~Jung Eun Ra~
"Hai!"
Aku yang sedang menulis rangka laporan misi terdahulu terus menutup buku nota hitam itu. Bukan sebab aku takut orang nampak tapi disebabkan tindakan refleks bila terkejut.
Mahu tak terkejutnya aku, entah manusia mana yang datang hempuk meja aku. Nasib aku refleks tutup buku kalau tak dah lama buku lima aku melayang ke muka orang.
"Er, hai." Aku menjawab dengan nada yang sengaja digugupkan. Muka tiga orang lelaki yang sedang tersenyum senget ke arah aku, aku pandang silih berganti.
Nak apa mereka ni?
"Kau Jung Eun Ra kan?" Soal lelaki yang berambut biru navy itu. Aku mengangguk perlahan. Aku baru je perkenalkan diri tadi. Takkan dah lupa kot?
"Kau tahu tak pelajar nerd macam kau tak sesuai untuk jadi macam pelajar biasa?" Soal lelaki yang berambut blonde bercampur coklat. Dah kenapa cakap macam tu?
"Orang nerd kolot macam kau hanya sesuai jadi kuli aku saja." Kata lelaki berambut coklat gelap pula.
Aku pening la macam ni. Tak keluar sekolah lagi tapi rambut warna serupa rainbow. Aku yang dah habis sekolah pun rambut tak pernah diwarna.
"So, congratulations Eun Ra! Kau diterima untuk jadi hamba aku. Kerja kau boleh mula dari sekarang." Kata lelaki berambut coklat gelap itu.
"A-apa maksud awak?" Soalku. Kenapa susah sangat nak cakap macam budak nerd ni?!
"Maksudnya kerja sekolah aku hari ni kau kena siapkan. Esok aku nak complete!" Arah lelaki itu lagi.
"Tapi kenapa s-s-saya kena buat? Kerja sekolah a-a-awak, a-wak buatlah sendiri." Balasku.
Ada ke patut suruh aku buat kerja sekolah dia? Dia ingat aku ni apa? Maid dia? Dia ingat dia sapa nak arah aku? Aku tahulah dia anak Pengawai Kewangan sekolah pun tapi tak semestinya homework sendiri pun orang lain yang kena buatkan.
Oh wait— Does he...
"Kau boleh tak jangan banyak tanya?! Aku suruh buat tu buat sajalah! Kau dengar sini baik baik. Kalau kau tak buat, kau akan terima akibatnya. Faham?!" Rambut aku dicengkam kuat membuatkan kepala aku terdorong ke belakang. Dua orang rakannya hanya tersenyum senget di belakang.
Sah mereka ni pembuli sekolah. Nampaknya golongan pengecut macam tiga ekor ni datang dari golongan yang selalu memberi bantuan dan sumbangan kepada pihak sekolah.
Eh, sumbangan aku lagi besar la wey. Aku pernah menembak musuh negara okay!
Buku lima aku sudah genggam. Tunggu masa untuk aku layangkan sahaja.
Disaat tangan aku ingin melayang, kata kata Namjoon terlintas secara tiba tiba di pemikiranku.
Paling penting. Pelajar nerd tak tunjuk fighting skills apabila diserang.
Nampaknya aku kena kuburkan hasrat aku. Aku kena akur.
"Baik. Saya akan buat. Tolong lepaskan saya." Aku berpura pura merayu kepada lelaki yang mencengkam rambutku itu. Dia tersenyum senget lalu melepaskannya.
Lepas la elok elok sikit! Bukannya kasar!
"Good girl. Sebelum balik, aku bagi." Aku mengangguk perlahan. Menyusahkan la mereka ni!
"Kau tak nak perkenalkan diri ke kat kentang ni?" Soal lelaki berambut biru navy itu kepada lelaki yang mencengkam rambut aku tadi.
Kentang kau panggil aku?! Kau yang overcooked potato!
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...