"Wey betul ke apa yang kita buat ni? Tak rasa bahaya ke?" Minkyo menyoalku. Tangannya yang masih memegang kain panjang berwarna putih dia lihat sekilas bersama riak wajah risaunya.
Aku berdecit perlahan.
"Bahaya apanya? Kau jangan banyak tanya boleh tak? Ikat je lah mulut aku tu." Aku menyuruh. Tidak perlu arahan yang kedua, dia terus mengikat mulut aku dengan kain yang dipegangnya.
"Wey. Semua clear. Minsuk dan konco konco dia dah ada for Minkyo. Line penyambung suara aku dengan Jinyoung pun dah dah diakseskan. Tunggu arahan kau je." Jelas Jungkook yang baru saja tiba selepas menghendap kawasan perairan yang dijadikan tempat perjualan manusia ini.
Tidak hairanlah kenapa pihak polis tak jumpa tempat kegiatan ni. Perdagangan ni dilakukan di Busan dan kawan ini agak tercorot.
Yang peliknya, gadis gadis yang dijual diculik di Seoul. Unexpected sungguh. Pandai otak otak pedagang ni.
Aku memberi isyarat kepada Minkyo. Lantas dia mengangguk. Tangan aku yang diikat tidak seberapa ketat di belakang Minkyo pegang. Kolar belakang bajuku juga turut dicengkamnya. Menunjukkan yang diriku semangnya telah diculik.
Sengaja aku menyuruh Hoseok mengikat tanganku dengan ikatan tidak kemas di rumah tadi. Senang untuk aku meloloskan diri jika diserang.
Keluar saja dari tempat persembunyian kami, aku telah nampak beberapa cahaya lampu yang dipasang oleh konco konco Minsuk. Jungkook pula aku arahkan agar stand by di belakang saja. Jika mereka mula menyerang, barulah dia tonjolkan diri.
Dan disebabkan misi ini dibawah tanggungjawab aku dan Jungkook, jadi kawan kawan aku yang lain tidak dibenarkan untuk terlibat sama sekali kecuali untuk sokongan dan bantuan dari jarak jauh.
Jinyoung dirumah pasti sedang menunggu arahan dari Jungkook. Baru dia akan sambungkan report di balai polis yang ada di Busan ini. Phone Jungkook dibiarkan di dalam keretanya dengan data location di'on'kan. Senang untuk Jinyoung jejak phone Jungkook dan mengenal pasti keberadaan mereka sekarang.
"Minsuk hyung!" Minkyo memanggil nama abangnya yang sedang berbual dengan seseorang yang bermata sepet. Mungkin bapak ayam dari Hong Kong itu.
"Sampai pun kau!" Kang Minsuk menjawab panggilan dari adik kandungnya, Kang Minkyo.
"Ini yeoja yang aku cakap. Jeon Sara." Kata Minkyo seraya menolakku sehingga jatuh terduduk. Aku menoleh memandangnya.
"Bagus. Kau buat kerja dengan baik. Kau boleh pergi sekarang. Aku akan kotakan janji aku pada kau. Jangan risau, orang tua itu pasti jalankan pembedahan." Aku memberi isyarat mata kepada Minkyo. Dia mengangguk lalu berlari ke arah kereta yang disembunyikan tidak jauh dari tempat kami berada.
Minsuk berjalan mendekati aku. Ikatan di mulutku ditarik turun. Aku memandangnya tajam.
"Well, tak sangka kau lebih cantik dari yeoja yang aku dan kumpulan aku culik. Aku akan jual kau dengan harga yang tinggi. Untung besar aku malam ni." Minsuk tersenyum sinis memandang aku.
Aku tak sangka, dia yang sebaya dengan aku mampu jalankan kegiatan bodoh ini. Pelajar yang sememangnya nerd di sekolah menjadi pedagang manusia utama yang mampu memeningkan kepala presiden Korea Selatan.
Tidak sangka selama ni dia sengaja mengaburi mata semua orang dengan penampilan nerd dia.
"Kau keji Kang Minsuk. Kau jual wanita. Kau hancurkan hidup mereka yang tidak berdosa. Kau manusia ke syaitan?!" Aku menengkingnya kuat.
"Aku? Tak perlu kau kisahkan semua tu. Kau hanya perlu fikir nasib kau selepas ni saja." Minsuk ketawa kuat. Aku pun tidak ketinggalan turut ketawa juga.
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...