"Hael are you free this weekend?" spontan dahi Tengku Hael berkerut. Tea lady di luar biliknya digamit supaya masuk. Usai pekerja dalam usia 30-an itu meletakkan teh di atas mejanya barulah dia menumpukan perhatian pada panggilan telefon Leo.
"Why?" soalnya. Tak pernah-pernah Leo nak telefon dia pada waktu pejabat begini. Selalunya kalau ada photoshoot pun Leo akan telefon pada sebelah malam, takpun bila mereka keluar minum.
"Aku nak cakap yang weekend ini ada photoshoot untuk launch design terbaru aku." Kening Tengku Hael terangkat. Design baru lagi? Cepat betul Leo buat kerja. Rasanya baru dua minggu lepas dia photoshoot rekaan baju kasual Leo yang terbaru.
"Okay then. Nak photoshoot hari minggu ni ke macam mana?" kalendar putih di penjuru meja dijeling sekilas.
"Erm tak juga. Tapi hari minggu ini hajatnya aku nak jumpa kau. Nak beritahu kau pasal photoshoot itu." Tengku Hael diam sejenak. Pelik dengan sahabatnya yang seorang ini. Tulisan tangan yang terhenti tadi diakhiri dengan noktah. Pen hitam berjalur emas disisip ke poket dada kemeja.
"Apa yang kau nak beritahu? This week aku busy outstation. Pergi tengok site dekat Kelantan dan Terengganu. Jadi esok, aku dengan Har tak ada." Tengku Hael bersandar di kerusi kerjanya. Sebelah tangan memicit pelipis. Dari dia bangun tidur hingga lah masuk pejabat kepalanya tak habis berdenyut. Tak cukup tidur agaknya, menghadap kerja. Tambah lagi dengan kerja Tengku Harris yang langsung tak bersentuh oleh tuan empunya. Sekarang, dia kena pergi ke Pantai Timur pula.
"If you want to tell something. Spill it out now. There's no tomorrow."
Leo di talian sudah meneguk liur beberapa kali. Kalau dah Tengku Hael cakap macam tu maknanya dia tak ada pilihan dan peluang. Esok sah-sah Tengku Hael takkan dengar apa yang dia nak cakapkan. Dia kenal benar dengan Tengku Hael. Tegasnya bukan boleh buat main. Kalau dia kata A maka A lah. Tak ada masa untuk main tukar-tukar.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi photoshoot kali ini ada seorang model perempuan la. Since design ni collaboration aku dengan adik aku, Lea."
"I'm out."
Leo mengeluh. Dia dah agak.
"Hael tak boleh ke, kau tolong aku kali ini?"
"No Leo. All this time aku juga yang jadi model kau. Almost all of your design. But this time kalau kau nak aku photoshoot dengan mana-mana model aku tak akan buat. Kau kenal aku Leo." Tengku Hael seorang yang bukan senang untuk dipujuk. Memang betul sejak dia mula-mula berkecimpung dalam dunia rekaan, Tengku Hael orang yang paling banyak membantu. Kerja memperagakan semua rekaannya juga Tengku Hael yang galas. Tanpa bayaran!
Bukan Leo tak pernah hulur. Tapi Tengku Hael yang tak nak.
"Tapi Hael..."
"My answer is still no Leo. I don't care if it is Lea's first design. Jangan cakap dekat aku yang kau baru kenal aku sehari dua." Tegas Tengku Hael. Baginya modelling hanya untuk suka-suka. Bila Leo panggil untuk kerja itu barulah dia turun padang. Kalau bukan Leo memang dia akan tolak job modelling itu awal-awal.
"Kalau kau tak nak photoshoot sekali pun tak apa. Kita buat asing-asing. Kau datang esok." Leo masih tak berputus asa memujuk. Nak juga Hael jadi modelnya kali ini.
"Just for you know. I'm not under someone command." Nadanya tak keras tapi cukup buat Leo tahu itu amaran dari Tengku Hael. Betul. Lelaki itu bukan seorang yang suka dipaksa atau disuruh.
Only he's giving order!
"I'm sorry Hael." Sayu nada Leo apabila rancangannya tak berhasil. Dia patutnya sudah tahu rancangan ini tidak akan berjaya. Kalau bukan kerana Lhea dia tak akan buat semua ini. Kali ini terpaksalah dia upah model lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...