Hidup terasa bagai mimpi. Tidak sangka yang dia telah menerima seseorang dalam hidupnya. Title bujang sekelip mata terhapus dengan sekali lafaz. Tengku Hael tersenyum lebar sehingga ke telinga. Juraian rambut yang menutup sebahagian muka Izara dikuis lembut. Indahnya perkahwinan. Bangun tidur je dah dihidangkan pemandangan wajah isterinya yang jelita. Tiada apa yang lebih bermakna bila si dia berada di sisi. Dalam pelukannya.
Tengku Hael memeluk erat Izara Aisyah yang berada dalam pelukannya. Nyenyak tidur Izara berbantalkan lengan Tengku Hael. Muka Tengku Hael benamkan pada leher Izara. Dihadiahkan beberapa kucupan halus cukup buat Izara menderam perlahan.
"Sayang... bangun princess abang ni." bisik Tengku Hael di tepi telinga Izara. Makin Izara pejam mata makin seronok Tengku Hael mengusik. Ditiup-tiup telinga Izara, nakal. Pinggang ramping Izara ditepuk-tepuk perlahan. Diusap perut itu secara pusaran.
Bilalah nak ada isi? Fikirnya sendiri. Amboi baru seminggu kahwin dah fikir nak ada isi. Ada-ada je lah kau ni Hael.
"Awak..." suara serak Izara menyapa gegendang telinga. Izara menggosok mata yang tiba-tiba rasa gatal. Dia sudah bangun semasa Tengku Hael meniup-niup telinganya. Geli. Suka betul Tengku Hael kejut dia bangun begitu.
"Sugar baby abang dah bangun?" terbuntang mata Izara bila dirinya disamakan dengan sugar baby. Tengku Hael tergelak apabila menerima pukulan di dada. Sejak dua menjak ni suka betul dia mengusik Izara. Pantang kena usik betul isterinya. Tangan lembut itu ditangkap dan dibawa ke bibir. Dikucup sekali lalu diletak ke atas pipinya yang bersih dari sebarang jerawat.
Masa bagaikan berhenti buat seketika bila Izara dan Tengku Hael bertatapan mata. Izara mengambil kesempatan menilik wajah putih bersih milik Tengku Hael. Kulit Tengku Hael lagi putih daripadanya yang berkulit kuning langsat. Tangannya di pipi Tengku Hael mengusap sayang pipi suaminya. Izara bagaikan tak percaya yang dia bernikah dengan Tengku Hael. Memang di luar jangkaan yang hidupnya akan berubah seperti ini.
Dia di ibaratkan seorang marhaen yang berkahwin dengan putera raja seperti Tengku Hael.
Tengku Hael menatap dalam-dalam mata Izara. Comel mata kuyu milik Izara membalas pandangannya. Entah apa yang ada dalam fikiran Izara saat ini bila isterinya memandang wajahnya asyik. Satu kucupan pantas singgah di dahi Izara langsung membuat Izara tersentak. Lamunannya pecah berderai. Terkelip-kelip mata bulat itu merenung Tengku Hael meminta penjelasan.
"Sayang abang ni kenapa hm? Pandang abang sampai tak berkelip. Pukau abang eh?"
"Apa awak cakap ni?" berkerut dahi Izara, tak suka dengan tuduhan syirik Tengku Hael. Spontan dia menjarakkan sikit badannya.
"Eh, betul lah. You jangan nak tipu eh. Dah buat salah, tahu nak larikan diri lepas tu menjawab cakap orang pulak. Tak baik." jawab Tengku Hael.
"Awak lagilah tak baik. Suka-suka dia je nak tuduh orang." balas Izara tak mahu kalah. Ingat dia sorang yang pandai menjawab. Dia pun ada mulut. Haih Tengku Hael ni perangai tak berubah. Dah kahwin pon masih nak cari gaduh.
"Habistu nak lari daripada salah lah? Tak nak bertanggungjawab?" Tengku Hael menjungkit sebelah kening. Ditarik badan isterinya yang semakin menjauh. Tahu sangat yang isterinya tak boleh kena usik sikit. Dipeluk tubuh itu seerat mungkin tak mahu lepas. Dapat dilihat dengan jelas muka tak puas hati Izara. Bibir Izara yang memuncung kecil mengundang geli hati.
"Tak nak bertanggungjawab sebab dah buat abang termimpikan sayang? Tak lena tau tidur sebab kena kacau tiap-tiap malam." kata Tengku Hael sambil mempertemukan dahinya dengan Izara. Matanya tak puas memandang mata Izara yang bulat. Angau. Izara benar-benar buat dia mabuk hanya dengan pandangan polos.
"Awak..."
"Ya princess."
Izara gigit bibir bawah. Semenjak berkahwin ini banyak betul panggilan manja yang keluar dari bibir Tengku Hael. Dia tak boleh menidakkan hatinya bahawa yang dia tidak suka. Siapa je yang tak suka bila dilayan istimewa. Lagi-lagi dengan Tengku Hael yang cukup lengkap pakejnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romantizmcover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...