🔍7🔎

1.1K 127 1
                                    

"Woi perempuan!"

Aku yang sedang makan roti berkrim vanila hasil air tangan Hoseok terus tersentak apabila namaku dilaung kuat dengan cara yang kasar.

Tak perlu tanya siapa. Tak lain tak bukan ni mesti Juon tu.

Aku bengang sekarang ni kerana cara dia panggil aku. Aku tahulah yang aku ni perempuan tapi aku ada nama. Nama aku Jung Eun Ra boleh panggil Eun Ra. Kalau nak panggil dengan nama panggilan manja aku pun boleh, EunEun.

Itupun kalau Namjoon dan Jinyoung bagi la. Selalunya mereka berdua tak bagi kalau orang lain panggil aku menggunakan nama panggilan tu.

Hanya mereka saja yang boleh panggil aku dengan nama panggilan itu.

"Pergi belikan aku makanan. Aku nak makan mandu." Arah Jungkook kepada aku.

Sorang je dia ni. Mana dua ekor syaitan lagi?

Aku mengangguk lalu berdiri berjalan ke arah kantin. Sampai saja di kantin, mataku disapa dengan suasana kantin yang ramai dengan pelajar. Aku mengeluh. Aku tak suka semua ni!

Secara tiba tiba aku terasa tangan aku ditarik oleh seseorang sehingga membuatkan aku terdorong keluar dari kantin. Kemudian, bahuku pula ditolak sehinggakan belakang badanku tersandar di dinding. Tangan kekar penolak misteri itu masih setia di bahuku.

Siapa pula nak buat aksi sweet dengan aku sekarang ni?! Berani betul!

"Woi, bukalah mata tu. Kau ingat ni drama ke?"

Aku kenal suara ni. Kenal sangat! Rasa macam nak mencarut je.

"Kim Namjoon! Kau dah kenapa tarik aku?! Terkejut tahu tak?!" Namjoon melepaskan bahuku lalu tersengih tidak bersalah. Belakang lehernya diusap.

"Ala! Aku nak tolong kau. Nah." Namjoon menghulurkan satu plastik kepada aku.

"Apa tu?"

"Ambil. Tengok. Sendiri"

Aku mengambil plastik tersebut lalu isi didalamnya aku lihat. Serta merta sebuah senyuman gembira terbit dari bibir aku.

Mandu!

"Macam mana kau tahu aku nak beli mandu?" Soalku bersama senyuman lebar.

Namjoon telah menyelamatkan aku dari semut semut kantin itu!

"Aku nampak ada pelajar lelaki arah kau beli mandu. Untuk memudahkan kerja kau, aku tolong pergi beli. Nasib aku ni cikgu yang sedang hot abad ini, boleh beli terus tanpa beratur."

Aku hanya diam membiarkan dia memuji diri sendiri.

"Kau patut bersyukur ada kawan macam aku yang selalu memudahkan kerja kau."

Aku diam lagi.

"Aku ni sudahlah hot, sexy, handsome, smart, funny, tall, intelligent, responsible ditambah pula dengan sifat sifat murni yang sememangnya dah ada pada aku."

Aku masih lagi diam.

"Lepas ni kalau nak cari calon suami, cari yang macam aku. Baru hidup kau bahagia."

Still diam.

"Kau dengar tak?"

"Dah habis dah riak?" Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Extra information, aku ni cute dalam handsome. Pimple aku ni berharga okay. Take note!" Namjoon meletakkan kedua dua belah jari telunjuknya di lesung pipitnya. Aku tersenyum sinis.

"Tak sangka kau ni bodoh juga ye?" Namjoon memandang aku pelik. Tak faham la tu.

"Apa yang bodohnya?"

"Dimple bukannya pimple! Pimple tu jerawat bongok."

"Typo!"

"Kepala hotak kau typo! Kau ingat ni WhatsApp?!"

Aku menghulurkan plastik berisi mandu itu kepada Jungkook dengan kepala yang menunduk.

Kalau boleh, nak je aku baling plastik tu tepat pada muka gigi arnab dia. Menyampah!

Jungkook merampas kasar beg plastik itu. Isi di dalamnya dia lihat sebelum sebuah senyuman senget dia terbitkan.

Apa lagi yang jantan ni nak buat?

"Bagus kerja kau. Tak sangka hamba perempuan lagi menyeronokkan dari hamba lelaki. Senang kerja aku lepas ni."

Aku hanya menunduk tetapi jangan ingat aku berdiam diri! Di mulutku, sentiasa meniti kata kata 'pujian' untuknya dalam senyap.

"Maaf menggangu masa kamu berdua. Boleh saya nak pinjam girlfriend kamu sekejap tak?"

Secara tiba tiba, kami berdua disapa oleh satu suara yang lembut alunannya. Tapi, dalam kelembutan itu, aku kenal siapa dia.

Siapa lagi kalau bukan Kim Namjoon!

"Girlfriend?"

"Ya. Saya nak minta dia mengisi beberapa dokumen memandangkan dia masih murid baru di sini. Sila ikut saya ke bilik guru. Ada beberapa borang yang kamu lupa isi sewaktu pendaftaran." Arah Namjoon bersama senyuman tenangnya.

Ni sorang lagi. Dia nak apa?

"Ouh. Boleh je. Ambillah. Pastikan dia selamat kerana saya perlukan dia dalam hidup saya." Kata Jungkook bersama senyuman senget.

Hek eleh! Kau perlukan aku sebab nak memperhambakan aku je kan.

"Kau nak apa panggil aku? Kau hancurkan meja guru ke?"

"Bukanlah bodoh. Aku nak tanya. Tu ke lelaki yang buli kau tu?" Soal Namjoon bersama bibir yang sedikit terjuih.

Rasa nak bagi penyepak la pula

"Betul la tu. Dialah yang menyusahkan hidup aku."

"Nak aku ambil tindakan?" Namjoon mengangkat keningnya berkali kali bersama senyuman sengetnya.

"Bak kata para pelajar, tiada sesiapa yang berani laporkan kes buli dia pada guru or they will get the punishment from him. Buat sementara ini, kita biarkan dahulu." Balasku. Namjoon mengangguk seraya memahami juga.

"Kau panggil aku sebab nak tanya aku tu je ke? Buang masa la."

"Aku ada arahan untuk kau."

Terus saja aku memandang Namjoon bersama muka yang berkerut pelik.

Kalau Namjoon beri arahan, mesti ini berkaitan misi.

"Aku nak kau cari namja yang agak nerd tapi tak kena buli."

Aku mengangguk namun tidak sampai dua saat, mukaku berkerut semula.

Dah kenapa pula aku kena cari manusia sebegitu?

"Kenapa?"

"Ini arahan dari aku. Jangan bantah dan ikut saja."

TBC

Finally! Sha berjaya update!❤

Vote and comment after reading dear💕

[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now