🔍13🔎

1.1K 125 18
                                    

"Spy?"

Terdiam Namjoon dan Eun Ra yang sedang seronok berbual. Secara serentak mereka menoleh ke arah gerangan yang bersuara itu.

"J-Ju-Jungkook?!"

Eun Ra terkejut melihat Jungkook yang sedang berdiri dibelakangnya dan Namjoon. Riak wajah Jungkook juga nampak terkejut melihat Eun Ra.

"Kau dan Saem Namjoon, adalah spy?!" Soal Jungkook sekali lagi.

"Kau dengar semua perbualan kami?" Soal Namjoon penuh cuak. Mukanya bertambah cuak apabila Jungkook mengangguk.

Tiada cara lain. Rahsia yang mereka simpan selama hampir sebulan di sekolah itu telah terbongkar terang terangan di hadapan Jeon Jungkook. Hanya ada satu pilihan saja untuk memastikan rahsia mereka tidak terdedah lagi iaitu

"Tangkap!" Eun Ra mula berlari ke arah Jungkook manakala Namjoon berlari ke arah keretanya. Disebabkan oleh rasa terkejut, Jungkook tidak mampu bergerak sekali gus membuatkan kerja Eun Ra menjadi senang.

"Kau yang minta semua ni berlaku. Tiada siapa pun yang suruh kau mengintip kami berdua secara senyap." Eun Ra mengunci pergelangan tangan Jungkook ke belakang. Jungkook pula sedang bergelut ingin melepaskan diri.

"Eh, kau nak buat apa ni?! Lepaslah! Lep—

Akhirnya Jungkook jatuh rebah ke tanah dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Jarum yang diisi dengan cecair ubat tidur dicabut dari bahu Jungkook oleh Namjoon.

"Jom bawa dia jumpa Mr. Jin."

🔫🔫🔫

"Argh!"

Jungkook menyentuh kepalanya yang berpinar itu. Silau lampu yang terpasang membuatkan matanya terbuka separuh.

"Eh kau, macam dalam drama pula. Cepatlah bangun. Kami nak soal siasat kau pula." Ujar Yoongi sambil menggaru belakang kepalanya.

Secara perlahan Jungkook bangun dari pembaringan. Berulah dia sedar yang dia telah terbaring di atas sofa di dalam sebuah bilik.

"Aku kat mana?"

"Kau kat KSA atau lebih tepat dalam pejabat aku sekarang." Jawab Mr. Jin.

"KSA?"

"Korean Secret Agency."

Jungkook menggosok matanya lalu wajah insan yang sedang mengelilinginya dia pandang satu persatu.

Semuanya dia tak kenal kecuali

"Saem Namjoon!"

"Tak perlu nak bercikgu dengan aku. Aku bukannya cikgu sebenar pun." Kata Namjoon tegas.

"Er, mian. Tapi mereka ni siapa?" Soal Jungkook lalu tersenyum cangung di hadapan Namjoon.

"Sejak bila seorang pembuli pandai berbahasa ni? Bukan kau selalu main terjah je ke?" Sindir Namjoon pula. Jungkook hanya membalas dengan sengihan.

"Aku Kim Seokjin or everyone knows me Mr. Jin. Ketua Agensi Perisik Korea."

"Aku Min Yoongi. Perisik dan pelatih seni mempertahankan diri untuk pengintip muda."

"Aku Park Jinyoung. Perisik dan ketua penyelia Korean Trainers Hostel."

"Aku Jung Hoseok. Perisik dan Ketua Sektor Bilik Khas KSA."

"Aku Park Chanyeol. Setiausaha Mr. Jin."

Jungkook memandang Namjoon dengan takut. Mana taknya, Namjoon tengah tenungnya tajam.

[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now