"Aku rasa kita datang rumah dia dengan tangan kosong. Macam mana kau boleh balik dengan tangan penuh ni?" Jungkook menyoalku yang sedang memeluk 3 buah novel tebal genre thriller and horror.
"Az Reen bagi aku pinjam novel dia ni. Dia kata kalau nak pulangkan bagi je pada Jimin. Lagipun aku belum baca lagi tajuk ni. Dah dia bagi aku pinjam, takkan nak tolak pula kan?" Aku membalasnya. Jungkook hanya menggeleng kesal.
"Tapikan, perangai Az Reen dan abang dia berbeza. Si adik comel je perangai dia. Sama macam mukanya. Sudahlah lemah lembut, happy go lucky, baik. Si abang pula, perangai tak kena dengan rupa dia yang comel tu. Kasar, suka membuli." Kataku menilai dua anak Park itu.
Memang tidak dapat dinafikan yang perangai dua beradik itu berbeza sungguh bagai langit dan bumi. Mendengar dari segi percakapan saja sudah cukup untuk membuktikan perangai mereka. Az Reen lebih berbudi bahasa dan lembut dalam percakapan. Jimin pula, hilang terus bahasanya.
"Normal lah tu. Az Reen kan perempuan. Mestilah kena lemah lembut, ayu dan baik. Si Jimin pula, lelaki. Kenalah kasar. Huru hara keluarga Park nanti kalau Park Jimin tiba tiba saja jadi lemah lembut. Tak ke pelik tu." Aku menjeling sekilas Jungkook di sebelah.
Aku tak berniat pun nak suruh Jimin tu jadi lemah lembut macam perempuan. Aku pun still waras lagilah nak fikir macam tu.
"Esok petang kau free tak?" Jungkook menyoalku lagi.
"Hm, entah. Free kot? Kau nak buat apa?" Balasku lagi.
"Aku ingat nak ajak kau study dengan aku. Aku nak study subjek addmath sebab aku kan memang lemah gila dalam addmath so kalau kau ada boleh kau tolong aku. Fahamkan formula ke, tunjuk jalan kira ke." Terangnya.
"Okay! Esok petang aku terjah bilik kau!"
"Eh! Ketuk dulu! Mana tahu aku baru lepas mandi? Nanti tak pasal pasal kau dapat malu." Aku menjelingnya tajam.
Tapi, cakap pasal free, aku teringat pula tentang ajakan Minkyo di sekolah tadi.
"Er, Jungkook." Aku memanggilnya dan terus sahaja dia menoleh ke arah aku dengan kening yang terangkat sebelah.
"Esok lepas sekolah teman aku tau pergi jumpa Minkyo."
"Nak buat apa jumpa budak tu? Ada date ke?" Soalnya.
"Aku rasa ada something wrong dengan budak Lee Minkyo tu. Tadi di sekolah dia ada ajak aku keluar dengan dia tapi aku tolak. Alasannya sebab nak ikut kau pergi rumah Jimin. And then dia tanya aku pula kalau aku free malam esok sebab dia nak ajak aku keluar juga. So, esok aku nak jumpa dia untuk bagi tahu keputusan aku." Terangku kali ni.
"So, what's your decision?"
"Aku akan setuju untuk keluar dengan dia malam esok."
"What?!" Aku menutup kedua belah telingaku yang berdesing akibat jeritan nyaring dan kuat dari Jeon Jungkook.
"Kau gila ke?! No! Aku takkan benarkan kau keluar date dengan dia. Kalau nak keluar juga, wajib bawa aku sekali!" Tegah Jungkook sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri.
"Aku bukannya keluar dengan dia untuk menggedik la! Aku just nak menyiasat saja. Aku syak sesuatu dengan dia. Sejak akhir akhir ni, dia selalu minta maklumat peribadi aku."
"Itu maknanya dia suka kat kau! Dia nak kenal kau dengan lebih dalam lagi la tu." Jawab Jungkook menolak tanggapan aku.
"Takkan lah sampai macam tu sekali? Kau fikir logik la. Lagi satu. Tak kisah lah kat mana aku berada di kawasan sekolah as Jeon Sara, mesti dia ada juga. Buktinya, dia selalu tegur aku tak pernah missed sehari. Kau tak rasa ke yang dia tu macam mengikut aku?"
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...