"Ha! Baru jumpa jalan balik— ni korang berdua berendam dalam lumpur mana ni?! Kotornya baju!"
Buku pintu rumah saja, dah ternampak muka Mr. Jin tercegat kat hadapan pintu rumah sambil bercekak pinggang. Tak lupa juga apron berwarna pink cair yang tersarung di tubuhnya.
"Kami baru lepas bertinjulah Mr. Jin." Jawab Jungkook.
"Bertinju? Bertinju dengan siapa?"
"Dengan orang." Balasku lalu menghempaskan tubuh di atas sofa ruang tamu begitu juga dengan Jungkook.
"Amboi dua orang ni! Dengan baju kotor! Tak mandi lagi! Bau busuk! Naik atas mandi sekarang!" Bebel Mr. Jin. Aku sekadar menjelingnya yang sedang berdiri di sisi sofa.
"Tak nak mandi eh? Jinyoung! Kau ambilkan kuali—
Tanpa menunggu Mr. Jin menyambung ayatnya lagi, kami berdua terus berlari ke arah tangga untuk naik ke bilik.
"Nak kena mention nama kuali dulu baru tahu nak mandi." Terdengar rungutan Mr. Jin dari tingkat bawah.
Jika diberikan pilihan, tolong Yoongi mandikan MonMon kesayangan dia atau menerima pukulan dari kuali Mr. Jin, aku lebih sanggup mandikan MonMon si ular tu.
Penangan kuali Mr. Jin mampu membuatkan si penerimanya tidak waras selspas itu!
🔫🔫🔫
"Yeah! Dah siap!" Jungkook menutup buku latihan English miliknya. Aku menyimpan semua barang barangku ke dalam beg sekolah untuk balik ke bilik tidurku semula.
"Kau nak balik bilik dah ke?" Aku mengangguk.
"Rileks la. Lepak dulu dalam bilik aku." Aku memandanya yang sedang terbaring di atas katil.
"Kita nak buat apa?" Soalku.
"Bersembang? Playing games?"
Aku lebih berminat untuk berbual dengan dia. Manalah tahu boleh korek rahsia tentang dia lagi.
"Then, I want to ask you questions."
"Go ahead."
"Kenapa kau membuli?" Soalan yang aku tujukan membuatkan Jungkook yang sedang terpejam itu membuka matanya. Kepala dia telengkan memandang aku yang sedang duduk bersila di atas katil biliknya. Sebelah tangannya dibawa kebelakang kepala manakala satu lagi tangannya direhatkan di perut.
"Kurang kasih sayang." Jawabnya ringkas. Aku berkerut.
Jungkook kurang kasih sayang? Kasih sayang apa yang dia kurang?
"Kasih sayang ibu bapa." Seakan akan tahu apa yang aku sedang fikirkan, Jungkook menjawab.
Kurang kasih sayang ibu bapa? Macam mana tu? Aku tak tahu sikit sebab aku tak pernah hadapi semua tu.
"Macam mana tu?"
"Aku tak dapat perhatian yang cukup dari mereka. Eomma dan appa aku seorang businessman jadi mereka tiada masa untuk aku. Kadang kadang, mereka terpaksa pergi ke luar negara sampai berbulan bulan. Aku pula, sorang sorang je di rumah. Kalau lapar, pergi beli makanan. Duit poket dan belanja semua mereka berikan. Kalau tak cukup, call je minta." Balasnya bersama senyuman hambar.
"At least eomma dan appa kau tak lupa nak beri duit untuk kau. Tak adalah kau struggle nak cari duit untuk sara hidup kau seorang. Kiranya eomma dan appa kau masih ingatkan kau lagi." Ujarku. Jungkook menggeleng.
Aku ada cakap sesuatu yang tak betul ke? Takkan?
"Aku tak perlu semua duit tu. aku hanya perlukan attention dari mereka. Perhatian dan kasih sayang dari mereka cukup untuk buatkan aku rasa bahagia. Walaupun sekejap, aku nak sangat luangkan masa dengan mereka." Jawabnya.
Adakah sebab ini dia membuli? Adakah sebab dia tak cukup perhatian di rumah jadi dia nakkan perhatian dengan membuli pelajar?
"Eomma appa aku berkawan baik dengan keluarga Taehyung dan Jimin. Sebab itulah kami rapat. Mereka berdua selalu hilangkan stres aku dengan kelakuan bodoh mereka. Sekali gus, aku lupa tentang masalah eomma dan appa aku. Sejak aku terlibat dengan kegiatan mereka iaitu salah laku disiplin, aku rasa seperti bebas. Tak pernah terfikir yang benda ni salah. Aku hanya fikir seronok saja."
Aku buat keputusan untuk mencelah. Biarkan dia meluah apa yang terbuku.
"Tapi, sejak jumpa ahli KSA, aku mula sedar. Sedar yang apa aku buat selama ni adalah salah. Aku hanya fikirkan perasaan aku seorang saja sedangkan perasaan orang lain yang aku tindas aku tidak fikirkan. Sejak dari tu, aku nak berubah kepada yang lebih baik."
"Baguslah kau buat keputusan macam tu. Aku harap kau berjaya. Dont worry. I will support you!" Ucapku memberi semangat.
"Aku dah cerita sedikit tentang diri aku. Kau pula." Aku tersenyum.
"Nothing interesting about my life. Sejak kecil lagi, aku dijaga oleh unit KSA. Aku dilatih untuk menjadi seorang perisik yang terhandal sejak berumur 6 tahun. Sewaktu aku kecil, appa Mr. Jin yang menjaga aku. Bila aku berumur 10 tahun, aku tinggal di asrama KSA. Di situ jugalah aku kenal lagi 4 orang namja yang ada dalam rumah ni."
"Dulu kau pergi sekolah mana?"
"Aku tak kesekolah. Namjoon, Yoongi, Hoseok dan Jinyoung saja yang bersekolah. Itupun, appa Mr. Jin daftarkan di sekolah private saja. Katanya tak nak bagi mereka bergaul dengan budak budak yang entah apa apa perangainya. Aku pula hanya belajar dengan cikgu yang diupah."
"Seronok juga life spy ni. Semuanya mewah." Ujar Jungkook. Aku tersenyum mendengarnya.
"Memanglah, tapi kami bukannya duduk saja. Kami di latih siang malam tanpa henti. Segala jenis rintangan kami pernah lalui. Kena tikam, kena mandi dengan air panas, kena pukul, kena seksa, semuanya pernah lalui. Kecuali satu saja aku tak pernah kena." Jungkook memandangku hairan.
"Kena apa?"
"Aku tak pernah kena tembak."
TBC
Huwaa!!! Akibat bosan so I updated this chapter..
Btw dah buat persiapan nak berpuasa ke?💜
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...