Wanita tua dengan pakaian kebayanya tersenyum di pintu rumah. Menyambut kedatangan cucunda sulung. Wajah ketat Tengku Hael dipandang tanpa riak bersalah. Suka hati tuanya bila Tengku Hael akhirnya setuju dengan pelawaan untuk bertandang di villanya. Barisan pembantu rumah yang berada di belakang dihalaunya supaya membuat kerja masing-masing.
"Cucu nenda! Datang juga akhirnya. Lama nenda tak jumpa Hael." Tengku Hael hanya biarkan Nenda Zubaidah memeluk tubuh tegapnya. Usai pelukan terlerai tangan berkedut seribu itu disalam dan dikucup hormat.
"Kenapa nenda panggil Hael datang sini? Hael baru je sampai office masa nenda telefon. Terpaksa kena pusing balik nak datang ke sini. Ada apa-apa hal penting ke nenda nak beritahu?" Tengku Hael hembus nafas penuh terpaksa. Penat memandu ke sini belum habis lagi dan dia tahu dia perlu bersedia untuk melayan perangai Nenda Zubaidah yang banyak kerenah.
"Helena tak cakap dekat Hael ke?" Nenda Zubaidah memincingkan mata. Berpeluk tubuh mengingat akan bekas menantunya yang juga bonda kepada cucunya.
"Jangan nak salahkan bonda, nenda. Hael yang tak ingat apa bonda cakapkan." Bahu nendanya yang hanya tinggi separas dadanya digosok perlahan.
"Kamu pun satu. Sibuk sangat dengan kerja dekat office sampai dah nyanyuk. Entah-entah pasal kahwin pun kamu dah lupa. Oh, by the way nenda dah aturkan Hael dengan seseorang. Dengan Tengku Lily." Oh, baru dia ingat tentang Tengku Lily. Siapa pun wanita itu dia tak tahu. Semua jawapan ada dengan Nenda Zubaidah. Dan kalau boleh dia tak nak ambil kisah.
"Tengku Lily?" dahinya berlapis-lapis. Manakala Nenda Zubaidah menganggukkan kepala berkali-kali. Semangat. Tak sabar mahu kenalkan cucunya dengan gadis pilihan.
"Ya Tengku Lily. Nenda nak Hael kenal-kenal dengan dia. Siapa tahu korang dua ada jodoh. Nenda dapat cucu menantu." Tersenyum lebar Nenda Zubaidah membayangkan Tengku Hael kahwin dan punya anak. Cicit-cicitnya pasti comel jika ada gen dari Tengku Lily. Oh seronoknya!
"Nenda!" Tengku Hael gawangkan tangan di depan nendanya yang berangan. Entah apa yang diangankan. Tua-tua pun sempat lagi.
Nenda Zubaidah tarik sengih. Termalu sendiri.
"Nenda dah aturkan perjumpaan Hael dengan Tengku Lily. Nend-"
"Okay nenda. Nanti Hael pergi jumpa. Puas hati?" terkebil-kebil Nenda Zubaidah apabila ayatnya dipotong begitu. Dia belum habis cakap pun lagi.
"Sekarang izinkan Hael ke office, kalau tak kerja Hael takkan siap. Bye nenda." Kedua belah pipi nendanya dikucup sebelum cuba angkat kaki dari villa sebesar istana itu. Memang taklah dia akan pergi jumpa Tengku Lily. Semua aturan bersama gadis pilihan nenda dia tak pernah hadiri. Memang mimpi kalau dia nak tunjuk muka.
Tengku Hael berpaling bila kotnya ditarik nenda.
"Jangan nak mengelat. Ingat nenda tak tahu permainan cucu nenda?" Nenda Zubaidah senyum senget.
"Sini, ikut nenda." Lengan Tengku Hael ditarik menjauhi pintu keluar. Dibawa cucu sulungnya ke meja makan.
"Kalau nenda tak buat macam ini, sampai bila-bila pun kamu takkan pergi jumpa mana-mana perempuan yang nenda pilih. Ingat nenda tak tahu kamu tak pergi jumpa langsung pun perempuan-perempuan yang nenda pilih untuk kamu?" Tengku Hael hanya mendengar. Baguslah kalau nenda tahu.
"Sekarang nenda dah tahukan? Hael dah cakap Hael tak nak dengan semua ini, buat apa nenda susah-susah juga nak aturkan semua benda ini? Buang masa je la nenda." Keluhan terlepas dari bibir nipisnya. Bonda pun nak dia cari jodoh juga tapi tak adalah memaksa macam Nenda Zubaidah.
Sekarang ni siapa bonda, siapa nenda?
"Kalau nenda tak buat macam ni, sampai bila-bila pun kamu takkan jumpa perempuan yang sesuai untuk dibuat isteri. Bonda kamu pun bukannya boleh harap sangat."
YOU ARE READING
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...