Kalau terjah bilik dia sesuka hati pun tak apa. Jangan salahkan kami saja. Dia tu pun masuk bilik orang sesuka hati. Jangan kau pelik pula kalau dia masuk dalam bilik kau time kau bertuala saja." Kali ni aku meneguk air liur melihat muka sinis Yoongi hyung.
"Korang semua pernah kena ke?"
"Pernah tapi kami shirtless saja. So tak perlu dimalukan sangat."
Aku mengangguk tanda mengerti. Nampaknya aku kena kunci bilik aku tiap kali aku nak mandi. Bahaya juga spesis yang suka terjah menerjah ni.
—
"Eh, mana Eun Ra?" Soal Hoseok kepada kami semua.
"Molla. Nanti dia turun la—
"Did someone call me?"
Terus kami berlima memandang ke arah Eun Ra yang baru saja menuruni tangga. Mataku terpaku padanya.
Seluar pendek menutup peha namun atas daripada lutut. Baju t-shirt putih berlengan pendek dengan rambut yang diikat menjadi sanggul.
Fuh, betul ke ni Eun Ra yang aku kenal selama ni? Berbeza sungguh cara dia dengan di sekolah.
"Jangan terkejut Jeon Jungkook. Eun Ra memang berpakaian macam tu kalau duduk rumah. Biasakan mata kau untuk menghadapinya." Tegur Namjoon hyung. Aku mengangguk perlahan.
"Mari makan!"
Kami semua menikmati hidangan yang dimasak oleh Jinyoung hyung dan Hoseok hyung. Tidak dapat dinafikan yang masakan mereka amat sedap.
"Lepas makan nanti, buat kerja sekolah. Ingat, kerja sekolah yang aku bagi tadi aku nak semua submit esok juga. Faham?" Ujar Namjoon.
Aku dan Eun Ra mengangguk. Lepas ni aku kena adakan kelas tuisyen dengan Eun Ra.
TBC
Just boring chapter for this morning. Idea tak sampai sampai lagi✨
Vote and comment after reading dear 💕
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...