🔍12🔎

1.1K 124 15
                                    

Hari ini aku pulang sedikit lewat kerana ingin menyiasat tentang kehilangan Saera. Kehilangan ini telah menjadi satu berita yang agak panas dalam kalangan pelajar. Seperti yang telah diterangkan kepada Mr. Jin pada minggu lepas, kehilangan Saera pasti berkaitan dengan kegiatan perdagangan manusia di kawasan perairan.

Aku merayau di kawasan sekolah yang kelihatan lengang itu. Suasana sekolah yang senyap itu memudahkan aku untuk fokus pada siasatanku.

Sedang aku berjalan mengawasi sekolah, aku ternampak kelibat Go Henshi yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Baiklah. Aku datang sekarang."

Panggilan dimatikan lalu dia melangkah meninggalkan kawasan taman sains itu.

Aku perlu mengikutinya. Manalah tahu dia ingin berjumpa dengan ketua kegiatan perdagangan manusia ini. Caranya bercakap telefon nampak mencurigakan. Go Henshi merupakan suspek aku jadi semua perkara yang mencurigakan darinya akan aku siasat.

Aku terus mengikutinya. Namun, mengapa aku macam kenal saja arah ini?

Biarkan hal itu. Pentingnya, aku perlu tahu, Henshi ingin ke mana.

Aku ikut, ikut dan ikut sehinggalah ada sekujur tubuh yang menghalang laluanku.

"Kau nak pergi mana?"

Aku terus menunduk kerana yang menghalang laluan aku itu adalah Jeon Jungkook. Aku mengerling ke arah Henshi dan dia semakin jauh dariku.

Ah! Aku perlu tahu kemana dia pergi. Tapi Jungkook?

Misi atau penyusah?

Misi!

"Kau pekak ke? Aku tanya—

"Mian!"

Aku berlari mengejar langkah Henshi, meninggalkan Jungkook yang masih menjadi patung di situ. Nanti nantilah aku uruskan dia. Hal misi aku lagi mustahak.

Akhirnya Henshi berhenti di hadapan pintu masuk Dewan Taekwondo. Aku berdiri di sebalik bangunan yang berhadapan dengan dewan tersebut. Gaya Henshi seperti sedang menunggu seseorang.

Pelajar pelajar Kelab Taekwondo dia hanya pandang kosong. Takkanlah dia nak menculik mangsa di hadapan khalayak ramai?

"Henshi!"

Tersentak aku tatkala mendengar jeritan seseorang memanggil nama Go Henshi. Terus saja aku berpaling melihat gerangan itu.

Min Jughyo.

"Jughyo!" Sapa Henshi semula. Aku hanya menjadi pemerhati adegan mereka.

"Aku call punyalah banyak baru tadi kau angkat?" Soal Jughyo

"Mian Jughyo. Aku silent kan phone aku. Tadi aku angkat pun sebab kebetulan aku nak check battery." Balas Henshi.

Jughyo terus memeluk bahu Henshi lalu mereka berdua memasuki Dewan Taekwondo itu.

Buang masa aku saja ikut si Henshi ni. Aku ingatkan dia call orang jahat. Rupanya chingu! Serius aku rasa macam orang bodoh sekarang ni.

Sedang aku leka mengomel dalam hati, sepasang tangan mengcengkam bahuku. Badanku dipusingkan lalu tanpa amaran sebuah tumbukan hinggap di tepi bibir aku. Oleh kerana hal itu berlaku secara mengejut, aku jatuh terjelepuk di tanah. Terasa seperti sesuatu cecair likat mengalir dari tepi bibirku.

Darah.

"Itu balasan yang setimpal untuk kau kerana endahkan soalan aku!"

Jungkook duduk mencangkung di tepiku lalu rambutku dicengkam kasar membuatkan aku mendongak memandang wajah bengisnya.

"Berani kau lari dari aku?! Eh, perempuan. Kau dengar sini. Tiada siapa yang pernah melarikan diri apabila aku sedang bercakap!"

Kepalaku ditolak kasar sehingga tersembam ke tanah. Sekarang, dahiku pula berdarah dek terkena batu batu kecil. Sekali lagi rambutku dicengkam.

"Aku tertanya tanya? Macam mana eomma dan appa kau ajar kau sewaktu kecil dulu? Disebabkan kau bodoh, pasti mereka bodoh juga—

Bukk

Tanpaku sedar, air mataku mula mengalir. Tanpaku sedar juga, sebuah tumbukan aku layangkan di muka Jungkook.

"Kau boleh hina aku banyak mana yang kau nak. Kau boleh kutuk aku banyak mana yang kau nak. Tapi jangan sesekali kau perlekehkan eomma dan appa aku!" Aku menempik di hadapannya.

Ya, aku tahu sisi penyamaranku telah hancur namun sanggupkah aku pertahankan diri menjadi lemah di hadapan manusia yang menghina eomma dan appa aku?

Jika para perisik lain mampu lakukan, aku tidak.

"Kau—

Belum sempat Jungkook ingin bersuara, aku terlebih dahulu berlari meninggalkan dia malah meninggalkan perkarangan sekolah juga.

Aku mahu tenangkan diri

🔫🔫🔫

~Author~

"Bodoh punya gigi arnab! Alasan apa aku nak cari untuk cover hal ni nanti? Kau ni memang menyusahkan!" Eun Ra bercakap seorang diri di bangku taman itu.

Ya. Dia berlari sehingga ke taman yang dia sendiri tidak tahu lokasinya. Dia cuma mahu meredakan emosinya yang sedang membuak buak dengan amarah terhadap Jeon Jungkook.

"Aku benci kau!" Eun Ra menjerit semahunya di situ. Biarlah orang nak pekak ke tak dengan jeritannya. Asalkan di dapat melepaskan apa yang terpendam di hati.

"Sini, aku rawat luka kau."

Gerangan suara yang menyapa pendengarannya membuatkan tindakan Eun Ra untuk menjerit sekali lagi terbantut.

"Namjoon? Kau buat apa kat sini? Macam mana kau tahu aku kat sini?" Pelbagai soalan diajukan kepada Namjoon namun sepatah pun dia tidak menjawab.

"Bibir kau dah berdarah. Dahi kau pun sama. Ni mesti Jungkook yang lakukan. Sini, hadap aku. Aku nak bersihkan darah kering tu." Sehelai tisu basah dilekapkan di tepi bibir Eun Ra.

"Balik rumah nanti, suruh Jinyoung sapukan—

"Aku tertumbuk dia."

Namjoon tersenyum nipis seraya memberhentikan kegiatannya. Kedua dua belah pipi Eun Ra dia tekup.

"Aku tahu apa yang jadi. Aku nampak kesemuanya. Salah dia buatkan kau naik angin tidak tentu pasal." Katanya lalu menyambung kegiatannya membersihkan luka Eun Ra.

"Alasan apa yang aku nak bagi pada dia esok? Penyamaran aku sudah semestinya hampir terbongkar."

"Nanti kita fikirkan. Sekarang tolong berhenti bercakap atau aku tekan luka kau ni." Ugut Namjoon.

"Janganlah tekan! Sakit tahu tak?" Rungut Eun Ra. Terletus tawa kecil Namjoon.

"Seorang spy takkan sakit dengan luka sekecil ni."

"Iyalah! Kau menang." Geli hati Namjoon melihat wajah cemberut Eun Ra. Nampak comel saja di matanya.

"Spy?"

TBC

Sudahlah! Aku nak meroyan! Aku rindu sekolah weyy! Taun ni dh lah PT3. Ditambahkan cuti pula! Erghhhhhhh

Vote and comment after reading my dear 💕

[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now