🔍22🔎

1K 117 12
                                    

"Tolong!"

Akibat terkejut dengan jeritan itu, tanpa sengaja Jungkook terlompat kecil sehingga terlanggar tubuhku yang membuatkan aku hampir terjatuh. Nasib saja aku mampu mengimbangkan tubuhku dari jatuh mencium jalan tar.

Memang tidaklah aku nak benarkan jalan tar merasmikan first kiss aku!

"Eun Ra, ada ke hantu waktu matahari terpacak lagi ni?" Soal Jungkook sambil memeluk erat tanganku.

"Hantu? Itu suara orang minta tolonglah!"

"Tapi hantu pun selalu minta tolong juga."

Sudah pasti anak Jeon ini terlebih menonton filem seram sehingga pemikirannya di bawa ke alam realiti.

"Kau jangan merepeklah! Jom kita pergi tengok." Aku dan Jungkook bersama sama berjalan ke arah taman rekreasi yang masih lenggang tanpa manusia.

Selalunya taman ni bising pada pukul 6 petang sahaja. Sekarang baru pukul 4.

"Tolong!"

Kami berdua menoleh ke arah kanan di mana bunyi jeritan itu terlaung. Aku menarik tangan Jungkook untuk menuju ke arah bunyi itu. Dalam hati, pelbagai soalan yang ditanya tentang sebab bunyi jeritan meminta tolong itu berlaku.

Namun kami dikejutkan dengan penampakkan seorang lelaki yang memakai mask hitam sedaya upaya mengheret seorang perempuan masuk ke dalam sebuah van. Perempuan tersebut pula meronta untuk dilepaskan daripada cengkaman lelaki tersebut.

Ini kes culik.

"Woi penculik!"

Aku berlari ke arah mereka lalu satu tumbukan aku layangkan ke arah muka lelaki itu. Terus saja perempuan itu terlepas.

"Cik tak apa apa?" Terdengar suara Jungkook sedang menyoal. Mungkin sedang membantu perempuan itu untuk bangun.

"Berani kau nak buat kerja gila ya?" Lelaki yang sudah terjatuh itu, aku cerlung tajam. Kolar bajunya aku cengkam kuat untuk melepaskan satu lagi tumbukan di mukanya.

Buk

Aku jatuh terbaring di jalan akibat satu pukulan yang mengenai belakang badanku. Aku berpaling ke belakang dan terlihat seorang lelaki berperut buncit sedang memegang sebatang kayu.

Aku berusaha bangun bagi menyerangnya. Belum sempat langkahku dibuka, aku terasa seperti bahuku dipeluk oleh sebuah tangan membuatkan aku tidak dapat bergerak. Dan ya, yang mengunci pergerakan aku ialah lelaki yang aku tumbuk sebentar tadi.

Tanpa berfikir lagi, aku terus menyepak lutut lelaki di belakangku sehingga dia terdorong kebelakang. Aku maju kehadapan lalu menendang perut buncit lelaki di hadapanku.

Jangkaan aku silap, mereka masih lagi bangkit berdiri walaupun keadaan mereka nampak memenatkan. Nampaknya, tenaga mereka agak banyak.

"Eun Ra. Aku lawan si perut buncit, kau settlekan yang kurus keding tu." Arah Jungkook yang secara tiba tiba muncul di belakangku. Aku mengangguk.

Tendangan tinggi aku berikan pada dada lawanku sehingga dia jatuh terbaring. Aku duduk di atas tubuhnya lalu dua tumbukan aku berikan pada mukanya.

"Siapa ketua kau?!" Aku menyoal kasar lelaki itu. Tetapi dia tidak menjawab malah menolakku jatuh ke tanah. Dengan kesempatan itu, dia berlari ke arah van bersama lelaki perut buncit itu. Enjin van dihidupkan dan aku pasti mereka ingin melarikan diri.

Sebelum van itu pergi, aku sempat membaca nombor plat van tersebut.

29호4365

"Kau okay tak?" Jungkook menyentuh perlahan bahuku. Aku mengangguk.

"Mana mangsa perempuan tadi?" Soalku tentang perempuan yang hampir diculik tadi.

"Dia ada dekat bangku sana." Jungkook menunjukkan ke arah bangku di taman yang sedang didudukki oleh seorang perempuan. Aku mengangguk lalu pergi ke arahnya bersama Jungkook di belakang.

Aku terperasan sesuatu, baju sekolahnya sama seperti baju sekolah kami.

"Awak tak apa apa?" Aku menyoal perempuan tersebut.

"Saya okay." Perempuan itu mengangguk tetapi kepalanya masih tertunduk.

"Boleh tak awak cerita pada saya macam mana awak hampir kena culik tadi?" Pintaku padanya. Tempat kosong di sebelahnya kau duduk.

"Kawan saya baru saja pulang selepas kami bersama sama siapkan kerja sekolah. Sewaktu saya hendak mengemas barang untuk pulang, lelaki mask tadi datang dan terus heret saya." Aku mengangguk.

Aku pasti ini semua pasti berkaitan dengan kes perdagangan manusia di perairan. Nampaknya aku dan Jungkook kena seleasaikan misi ini dengan segera. Kalau tak, mesti banyak mangsa yang terjerat dalam perdagangan haram ini.

"Mana barang barang kau?" Soal Jungkook pada perempuan itu.

"Masih ada di pondok hujung sana." Jungkook mengangguk lalu pergi ke arah pondok yang dikatakan. Mungkin untuk mengambil barang barang perempuan ini yang tak sempat nak dikemas.

"Nama awak apa?" Aku menyoal.

"Nam Hye Ji." Aku mengangguk. Bukannya apa, aku perlu tulis kejadian ini dalam laporan aku.

"Awak sekolah sekali dengan saya?" Soal Hye Ji. Mungkin dia sedar yang baju sekolah aku sama dengan dia.

"Ya."

"Saya tak pernah nampak awak pun di sekolah tu?"

Crack! Aku selalu muncul dengan penampilan nerd. Bukannya dengan penampilan macam ni. Macam mana aku nak jawab ni?

Takkanlah aku nak bagitahu yang aku ni split personality? Di sekolah jadi nerd, luar sekolah jadi plain girl?

"Dia junior sekolah kita. Memang tak pernah nampak sebab kita senior." Jungkook yang baru saja muncul bersama beg Hye Ji menjawab soalan itu.

Junior? Aku junior? What?!

Tak apalah. Asalkan tak kantoi.

"Ouh patutlah. Tapi macam mana korang boleh rapat?" Soal Hye Ji lagi.

Dia mesti pelik dengan hubungan kami yang boleh rapat walhal Jungkook tu seorang pembuli termasyur di sekolah.

"Dia ni sepupu aku." Jawab Jungkook lagi. Aku menghela nafas lega.

Sepupu pun okaylah. Asalkan dia tak jawab yang aku ni bodyguard dia sudah.

"Terima kasih sebab sudi selamatkan saya dari penculik tadi. Kalau korang tak ada, entah apalah yang jadi pada saya." Ucapnya bersama senyuman. Aku turut membalas senyumannya.

"Jom kami berdua hantarkan awak pulang."

TBC

Yeayyy!! Dah nak puasa guys!❤ tapi tula..puasa tahun ni tak best macam puasa sebelum nii💔

[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now