Golek ke kiri. Tak senang. Golek pula ke kanan, tak senang juga. Habis segenap tilam itu dia jelajah tapi tetap tak dapat tenangkan hati dia yang tak tenteram. Wajah Tengku Hael masih terbayang-bayang. Pengakuan cinta itu juga terngiang-ngiang di telinganya bagai rakaman yang tiada butang berhenti.
Tengku Hael suka dia?
Izara geleng kepala. Kenapa hari minggu pun dia kena semakkan fikiran dia dengan lelaki itu? Sepatutnya hari minggu hari liburan. Hari dia hiburkan diri, hilangkan stress bukannya tambah lahi stress dengan bayangan Tengku Hael. Photoshoot untuk promosikan tudung yang sepatutnya berjalan hari ini pun ditunda ke esok hari. Tengok, kerja pun faham dia perlukan hari untuk berehat.
Tetapi kalau difikirkan kenapa Tengku Hael telefon dia bagai nak rak tadi? Sedari pagi hingga petang telefonnya tak berhenti berbunyi. Izara sengaja tidak mengangkat panggilan itu. Dia malas nak bergaduh dengan Tengku Hael. Tambah lagi dengan apa yang telah terjadi di pejabatnya tempoh hari. Lagilah dia tak nak angkat walaupun kasihan dengan bil telefon Tengku Hael yang kemungkinan melambung tinggi sebab dia.
"Apa istimewanya aku sampai dia nak sangat dekat aku?" Izara bercakap sendiri. Memikir seorang diri kenapa dia menjadi tarikan. Nak cakap cantik memang dia cantik. Ehek. Masak? Bolehlah. Tapi Tengku Hael tak pernah lagi makan masakan dia. Jadi celah mana Tengku Hael boleh suka dia?
Sebab keperibadian dia yang baik budi pekerti ini? Takkanlah.
Bunyi telefon yang menjerit-jerit nyaring minta diangkat dicapai di meja lampu. Skrin telefon ditekap ke tilam. Akibat kejadian dia diserang itu habis skrin telefonnya retak seribu. Sama retak di hatinya. Izara berkira-kira mahu menjawab ke tidak. Kalau Tengku Hael lagi yang telefon dia tak nak angkat. Tak cukup pagi petang, malam pun dia nak telefon.
Macam mana kalau Kak Dayah yang telefon? Skrin itu diangkat sedikit mahu dilihat nama pemanggil. Oh, Lea rupanya.
"Hello."
"Hello Zara? You dah tidur? I ganggu you ke?"
"Tak, tak ganggu pun. Saya baring-baring je. Kenapa telefon ini? Ada emergency ke?" tanya Izara. Dari berbaring dia duduk bersandar pada kepala katil. Neck pillow kelabu di sebelahnya diambil lalu dipakai. Teringatkan bantal itu pemberian Tengku Hael dia segera tanggalkan.
"Tak ada la emergency, cuma I nak tanya. You gaduh dengan Tengku Hael ke?" penuh berhati-hati suara itu bertanya di talian. Bibir Izara kelu. Tak tahu nak jawab apa cuma bagaimana ia boleh sampai ke pengetahuan Lea. Kalau wanita itu tahu pasti abangnya, Leo juga tahu.
"Jadi betullah you dengan dia gaduh?" Izara diam lagi. Mahu mempertahankan diri, dia hilang kosa kata. Dua beradik itu kawan baik Tengku Hael. Pastinya dirinya yang dilihat sebagai pesalah sekarang ini.
"Saya..."
"Gaduh pun you jangan lah buat dia sampai macam ini." bicaranya dipotong. Kan dia dah cakap Lea akan pertahankan Tengku Hael. Selama-lamanya juga dia akan dipersalahkan sebab dia tolak Tengku Hael.
"Hael tunggu you dekat studio you sepatutnya shoot hari ini. Berhujan panas dia tunggu you dekat sana sampai petang baru dia balik. Kenapa you tak cakap yang photoshoot hari ini kena tunda esok? Kesian Hael." mendengarkan khabar itu hati Izara terasa bagai dibom. Tengku Hael apa? Tengku Hael tunggu dia dekat studio?
"S...saya tak tahu pun yang dia nak datang tunggu dekat situ." Tergagap-gagap Izara menutur ayat itu. Tidak percaya dengan khabar yang dia baru sahaja terima. Buat apa Tengku Hael tunggu dia dekat situ?
"I cuma kesiankan Hael. Selama ini dia tak pernah pun buat macam itu dekat siapa-siapa. Adik dia sendiri pun dia tak pernah nak tunggu macam ini sekali. Hael itu antibodi dia lemah. Senang nak demam. Bawah hujan pula dia tunggu you. Dah you cakap you tak tahu, tak apalah. I ingatkan you tahu. Sorry ganggu you." usai panggilan itu tamat, Izara renung telefonnya. Patut lah Tengku Hael telefon dia berkali-kali. Ya Allah dia dah seksa anak orang.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...