Tengku Hael membuat keputusan untuk berjumpa dengan Tengku Lily di Melur & Thyme terletak di tingkat bawah Suria KLCC. Di hadapannya telah sampai pesanan salad yang dipesan oleh Tengku Lily. Dari tadi mereka masih belum bicara. Tengku Hael sibuk dengan telefonnya. Dibiarkan Tengku Lily dengan salad dan dinding. Pengajaran pertama buat gadis berambut perang itu. Kalau bukan kerana Izara, dia tak nak jejak pun di situ selepas membuat janji temu bersama Tengku Lily.
"You serius tak nak order apa-apa? Ataupun you nak I cadangkan makanan untuk you? I selalu je datang sini." senang hati Tengku Lily menawarkan diri. Ringan pula Tengku Lily membuka mulut hari ini. Ya lah Tengku Hael berjanji temu dengan dia kut.
Jari Tengku Hael berhenti dari meleret skrin. "You ada nampak muka I ni lapar ke? Kalau I nak makan dah lama I order. You makan je la makanan you, jangan nak sibuk hal orang lain." Terkedu terus Tengku Lily apabila Tengku Hael membuka mulut. Tak sangka kepedasan mulut Tengku Hael masih sama sewaktu berjumpa lelaki itu di kediaman Tengku Zubaidah dulu.
"Okay. You janganlah marah. You cakap nak jumpa I. Kenapa?" akhirnya mereka masuk ke topik yang ingin dibicarakan. Telefonnya Tengku Hael letak ke tepi.
"Kenapa you tolak Zara semalam?" tanya Tengku Hael. Mata coklat cairnya menajam bak burung helang. Menikam wajah Tengku Lily di hadapannya.
"Kenapa you nak tau sangat. Tak penting pun. Itu urusan I dengan perempuan itu dan Lea." Tengku Hael mengetap gigi. Tak penting pun. Kali terakhir pertemuan mereka di rumah nenda, tak ada pula Tengku Lily menunjukkan perilaku begini. Dasar hipokrit.
"Kalau urusan itu tak penting I tak akan ada dekat sini untuk sebelah pihak perempuan itu." perkataan perempuan itu sengaja ditekankan.
Tengku Lily teguk air liur. Bermain-main dengan hujung rambutnya untuk menghilangkan rasa gelisah.
"Dia dah caras job design summer yang Lea simpan untuk I."
"Itu je?" nada Tengku Hael kedengaran geram.
"Ya lah kalau I tak ada job I nak makan apa, Tengku Hael?"
"You anak Tengku Bahaman pemilik BM Holdings. You nak makan apa lagi? You dah ada segala-galanya. Perlu ke you serang orang yang tak bersalah dan tak tahu menahu macam itu. She's innocent!" kata Tengku Hael dengan nada suara yang masih boleh dikawal.
"I nak berdikari salah ke?"
"Berdikari? Dengan serang orang tak bersalah sampai cederakan dia, itu yang you panggil berdikari? Lea dah tolak you untuk jadi model dia so you should back off. Cari kerja lain. Bukannya serang orang. You patut betulkan mindset you yang salah tentang berdikari. Orang tak panggil perbuatan you itu berdikari tapi orang panggil bodoh. Gila talak." Habis-habisan Tengku Hael mengata Tengku Lily. Nak lawan mulut dengan dia sangat nampaknya. Sibuk nampak salah orang, salah dia yang terang-terangan tak nampak pula.
"Pernah you tanya kenapa Lea tolak you untuk design summer itu? I penyebab photoshoot itu cancel sebab I tak nak berkompromi dengan mana-mana model perempuan. Especially you!" tepat ke batang hidung Tengku Hael sembur. Tengku Lily diam tak berani nak bersuara.
Kalau betul Tengku Hael tak mahu berkompromi kenapa majalah tetap siarkan gambar Tengku Hael dengan perempuan yang dia tolak itu? Bukan main manis masing-masing, dia tengok.
"Kalau betul you tak berkompromi dengan mana-mana model perempuan kenapa dengan perempuan itu you boleh je photoshoot bersama?" laju Tengku Lily menyoal mahu membuktikan Tengku Hael juga hipokrit.
"Buat pengetahuan you, dia bukan model. Dia PA I. I yang pilih dia untuk design tu dan singkirkan you. So, blame me, not Lea or Izara." Jawab Tengku Hael lagi. Telefon di sebelah kanan meja dicapai lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar. Bersedia untuk pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romantikcover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...