"Sekarang kau cakap dekat kami. Apa agenda kau?" Aku menyoal Lee Minkyo yang sudah diikat di kerusi stor sukan.
Selepas saja kami berjaya mengikat Minkyo di dalan stor sukan, aku mengarahkan pada Jungkook untuk memanggil Namjoon dan tak lupa juga agar memintanya membawa rotan sekali.
Andai kata si Minkyo ni masih tak nak cerita benda sebenar, bolehlah si Namjoon libas rotan dia.
"Ini semua bukan apa yang korang fikir. Aku tak berniat nak menculik Sara. Aku just—Argghhhhh!" Minkyo menjerit sakit tatkala kakinya dilibas dengan rotan Kim Namjoon.
"Kau jangan berdalih dan baik cerita benda sebenar. Berani kau nak culik Eun Ra and jual dekat bapak ayam eh? Kau ni memang mencari nahas dengana ku sungguh!" Jungkook mendesak geram. Mukanya juga telah berubah ke merah sedikit.
"Tapi aku nak culik Sara bukannya Eun—
"Argh! Sama la tu! Eun Ra dan Sara orang yang sama!" Jungkook memotong kuat kata kata Minkyo.
"Okay aku cerita." Minkyo menarik nafas panjang terlebih dahulu sebelum menceritakan perkara sebenar.
"Aku dipaksa untuk buat semua ni. Bukannya aku sengaja nak terlibat dalam kekacauan haram ini. Abang aku menaksa aku menculik yeoja sekolah yang kena dengan typikal type dia dan bawa yeoja tu untuk jumpa dia pada waktu malam. Lepas dapat saja yeoja tu, terus abang aku bawa dia ke kawasan perairan pantai dan dagang dia kepada beberapa bapak ayam dari berbagai negara.
Sebenarnya ibu aku mengalami kanser hati dan sedang terlantar di katil hospital. Hati yang sesuai untuk ditukar dengan hati lamanya sudah dijumpai tetapi malangnya kami tak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kos pembedahannya.
Sehinggalah aku dapat tahu yang abang aku mempunyai banyak wang. Aku tahu yang abang aku tu pernah berdendam dengan ibu aku sebab tak pernah memberi kebebasan dan selalu mengongkong hidupnya dengan buku dan pelajaran. Jadi dia tidak ambil kisah langsung tentang ibu kami yang sakit itu.
Aku pernah memujuknya untuk membiayai kos pembedahan itu tetapi dia memberi syarat. Syarat supaya aku menolong dia mencari yeoja dan menculiknya untuk dijual. Dan sejak dari hari itu, aku tahu yang abang aku terlibat dengan kegiatan haram ni dan sumber wang itu juga hasil dari penjualan wanita wanita yang diculiknya.
Tetapi aku dengan tidak relanya setuju dengan syaratnya sebab pihak hospital menggesa aku agar mempercepatkan pembayaran. Dia juga berjanji kalau aku tolong dia, dia akan bayar kos pembedahan ibu kami. Sebab itulah aku mula menculik yeoja.
Tapi aku baru culik seorang yeoja saja. Selebihnya, abang aku yang culik."
Kami berdiam diri selepas mendengar cerita Minkyo. Susah juga macam ni.
Dia dipaksa tanpa rela melakukan semua ni oleh abang dia sendiri demi membayar kos pembedahan ibunya.
"Siapa nama abang kau?" Aku menyoal setelah sedar yang kami berdiam dalam tempoh masa yang lama.
"Kang Minsuk."
"Dia abang kau?!" Terkejut kami mendengar jeritan Jungkook itu. Minkyo mengangguk.
"Tapi kenapa nama merga korang tak sama? Dia Kang manakala kau pula Lee?" Kali ni aku menyoal.
"Saem Namjoon. Tolong ambilkan dompet saya dibelakang poket seluar saya." Pinta Minkyo pada Namjoon di sebelah.
"What? Why me? Take it by yourself."
Puk!
Namjoon menggosok bahunya yang ditepuk kuat oleh Jungkook. Dijelingnya Jungkook tajam.
"Hyung tak nampak ke yang dia dah kena ikat tu? Macam mana dia nak ambik dompet dia? Even aku ni boleh dikatakan bodoh juga tapi sungguh aku tak sangka yang hyung pun 2 kali 5 saja." Bentak Jungkook. Namjoon hanya menjeling Jungkook tajam. Dompet dibelakang poket dikeluarkan lalu dibuka. Satu kad nama menarik perhatian.
"Kalau saem nak tahu, itulah diri saya yang sebenar." Kata Minkyo. Aku dan Jungkook berkerut.
Diri yang sebenar?
"Means that your real name is Kang Minkyo and not Lee Minkyo?" Minkyo mengangguk bagi pertanyaan Namjoon.
Jadi nama sebenar dia Kang Minkyo?
"Did your useless brother force you to lie about your real name?" Soal Namjoon lagi. Minkyo mengangguk.
"Let's do the plan now. We must arrest his brother immediately! Many other women's lives will be ruined if we take it slow." Aku membalas.
"Than, what's your plan Jung Eun Ra?" Soal Namjoon kepadaku kali ni.
Aku diam seketika memikir idea untuk menangkap Kang Minsuk.
"I got it!" Aku memetik jari di hadapan Namjoon tanda aku sudah mendapat pelannya.
"What is it?"
"How about we—
"Boleh tak korang stop cakap English and cakap Korea je? Pening kepala aku nak paham tahu tak?!" Jungkook memotong percakapanku. Minkyo yang masih terikat di kerusi itu hanya mengangguk saja. Mungkin dia pun tidak faham apa yang aku sedang cakap.
"Aku dah ada rancangan untuk tangkap Minsuk. Malam ni kita jalankan juga. Lagi cepat benda ni selesai lagi bagus. Hidup wanita di luar sana akan musnah kalau benda ni dibiarkan saja." Jelas aku sekali lagi.
"Apa rancangan kau?" Soal Jungkook kali ni.
"Rancangan aku agak simple tapi ianya nencabar. Kita tak pasti berapa orang yang kita bakal berlawan untuk mengalahkan Kang Minsuk dan aku tak rasa yang Minsuk akan mempunyai konco yang sedikit. Jadi aku ingat nak minta tolong Jinyoung dalam hal ni." Terangku sedikit mengenai rancangan aku.
"Minta tolong Jinyoung hyung? Kenapa?" Soal Jungkook bingung. Baru saja aku ingin menjawab, Namjoon terlebih dahulu mencelah.
"Kerana Jinyoung dapat sambungkan talian KSA dengan balai polis yang berdekatan tempat kita sekarang dengan cepat." Jungkook mengangguk.
"Betul tu. Jadi, pihak polis dapat sampai dikawasan perairan tu dengan cepat." Tambahku lagi.
"Then, apa yang kita perlu buat malam ni?"
Aku tersenyum.
TBC
Selamat berpuasa!! Ada yang tak puasa ke hari ni?
YOU ARE READING
[C] UNEXPECTED SPY | JEON JUNGKOOK
FanficDisebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasnya sebagai pengintip tetap diteruskan untuk mencari penjenayah yang dikehendaki. Adakah misinya akan...