~Jung Eun Ra~
"Jeon Sara!"
Aku memberhentikan langkahku. Aku memusingkan badan ke belakang.
Lee Minkyo
"Ye kenapa?" Soalku padanya yang termengah mengah mencari nafas selepas berlari mengejar aku.
"Petang ni awak free tak?" Soalnya.
Dah kenapa tanya aku macam tu? Nak ajak aku date ke apa?
Petang ni kau ikut aku pergi rumah Jimin. Kami nak main video game and Jimin suruh kau join sekali.
"Petang ni saya keluar dengan Jungkook. Kami nak pergi ke rumah kawan dia." Balasku jujur selepas mengingati kata kata Jungkook di kantin tadi.
"Ouh, kalau macam tu esok malam?" Soalnya lagi.
Apa sebenarnya yang dia nak ni? Kalau nak ajak aku date, sorrylah. Aku tak nak terima.
Misi aku pun tak selesai ada hati nak keluar date. Memang tak lah.
"Kenapa?" Soalnya semula.
"Erm saja. Awak free tak esok malam?" Aku berfikir sebentar.
Sebenarnya, aku mula curiga dengan Minkyo. Setiap kali dia berjumpa dengan aku atau lebih tepat dia menegur aku, dia selalu menyoal soalan yang agak pelik.
Awak tinggal di mana?
Apa nombor telefon awak?
Kalau awak keluar rumah, awak selalu pergi mana?
Tak ubah seperti investigator tak berbayar. Sebab tu aku curiga sedikit dengan dia.
Dulu aku ada belajar dengan Yuju unnie. Kalau ada orang tanya soalan yang melibatkan privasi atau peribadi kita, jangan semudah mudahnya berikan maklumat tersebut. Kita tak tahu niat sebenar orang itu minta.
Jadi aku akan beritahu maklumat palsu tentang soalan tersebut.
Entahlah macam mana Mr. Jin hadap chat Minkyo ni. Sewaktu dia menyoal nombor telefon aku, aku beri nombor telefon Mr. Jin.
Maaf Mr. Kim Seokjin!
"Saya tak pasti lagi. Esok saya beri tahu." Minkyo hanya mengangguk lalu pergi meninggalkan aku.
Ajak aku keluar? Aku kena minta tolong Jungkook.
🔫🔫🔫
"Aku seganlah nak masuk. Kenapa kau kena ajak aku sekali?" Rungutku pada Jungkook di hadapan rumah Jimin.
"Bukan kau sorang je perempuan, Jimin tu ada adik perempuan la. Tak payah nak segan sangat." Balas Jungkook lalu menarik tangan aku untuk masuk ke dalam. Dengan cepat aku menepisnya.
"Mestilah aku segan! Jimin kan namja."
"Habistu, Namjoon hyung, Yoongi hyung, Jinyoung hyung dan Hoseok hyung tu yeoja ke?" Bidasnya sambil tersenyum senget.
Ada saja je dia nak balas.
Tangan aku ditarik semula dan aku dengan malasnya melangkah masuk ke dalam rumah Jimin.
Jungkook mengetuk pintu rumah Jimin beberapa kali. Sesaat itu, pintu rumah terbuka dan terpanculah muka Park Jimin. Di belakangnya pula Kim Taehyung.
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanficDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...