~Jung Eun Ra~
"Berdasarkan siasatan kau, apa yang kau dapat?" Soalku pada Jungkook.
Memandangkan sekarang telah tamat waktu persekolahan jadi aku buat keputusan nak jumpa dengan Jungkook di pondok bacaan. Semalam aku ada beri tugas untuk menyiasat latar belakang status 4 orang suspek.
"Berdasarkan siasatan aku, hanya Gu Seong dan Park Jihoon saja yang ada yeochin." Aku mengangguk.
"Nama yeochin dua orang tu?"
"Nama yeochin Gu Seong, Lee Ji Yong. Nama yeochin Jihoon pula Jang Ye Min."
"Buat sementara ni aku nak kau fokus pada dua orang perempuan ni dulu. Aku akan fokus untuk pelajar lain. Faham?" Jungkook mengangguk faham.
"Jom balik rumah. Aku lapar." Aku melompat turun dari pondok. Beg galas aku ambil lalu sandangkan pada bahu.
"Jom kita singgah makan dulu di kedai. Aku belanja kau." Tawar Jungkook bersama senyuman yang menampakkan gigi arnabnya.
"Betul ni kau nak belanja?"
"Betul." Aku mengangguk setuju.
Orang nak belanja takkan nak tolak pula? Rezeki tu.
"Kau nak makan kat mana?" Soal Jungkook. Aku sekadar mengangkat bahu. Aku tak kisah nak makan di mana mana pun. Asalkan makanan di situ sedap dan dapat mengeyangkan perut aku. Aku ni harap je badan kecil tapi selera makan aku besar.
"Kalau macam tu aku bawa kau ke tempat favourite aku! Lama dah aku tak pergi sana. Rindu pula dengan makanan di kedai tu. Kat situ semua sedap sedap. Kau confirm suka punya." Ujar Jungkook gembira.
"Aku okay je makan kat mana mana."
Telefon yang berada di poket seluar pendek paras peha, aku keluarkan untuk menelefon Namjoon.
Namun, langkah aku terhenti apabila ternampak senarai notification di layar skrin telefon pintar aku. Paling menghairankan sekali, aku terpandang kepada nama contact Namjoon yang telah menghantar tiga chat kepadaku.
<< Parner in Crime 💣 >>
Disebabkan kau balik
lambat hari ni so aku
buat keputusan nak
balik rumah dulu.Malas tunggu kau lama
lama. Buang masa jeBalik rumah jalan kaki
dengan Jungkook."Tak guna punya Namjoon." Aku mengumam geram membaca chat yang dihantar oleh Kim Namjoon. Boleh dia tinggalkan aku dan Jungkook!
"Kau dah kenapa?" Soal Jungkook. Mungkin berasa hairan dengan perubahan sikap aku yang berubah senyap secara tiba tiba.
"Namjoon tinggal kita. Jadi, kita kena jalan kaki." Jawabku bersama keluhan berat.
Susah juga kalau ada kawan macam ni. Mencabar api kemarahan aku betul.
"Oh, pasal tu. Aku tahu dah." Aku memandang Jungkook terkejut. Dia tahu?
"Namjoon ada chat kau juga ke?"
"Tak. Tadi aku terserempak dengan dia sebelum datang ke sini so dia bagi tahu kat aku dulu." Balasnya. Aku mengeluh lagi. Sepatutnya dia datang jumpa aku dulu atau call saja. Tak payahlah sampai nak hantar chat.
Macamlah dia tak kenal aku. Aku ni susah sikit nak buka chat orang.
"Jomlah. Aku dah lapar ni." Ajak Jungkook sambil mengusap perutnya.
"Sekejap. Aku nak ubah penampilan aku."
Cermin mata bulat aku tanggalkan lalu simpannya ke dalam beg. Pengikat rambut berwarna merah juga turut aku lurutkan ke bawah sehingga terlepasnya ikatan rambut. Rambutku yang panjang aku biarkan tidak berikat.
Ini barulah Jung Eun Ra!
"Dah! Jom makan!"
🔫🔫🔫
"Thanks Jungkook belanja aku makan! Kenyang gila!" Ucapku gembira kepada Jungkook yang sedang berjalan disebelahku.
"No problem."
"Betul kata kau. Makanan kedai tu sedap gila. Nanti bolehlah kau bawa aku ke situ lagi. Kali ni, aku belanja pula." Kataku teruja. Jungkook sekadar mengangguk.
"Eun Ra." Aku menoleh ke arahnya.
"Aku tak nak membuli lagi, tapi, nanti Taehyung dan Jimin mesti pelik. Macam mana ni?" Tanya Jungkook buntu.
"Buat masa sekarang, siapa saja mangsa buli kau selain aku?" Jungkook menggeleng yang membawa maksud aku seorang saja mangsanya setakat ini.
Bagus!
"Kalau macam tu, depan Taehyung dan Jimin, kita berlakonlah yang kau sedang buli aku. Belakang mereka, kita berbaik je lah." Ujarku memberi idea.
"Tapi mereka berdua tu suka sangat ajak aku buat masalah disiplin. Macam mana?"
"Kau bagi je lah alasan apa apa pun. Alasan yang boleh dikatakan sedang trending sekarang ni, bad mood. Bila dua ekor tu ajak kau buat masalah, kau kata je yang kau tak ada mood untuk melanggar peraturan." Cadangku lagi.
Aku rasa Jungkook ni jenis yang tak pandai memilih kawan. Aku selalu perasan yang Taehyung dan Jimin je kawan yang selalu berinteraksi dengan dia. Tapi sayangnya, mereka berdua tu pun, perangai entah apa apa.
"Kalau boleh, kau tolong ubahkan perangai kawan kau yang lagi dua orang tu. Biar sama sama berhenti buat kerja membuli ni. Kau dah jadi spy sekarang so kenalah mencegah benda benda macam ni." Nasihatku seraya memberitahu tanggungjawab seorang spy.
Mestilah membanteras dan mencegah salah laku jenayah dan masalah sosial yang sedang merebak dalam kalangan remaja sekarang.
"Aku akan cuba. Kau pun kenalah sokong dan memberi semangat untuk aku."
"Itu sudah semestinya aku akan buat. Keep it up!" Aku menepuk bahunya perlahan.
Keadaan menjadi senyap. Kami berjalan kaki di hadapan sebuah taman rekreasi untuk pulang ke rumah yang terletak di taman perumahan sebarang.
"Tolong!"
TBC
Aku ngantuk! Bye 👋
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanfictionDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...