"Alright we are here." Suara Tengku kerek di sebelahnya mengejutkan lamunannya. Santai pakaian mereka berdua pada hari itu. Hari ini hari minggu jadi mereka tidak berpakaian formal seperti selalu.
Sepanjang perjalanan Izara membuang pandang ke luar tingkap. Cuba sedaya upaya untuk tidak tertidur lagi di dalam kereta Tengku Hael. Lagi-lagi fikirannya sedang kacau, mengenangkan panggilan telefon dia dan Izham semalam.
Umi tengah tak sihat di kampung. Sudah berapa hari terbaring tidak pergi kerja. Disebabkan itu juga Izham dan Iman terpaksa berlapar. Nak beli ubat untuk umi mereka tiada duit. Semua itu betul-betul menggundahkan hati Izara. Semalam juga dia bank in kan duit RM 400 hampir sebahagian duit gaji dua hari bekerja di kafe untuk kegunaan mereka di kampung.
Harap-harapnya kesihatan umi akan bertambah baik. Izara sungguh risaukan umi. Kudratnya bukan lagi seperti kudrat orang muda. Tubuhnya rapuh. Senang sekali jatuh sakit. Disebabkan itu dia buat keputusan untuk buat kerja sampingan. Terima tawaran menjadi model untuk rekaan baju Lea adik kepada Leo.
"Heii kenapa you termenung jauh ni? You ada risau pasal apa-apa ke?" tanya Tengku Hael lembut. Raut wajah gadis di sebelahnya tampak begitu gusar. Hatinya juga turut berasa tidak senang. Apa dah jadi dengan kau Hael? Dah jatuh cinta ke?
Tersedar daripada lamunan, Izara menutup malu dengan gelengan. Dia tak mahu siapa-siapa tahu tentang keluarganya. Cukuplah Kak Hidayah seorang.
"Tak ada apa-apa. Dah sampai kan? Jom lah keluar." baru sahaja Izara mahu membuka pintu kereta Tengku Hael lebih pantas mengunci semua pintu. Tengku Hael alihkan jarinya dari butang itu lalu mencapai satu bekas di kerusi belakang.
"Jangan tipu I Zara." Bibir Izara terkatup rapat bagai digam. Jelas sangat ke dia menipu tadi?
Tiba-tiba satu bekas selamat mendarat di atas riba Izara. Tupperware warna biru itu Izara pandang pelik. Dicuri pandang isinya, tangan Tengku Hael cepat membuka penutupnya tanpa sempat Izara meneka isinya.
"Itu roti telur. I yang buat pagi tadi." Beritahu Tengku Hael tanpa dipinta. Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan menyiapkan sarapan sendiri disebabkan photoshoot yang bermula pada awal pagi. Pada hari minggu lagi. Tambah pula hari ini photoshoot pertama buat Izara.
"Kalau Tengku yang buat, maknanya roti ini Tengku punyalah. Saya tak boleh makan." tolak Izara. Bekas itu di hulur kepada Tengku Hael kembali. Malangnya Tengku Hael hanya memandang dari ekor mata.
Kerusi pemandu siap diturunkan dan Tengku Hael memejamkan mata. Dia bersandar selesa di kerusi pemandu. Cap dibawa menutup muka.
"I dah bagi you jadi you roti tu you punyalah. Selagi you tak makan kita tak akan turun. Jadi nak turun you kena makan sampai habis semua roti itu." kata Tengku Hael lagi. Dari celahan lubang cap itu dia mencuri pandang wajah Izara. Nampak sangat menolak.
"Empat keping kut roti ini Tengku. Mana boleh saya nak habiskan sorang-sorang." Protes Izara. Walaupun perut dia memang berlagu lapar tetapi nak habiskan makanan orang rasanya memang tak patut bagi dia. Makanan bos sendiri lagi. Rosak imej wanita Melayu terakhir nanti.
"You tak boleh habiskan ke atau you malu?" Tengku Hael tersengih. Pipi gadis itu merona merah. Comel!
"I memang buat roti tu untuk you. Hari ini first photoshoot you. Tengokkan you tengah risau macam ini lagi rasanya makanan akan buat you rasa lagi baik. Well perempuan kan suka makan kalau dia tengah stress."
"Tengku nak sikit ke?" tanya Izara mahu mengurangkan rasa malu. Ya betul la tu. Makanan dengan perempuan berpisah tiada. Tengku Hael angkat sedikit cap yang melindungi wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...