Pandang kiri, pandang kanan. Akhir sekali pandang ke depan. Sign board kafe di hadapannya direnung berkali-kali. Rasanya kafe inilah yang menyiarkan berita memerlukan pekerja di Facebook tempoh hari. Izara garu kepala yang tidak gatal.
Nak masuk ke tak? Kalau tak masuk nanti nak balik dengan apa? Kak Hidayah pun dah pergi balai. Kalau masuk, tiba-tiba job dah kena caras buat malu je.
No. No. Izara Aisyah. Ingat balik kenapa kau datang ke Kuala Lumpur ni. Kau datang nak cari kerja, nak hantar duit dekat umi dengan adik-adik kau. Selagi kau tak cuba selagi itulah kau tetap akan berada di bawah.
Fuhh. Izara menghembus nafas. Just go for it!
Dengan penuh debar, Izara mengatur langkah memasuki kafe besar yang bertemakan garden itu. Rumput-rumput hiasan yang menghijau dipijak menuju ke arah kaunter. Jemari digenggam erat. Ini ke rasa gemuruh nak dapatkan kerja?
"Err boleh tak saya nak tanya? Sini ada kerja kosong ke?" soal Izara lembut. Susunan ayat yang tak formal buat dia ketap bibir sendiri. Tambah lagi abang yang menjaga kaunter itu sibuk pandang dia atas bawah. Dia ada buat silap ke?
"Kerja kosong? Ya kami memang ada. Tapi kerja waiter je lah. Sebab semua kerja dekat dapur dah penuh. Awak nak ke kerja itu?" bercahaya mata Izara mendengarkan berita baik itu. Gila dia tak nak. Mestilah dia nak. Kerja pertama dia di bandar.
"Nak-nak. Kerja waiter pun okay. Saya pun boleh bantu sikit-sikit dekat dapur. Erm bila saya boleh start kerja?" tanya Izara lagi, teruja. Tak sabar betul dia mahu buat kerja. Dia dah bosan duduk di rumah seorang diri, hanya menunggu Kak Hidayah pulang dari kerja setiap malam. Macam tunggu suami.
"Bila-bila masa awak free."
"Hari ini! Saya boleh start kerja hari ini juga!" beritahu Izara penuh semangat. Lelaki yang memakai tag nama Ricky itu seperti terkejut.
"Serius?" Ricky agak terkejut dengan apa yang dia dengar. Gadis di depannya mengangguk.
"Kerja hari ini banyak sikit memandangkan hari ini first day kita launch café baru dekat sekitar sini. Kita ada buat promosi dan kemungkinan ramai yang datang serbu. Dan boss outlet kafe ini nak datang tinjau. So, awak betul-betul nak masuk kerja hari ini?" mendengarkan itu tiba-tiba Izara rasa tekaknya kering. Hari pertama dia kerja, boss dah nak turun padang?
"Saya boleh buat. Jadi, saya kena buat apa dulu?"
"Okay bagus. Buat masa ini, pergi lap meja-meja itu dulu. Nanti saya pergi ambilkan awak apron dan informkan dekat semua orang pasal awak. Nah, kainnya." Izara berpaling ke belakang. Melihat beberapa buah meja kayu yang dah disusun. Lambat-lambat kain putih itu disambutnya.
Fighting Zara!
Planner hitam di tepi meja diambil lalu diamati. Cermin mata yang sedikit turun ditolak ke belakang. Bait-bait tulisan berkenaan jadualnya hari ini cuba dihafal sendirian. Tengku Hael bersandar di kerusi pejabat, cuba untuk lelap sebentar. Planner tadi diletak semula ke tempatnya tadi.
"Hael?" tak sempat untuk lelap seseorang memanggilnya. Mata coklat cairnya terus memandang gerangan di muka pintu pejabat.
"Harris? What you're up to?" pelik dengan kehadiran Tengku Harris di TQ Holding. Sebelum ini tak pernah-pernah pula adiknya nak tunjuk muka di pejabatnya.
"Kata nak bincang pasal RQ Holding? Dan pasal arrangement interview untuk jawatan personal assistant aku." Tengku Hael pantas duduk tegak. Kerusi kembali ditarik mendekat ke arah meja. Mencapai planner hitam di tepi meja dan diulang baca dari atas sampai ke bawah.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...